Janji Tuhan Pasti Berlaku
by Shoutul Amal
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara
by Shoutul Amal
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara
sila pause lagu Amal di sidebar kanan web ini>>
Secalit Memori Penulis
Nasyid ini telah memberi semangat kepada penuis untuk terus berjuang dengan lebih gigih. Nasyid ini juga mengingat kita tentang janji Tuhan yang pasti berlaku. Sekiranya kita mula berputus asa dengan dalam berdakwah, hayatilah nasyid ini. InsyaAllah akan menaikkan semanga kita semula. "Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kita lah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita mengetahui bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi yang akan datang." Kata-kata Syed Qutb sebelum dihukum gantung.