
Rahsia Khusyuk Dalam Solat

MARI BELAJAR cara utk merosakkan wanita muslimah

Hari Ini Dalam Sejarah (25 Mei 1959)

Universiti Malaya (UM) dibuka di Singapura apabila Maktab Perubatan King Edward ke-7 dan Maktab Raffles digabungkan pada 1946. Pada November 1958 satu undang-undang telah diluluskan bagi penukaran UM di Kuala Lumpur sebagai institusi yang mempunai taraf setanding dengan universiti di Singapura.
Pesanan Terakhir


Tahaluf Dalam Islam- Penerangan Buat Yang Bertanya
لَا يَتَّخِذِ الۡمُؤۡمِنُوۡنَ الۡكٰفِرِيۡنَ اَوۡلِيَآءَ مِنۡ دُوۡنِ الۡمُؤۡمِنِيۡنَۚ وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ اللّٰهِ فِىۡ شَىۡءٍ اِلَّاۤ اَنۡ تَتَّقُوۡا مِنۡهُمۡ تُقٰٮةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفۡسَه وَاِلَى اللّٰهِ الۡمَصِيۡرُ.
DAKWAH SATU PERJUANGAN

Dakwah adalah satu tanggungjawab dan amanah Allah SWT. Ia di antara sifat-sifa wajib bagi Rasul. Gerak kerja dakah perlu dilaksanakan dengan kesungguhan tanpa jemu, rasa bimbang atau takut celaan dari pencela. Pelarian dari tanggungjawab ini akan mengundang murka Allah SWT dan mengakibakan turunnya bala Allah SWT. Dalam hal ini Nabi SAW memberi amaran keras kepada mereka yang tidak melaksanakan samada secara kelompok atau individu, seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Umatku takut untuk berkata kepada orang zalim: Wahai orang zalim, maka telah diucapkan selamat tinggal kepada mereka"
يٰۤـاَيُّهَا النَّبِىُّ اِنَّاۤ اَرۡسَلۡنٰكَ شَاهِدًا وَّمُبَشِّرًا وَّنَذِيۡرًاۙ. وَّدَاعِيًا اِلَى اللّٰهِ بِاِذۡنِهٖ وَسِرَاجًا مُّنِيۡرًا.
Tidak Dibenarkan Solat Waktu Pejabat

Ini adalah satu gambaran senario bekerja di sebuah syarikat ber-BOS-kan bukan Islam yang berada disebuah negara yang Islam adalah merupakan agama persekutuan. Bagi pekerja Muslim yang bekerja di syarikat itu tentu amat kesal dengan keputusan yang dikeluarkan oleh majikan mereka.
Abah ada kata, "Kalau BOS ko nanti tak bagi solat waktu kerja, berhenti jer terus dari syarikat tu. Cari tempat lain yang bagi ko solat. Jangan nak kejar harta dunia sampai agama ko gadaikan".
Beliau menyingkap kisah bekas anak muridnya yang pernah bekerja di sebuah syarikat Cina yang tidak membenarkannya bekerja. Akhirnya anak murid Abah berhenti dari bekerja di syarikat itu dan mencari pekerjaan di syarikat melayu yang membenarkannya bekerja. Difahamkan gaji yang diperolehi disyarikat itu lebih sedikit berbanding gaji di syarikat lamanya. Namun, atas dasar aqidah yang kuat, dia bersyukur atas nikmat pemberian Illahi.
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

sumber dari sini>
Islam Merupakan Asas Perjuangan


Islam bukan agama perkauman dan kebangsaan. Islam tidak dipunyai oleh bangsa arab malahan Islam merupakan agama untuk semua manusia daripada segelap-gelap manusia sehinggalah seputih-putih manusia, daripada timur hingga ke barat. Kenapa Islam, bukan bangsa?
1. Islam agama yang adil dan sejahtera
Islam merupakan agama yang menjamin keselamatan manusia lantaran ia merupakan panduan daripada pencipta kepada manusia yang tidak mempunyai sebarang kepentingan melainkan semua peraturan itu adalah untuk kesejahteraan manusia. Keadilan Islam melepasi sempadan bangsa dan bahasa, malah tidak mengira warna kulit. Peraturan Islam menjamin hak setiap manusia walaupun dalam agama yang berbeza dengan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam telah mendapatkan hak yang sewajarnya di bawah pemerintahan Islam. Maka tiada sebarang alasan untuk menolak Islam.
2. Rasulullah tidak pernah bangkitkan isu bangsa
Bangsa arab Quraysh yang dianggap sebagai zaman Jahilillah memiliki akhlak yang sangat bejat dan buruk sekali. Namun, dalam usaha memperbaiki dan mengukuhkan bangsa arab baginda telah mengajak mereka beriman dengan Allah dan menjadi seorang Muslim. Baginda tidak pernah mengungkit tentang isu bangsa arab, sebaliknya mengajak mereka membuangkan segala bentuk syirik dan mentauhidkan diri hanya kepada Allah. Dengan demikian itu, mereka mampu menjadi sebuah bangsa yang kuat dan dapat menjadi kuasa besar. Saidina Omar telah menyebut:
3. Islam merupakan agama yang memiliki rujukan
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan asas kepada Islam yang menjadi sekadar panduan dan sebagai kata pemutus dalam sesuatu perkara. Kehebatan Islam terletak pada panduan ini sehingga tiada agama yang dapat menandingi kehebatan Islam. Manakala, bangsa tidak memiliki sebarang rujukan dan kata pemutus untuk membukti kehebatannya ke atas bangsa yang lain. Melebihkan satu bangsa ke atas bangsa yang lain tanpa memiliki asas yang kuat, mengundang lebih banyak masalah daripada penyelesaian.
4. Bangsa tidak menjadi sebab untuk bermusuh
Allah menciptakan kepelbagaian manusia untuk manusia mengenali antara satu sama lain. Ia bukanlah alasan untuk memusuhi antara satu sama lain. Malahan Allah memerintahkan orang Islam agar mengajak mereka beriman kepada Allah. Sekiranya kita meletakkan bangsa sebagai asas permusuhan, ia menyalahi perintah Allah. Musuh kepada Islam ialah mereka yang menentang dakwah Islam, walaupun di kalangan bangsa sendiri. Melindungi bangsa sendiri yang melakukan kezaliman merupakan perkauman yang ditentang oleh Rasulullah.
5. Matlamat akhir ialah dakwah
Dakwah merupakan tanggungjawab asasi kepada umat Islam. Kita bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada semua manusia sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah. Oleh sebab itu, Islam perlu dijadikan matlamat akhir bukan bangsa. Kukuh bangsa tidak beerti kukuh agama. Kukuh Islam beerti kukuh bangsa. Apabila kita meletakkan asas perjuangan itu bangsa, ia akan membawa sengketa dan perasaan tidak puas hati yang tidak berkesudahan.
6. Perkauman membawa kepada kezaliman
Topik perbincangan
• Syarat menjadi orang melayu menurut Perlembagaan Malaysia mestilah orang Islam.
• Sosial kontrak di Malaysia – perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputra.
• Orang melayu lemah dan bukan melayu kuat.
Salam Takziah
Berita sedih yang menimpa Parti Islam Se-Malaysia hari ini merupakan satu ujian Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Pemergian ADUN Pas Manek Urai, Kelantan, Allahyarham Ismail Yaacub atau Pak Su Weil pada jam 5.55 pagi tadi telah mebuka tirai kesedihan Parti yang berlandaskan Islam tersebut.
Baru seketika tadi pula, satu kisah duka telah tercalit ke atas PAS sekali lagi pada hari ini. Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dari PAS bukanlah Menteri Besar Perak yang sah seperti yang telah diputuskan sebelum ini. Keputusan ini sekaligus membenarkan bahawa ADUN Pangkor, Dr Zambry Abd Kadir merupakan MB Perak yang sah.
Rabitah Hati
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Untuk mendaulat
Untuk Mendokong syariatMu di alam maya
Maka ya Allah.. eratkanlah ikatan yang ada (2x)
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..(2x)
Syukran ya Ustaz......
-penulis hanya sempat menuntut selama lapan bulan di SMKASL. Kemudian berhijrah ke SBPISB.
Hari Ini Dalam Sejarah (21 Mei 1931)

Sekolah Pertanian Serdang dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Bersekutu, John Scott. Penubuhan sekolah berkeluasan 8.8 hektar itu bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian. Pembinaan sekolah yang berharga RM370,000 ini mengambil masa selama 18 tahun. Pada 23 Jun 1942, sekolah pertanian ini dinaik taraf menjadi Maktab Pertanian Malaya dengan upacara pengisytiharaannya dilakukan oleh Gabenor Sir Edward Gent. Akhirnya pada 4 Oktober 1971, maktab ini dinaikkan taraf dan diisytiharkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia dan sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.
Aku Pelik Tengok Orang Muda Pakai Tudung

Berdesing sekejap telinga kami bila terbaca kenyataan Awal Ashaari, pelakon utama filem Syurga Cinta tentang wanita bertudung. Ada ke patut si Awal nie cakap macam nie:-
Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka
Pesanan buat artis-artis semua, kalau rasa ilmu agama tak cukup di dada sila jangan keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh seperti di atas.
Memang dah jadi kewajiban untuk wanita Islam pakai tudung, kenapa nak hairan pulak? Janganlah kerana nak promosikan filem Syurga Cinta anda sanggup nak buat kenyataan bodoh macam nie. Nampak macam orang tak belajar agama je. [sumber]
Dilema Wanita / Muslimat
Wahai muslimat yang belum bertudung/hijab
tontonilah video ini
dan fikir2kanlah
Sami Buddha Pun Nak Solat
SUBHANALLAH...



Masha Allah...
Orang kafir pun tunaikan solat..
Macam manalah masih ada orang Islam tak tunaikan solat
Ish3...
Renung2kan,
Fikir2kan..
ALLAHUAKBAR!!!!!
Sumber dari ibnumuhammad.blogspot.com
diorang pun makan ngan pak imam
pope benedict ketika menyertai solat di turki
Hari Ini Dalam Sejarah (18 Mei 1970)
Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sejarah penubuhannya bermula apabila Pendeta Za'ba menyuarakan pendapatnya agar sebuah universiti ditubuhkan melalui tulisannya di Akhbar Lembaga Melayu pada Mei 1917. Di awal penubuhannya seramai 190 orang pelajar telah diterima measuk. Tiga fakulti telah ditubuhkan iaitu Fakulti Sastera, Sains dan Pengajian Islam.
Perkara menarik tentang UKM buat penulis:
1. Abah adalah graduan dari universiti ini
2. Sepupu penulis (Kak Chah, anak Wak Awi) kini pensyarah matematik di sini.
3. Universiti ini merupakan pilihan utama penulis masa isi borang UPU lepas matrikulasi.
Kini penulis merupakan mahasiswa UTM Skudai. Tentunya ada hikmah yang baik menjadi mahasiswa di johor ini....
wallahua'lam~
Mati Muda

ahad, 17 mei 2009

KUALA LUMPUR : Ramai lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan mengalami masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.
Nauzubillah minzaalik~
Allah SWT berfirman-
"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Al-Mukminun : 5-7)
Jumhur ulama' mengambil kesimpulan daripada ayat di atas bahawa onani adalam HARAM hukumnya. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pakar kesihatan dalam artikel di atas, perbuatan ini tidak boleh dilakukan kerana mengandungi banyak mudharat.
Kaum Adam mestilah menjauhi perbuatan ini yang jelas menyalahi apa yang telah dihalalkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Kepada mereka yang dorongan syahwatnya terasa semakin dasyat dan khuatir terhadap dirinya, maka hendaklah dia bernikah dan jika belum mampu hendaklah dia berpuasa, sebagaimana arahan Rasulullah SAW.
"Wahai sekalian para pemuda, barang siapa di antara kamu mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, keran bernikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membentenginya." (Muttafaq 'Alaih)
Di dalam hadith ini baginda SAW tidak menyatakan "barangsiapa yang belum mampu lakukanlah onani, dan hendaklah dia mengeluarkan sperma" akan tetapi baginda menyatakan "barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa kerana puasa itu membentenginya."
Dua perkara yang disebut rasulullah SAW dalam hadith tadi iaitu:
- 1-Segera bernikah bagi yang mampu
- 2-Meredakan nafsu syahwat dengan berpuasa bagi yang belum mampu
Hati Kita Ada Tiga Tahap

Sumber dari kuliah tasawuf di masjid jamik makmuriah hari ini-
Imam al-Ghazali telah membahagikan hati kita ini kepada 3 tahap.
- 1-Hati yang sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan , mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik. [ar-Raad : 28-29]
- 2-Hati yang sentiasa terdorong untuk melakukan kejahatan
Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang-orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanya seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat jalannya. [Al-Furqan : 43-44]
- 3-Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan
Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNya untuk menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. [Al-An'am : 125]
Transformasi Af7 Yang Macam Mana?


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini>
Persoalannya, transformasi bagaimanakah yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar di akademi tesebut? Adakah dari segi persembahan, nyanyian dan penampilan?
Adakah transformasi yang disebutkan adalah dari segi mengindahkan seni hiburan di bumi Malaysia yang dikatakan sebagai negara persekutuan Islam?
Atau, transformasi yang dilakukan adalah dari segi pengiktirafan Malaysia terhadap sistem konvokesyen yang selalunya di buat di Universiti-universiti terkemuka? Jika aku memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk merasai detik graduasi, kini hanya dengan memasuki akademi selama hanya beberapa minggu seseorang telah diiktiraf sebagai graduan. Hal ini benar-benar telah menghina sistem graduasi universiti yang telah lama diwujudkan. Malah, diri ini sebagai seorang mahasiswa memang amat terkilan dengan pengiktirafan tersebut.
Kalo camni kita join jom...

Wallahua'lam...



