Gunakan Filem untuk Berdakwah..

adik Muhamad Hadziq Hazem

"Filem Syurga Cinta buat adik Hadziq takut untuk tinggalkan solat."

Link ke artikel...>

Begitulah tajuk satu artikel dari mStar Online yang aku baca hari ni. Walaupun aku x pernah tonton cerita @ filem ni sebab x keluar panggung lagi tapi bagi aku filem-filem macam ni lah yang patut diperbanyakkan. Bukannya filem-filem cintan yang melekakan atau filem-filem hantu yang sah-sah khurafat.

Mungkin tajuk filem ni ada perkataan cinta tapi kita x tau lagi apa isi di sebalik cerita ini sehinggakan adik Hadziq telah berhijrah ke jalan yang benar.

Saya petik kata-kata adik Hadziq dalam artikel tu..

“SEBELUM ni saya tak solat, tapi lepas tengok filem Syurga Cinta saya solat kerana takut masuk Neraka,”

Ternyata filem ini telah memberi satu impak yang besar kepada anak kecil ini atau lebih cute kalau dipanggil adik Hadziq.

Alhamdulillah syukur kerana filem ini dapat mengubah adik Hadziq untuk menjadi seorang yang tidak meninggalkan solat. Diharap agar adik Hadziq dapat istiqamah dalam mengerjakan solat.

Dan diharap agar filem yang akan ditayangkan 21 Mei nanti tidak menghampakan.

Comments

No responses to “Gunakan Filem untuk Berdakwah..”

Catat Ulasan