Kisah Berita Palsu

nama yang sama cetus kekeliruan

Tergelak saya sendirian mengenangkan kisah kelmarin apabila berita palsu yang saya terima dari seorang junior telah saya sebarkan dengan berleluasa. Malah banyak juga soalan yang saya terima daripada sahabat-sahabat yang menginginkan kesahihan dan kepastian mengenai berita yang saya bawakan.

Terima Berita

Semuanya bermula tanggal 27 Ogos 2009 jam 10.59 malam bertempat di studio environmental Fakulti Alam Bina. Ketika itu saya sedang asyik melayari blog sahabat-sahabat. Telefon bimbit saya berbunyi menandakan mesej tiba.
Alfatihah untk ustaz ismail kamus yg baru menemui Allah sbntr td...satu khlngan bsr buat agama dan ngara.Alfatihah..smg Allah m'cucuri rhmat kpdnya.Tlg fwd sma2

Terkesima seketika saya membaca mesej tersebut. Baru siang tadi saya membaca di blog promahasiswautm mengenai pemergian Senator Datuk Dr. Ismail Md Salleh yang telah meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Adakah ini merupakan satu kebetulan?

Saya masih belum mendapatkan kepastian. Mesej yang tertera tidak menunjukkan nama pengirim. Di situ hanya tertera numbor telefon pengirim. Saya segera bertanyakan tentang diri si pengirim. Rupanya beliau merupakan seorang ahli Keluarga Exco Kerohanian yang baru di Kolej.

Berberita Di Facebook

Oleh kerana terlalu percaya kepada si penyampai berita tersebut, saya terlupa untuk bertanyakan mengenai kesahihaan berita tersebut. Kerana rasa bertanggung jawab untuk menyambaikan berita tersebut, saya segera mem'forward'kan mesej tersebut kepada sahabat-sahabat. Antara lainnya, saya juga telah menyampaikan berita tersebut melalui status di facebook. Namun, di facebook jugalah yang telah menyedarkan saya tentang kesahihan berita tersebut.

Sanggahan pertama saya terima dari akhi Ismail. "berita palsu...". Kemudian akhi Qayyum tampil dengan beberapa dalil. Antaranya dilampirkan juga berita yang dipetik dari akhbar Utusan Online tentang kenyataan dari keluarga Ismail Kamus yang menolak khabar angin tersebut.

Panggilan Orang Rumah

Ketika sedang kyusuk meneliti bukti-bukti yang dikemukakan, ketika itu jugalah telefon ini berdering. Kali ini bukanlah satu mesej tapi satu panggilan khas dari bonda tersayang di kampung. Segera saya jawab panggilan tersebut.

Ternyata panggilan tersebut ada kaitannnya dengan topik perbincangan saya di facebook. Panggilan tersebut dibuat bagi menyampaikan "berita palsu" pemergian Ustaz Ismail Kamus. Bonda meminta saya menyedekahkan surah al-fatihah kepada roh beliau. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar namun seperti terhalang. Saya fikir mungkin saya akan menerangkan hal sebenar ketika tiba di rumah nanti.

Di Rumah

Kebetulan minggu ini saya pulang ke rumah. Sekiranya di kampus saya jarang membaca surat khabar namun bukan di rumah. Hari ini saya membaca akhbar Sinar Harian. Saya menyelak helaian demi helaian. Mata saya terpaku seketika pada tajuk satu berita, "Berita Ismail Kamus Meningga Dunia Palsu". Selepas membaca berita tersebut saya telah yakin bahawa berita yang telah saya terima dan saya sebarkan merupakan BERITA PALSU.

Melalui peristiwa tersebut, kini InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam menerima sebarang berita dan akan memastikan kesahihan berita tersebut sebelum disampaikan kepada orang lain agar berita yang saya bawakan bukanlah merupakan satu fitnah.

Renungan
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [Al-Hujraat : 6]
Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Sajak Pertemuan Mahasiswa – W.S Rendra




Sajak Pertemuan Mahasiswa – W.S Rendra


Matahari terbit pagi ini
Mencium bau kencing orok di kaki langit
Melihat kali (sungai) coklat menjalar ke lautan
Dan mendengar dengung lebah di dalam hutan

Lalu kini ia dua penggalah tingginya
Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
Memeriksa keadaan

Kita bertanya:
Kenapa 'maksud baik' tidak selalu berguna?
Kenapa 'maksud baik' dan maksud baik bisa berlaga?
Orang berkata:
Kami punya (ada) 'maksud baik'”
Dan kita bertanya: “'maksud baik' saudara untuk siapa??”

Ya!
Ada yang jaya, ada yang terhina!
Ada yang bersenjata, ada yang terluka!
Ada yang duduk, ada yang diduduki!
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras!
Dan kita disini bertanya:
'Maksud baik' saudara untuk siapa??
Saudara berdiri di pihak yang mana?!!

Kenapa 'maksud baik' dilakukan...
Tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya!
Tanah–tanah di gunung sudah menjadi milik orang–orang di kota!
Perkebunan yang luas
Hanya menguntungkan segolongan kecil saja!
Alat–alat kemajuan yang diimport
Tidak cocok (sesuai) untuk petani yang sempit tanahnya!
Tentu, kita bertanya:
“'maksud baik' saudara untuk siapa?!”
Kita mahasiswa tidak buta!!

Sekarang matahari semakin tinggi
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
Dan di dalam udara yang panas
Kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana??
Ilmu–ilmu yang diajarkan di sini
Akan menjadi alat pembebasan!
Ataukah akan menjadi alat penindasan??
Kita menuntut jawapan!!

Sebentar lagi matahari akan tenggelam
Dan malam tiba
Cicak–cicak bernyanyi di tembok
Rembulan berlayar
Tapi!
Pertanyaan-pertanyaan kita tidak akan mereda
Ia akan muncul di dalam mimpi
Akan tumbuh di kebun belakang!

Dan esok hari
Matahari akan terbit kembali
Senantiasa hari baru akan menjelma
Pertanyaan–pertanyaan kita akan menjadi hutan
atau masuk ke kali (sungai)
menjadi ombak di samudera!!

Di bawah matahari ini kita bertanya:
Ada yang menangis, ada yang mendera
Ada yang habis, ada yang mengikis
Dan maksud baik kita
Memihak yang mana?!!

RENDRA
(Jakarta, 1 Disember 1977)

*Sajak ini dipersembahkan kepada para mahasiswa Universitas Indonesia di Jakarta dan dibacakan di dalam salah satu adegan filem “Yang Muda Yang Bercinta” yang diarahkan oleh Sumandjaya

*Diambil dari kumpulan puisi “Potret Pembangunan Dalam Puisi” (Pustaka Jaya–1996)

Apabila SIS & Che Det Bersuara, Hadi Menjawab


Agak kurang cakna saya terhadap isu ini. Isu Kartika sudah hebat diperkatakan. Seluruh Malaya heboh tentang kesah wanita yang baru melakukan kesalahan buat pertama kalinya dan dia mengaku maka akhirnya diperintahkan menjalani hukuman sebat 6 kali oleh mahkamah syariah negeri Pahang. 

Aduhai Kartika Sari Dewi Sukarno

Namun adalah lebih mengeruhkan keadaan apabila hukuman yang sepatutnya dijalankan telah ditangguhkan oleh Jabatan Agama sendiri kerana dikatakan untuk menghormati bulan Ramadhan sedangkan Kartika bertegas untuk menerima hukuman.

Sebelum itu lagi keadaan telah dikecohkan dengan artikel yang dikeluarkan daripada Sister In Islam yang cuba untuk menutut hak dan keadilan bagi Kartika malah mempertikaikan keadilan Islam. Tun Dr Mahathir sendiri mempertikaikan malah meragui hukuman tersebut.

Dalam kepincangan ini, Tuan Guru Haji Hadi tampil memurnikan keadaan dengan memberikan kenyataan mengenai isu Kartika ini. Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Bahan Perbincangan

SIS : Imej agama apa yang kita mahu? >sini
Tun Dr Mahathir : MENYAMBUT MERDEKA >sini
Tuan Guru Haji Hadi : Jangan gopoh laksana hukuman sebat >sini

Beberapa Persoalan Daripada Saya

1. Kenapa tindakan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika boleh dibuat kerana menghormati bulan Ramadhan sedangkan konsert Mungkar Micheal Learns To Rock (MLTR) di Arena Of Stars, Genting Highland boleh diredhai (pihak berkuasa Agama membisu)?

2. Adakah aqidah umat Islam di Malaysia ini semakin atau masih lemah kerana sampai sekarang masih ada golongan yang mempertikaikan tentang keadilan Islam melalui hukum hudud terutamanya yang hendak dijalankan?

3. Sudahkah Malaysia bersedia sepenuhnya untuk menerima pelaksanaan hukuman hudud Islam? Jika ya atau belum, adakah benar Malaysia sebuah negara Islam atau negara rakyat Islam?

Renungan
Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Ramadhan : Koreksi Perjuangan

Seperti blog yang lain, kedatangan bulan Ramadhan adalah bahan untuk di hidangkan untuk tatapan pembaca blog. Saya juga tidak terlepas untuk bercakap mengenainya. Bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan nafas memberikan lagi kita peluang meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan ini.

Sebagai seorang muslim yang menyatakan keimanan pada Allah s.w.t kita hendaklah mengambil peluang ini dengan meningkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta memperbanyakkan melakukan kebaikan walaupun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sebesar biji sawi.

Ramadhan merupakan satu bulan rahmat yang tak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam akhir zaman ini. Ramadhan membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk koreksi atau muhasabah diri masing-masing. Inilah masanya untuk kita melihat dan menilai sejauh mana keimanan kita pada Allah s.w.t,banyak mana sumbangan yang telah kita berikan pada Islam, banyak mana kita telah lakukan maksiat pada Allah s.w.t, sejauh mana kita mennghargai perjuangan Rasulullah s.a.w,sedalam mana kita cinta pada Baginda dan sejauh mana kita berusaha untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Inilah masanya sahabat-sahabat untuk kita melihat kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Rebutlah peluang ini untuk menyuburkan TARBIYAH ISLAMIYYAH. Sucikanlah HATI ini yang telah banyak membuat maksiat pada Allah s.w.t, sucikanlah HATI ini yang telah banyak berdusta dengan kata-kata tanpa sebarang tindakan yang dilakukan terhadap agama Allah s.w.t dan sucikan HATI ini dari segala sifat-sifat mazmumah yang tidak disedari berada dalam diri kita ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya“. [Asy Syams :9-10]

Diri ini malu untuk menyatakan bahawa diri ini mencari CINTA ILAHI kerana takut ucapan yang di keluarkan itu bukanlah dari HATI yang benar-benar IKHLAS tetapi hanya diucapkan apabila diri ini merasa keseorangan dan semasa mendapat musibah dariNya. Saya juga TAKUT untuk merasakan bahawa diri ini benar-benar YAKIN pada pertolongan ALLAH s.w.t kerana kadang-kadang apabila diri ini DIUJI saya hampir mencari dan meminta pertolongan makhluk ciptaanNya. Jadi, inilah masanya untuk jadikan semua itu sebagai kenyataan yang BENAR. Manfaatkan Qiamullail untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dalam mencari CINTANYA, pertingkatkan amal ibadah untuk membuktikan bahawa hanya pada YANG MAHA ESA kita berserah dan berharap.

Betapa ruginya kita semua sekiranya kita hanya menjadikan RAMADHAN SEBAGAI BULAN TARBIYAH kerana Rasulullah s.a.w dan juga sahaba-sahabat Baginda menjadikan Ramadhan ini sebagai BULAN MENINGKATKAN TARBIYAH dan juga BULAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEIMANAN mereka pada ALLAH s.w.t dengan BERJUANG di JALAN ALLAH s.w.t.Cuba kita ingatkan kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ramadhan ini:

2 Ramadhan 2H adalah hari bersejarah berlakunya peperangan pertama dalam survival umat Islam iaitu Perang Badar. Sejarah askar Islam seramai 313 orang di bawah pimpinan Rasulullah SAW bertempur dengan tentera Arab Musyrikin. Mereka tentera Islam telah membuktikan keimanan dan kesyukuran mereka pada Allah s.w.t sehinggakan mereka berjaya menewaskan musuh yang berlipat kali ganda bilanganya dari mereka.

Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya“.

Peristiwa ini sebenarnya cukup bermakna dalam memberikan pengajaran kepada kita semua dan juga sebagai satu motivasi untuk kita bertambah YAKIN untuk MENINGKATKAN KEIMANAN dan BERSYUKUR pada ALLAH s.w.t kerana melahirkan kita dalam keadaan memperolehi NIKMAT ISLAM dan IMAN.

Banyak sebenarnya perisitwa perang dalam bulan Ramadhan, satu lagi ialah Perang Tabuk yang juga dikenali sebagai perang tentera berjalan kaki dan perang tentera yang dalam kesusahan (kerana kepanasan dan tiada bekalan air). Peperangan ini dicatakan sebagai bermula sejak bulan Rejab lagi. Kalau kita bayangkan .. Rejab, Syaaban dan masuk Ramadhan, hampir tiga bulan semuanya. Seramai 30,000 tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan utara Madinah dari kemungkinan diserang Rom.

Itulah perang pertama antara umat Islam dan Kristian di Eropah yang pada masa itu dikenali sebagai Rom. Andaikan pada hari ini negara-negara Eropah yang kita biasa dengar seperti UK, Jerman, Spain, Portugal, Itali dan sebagainya (katakan termasuk Amerika juga) bergabung dan berperang dengan negara-negara Islam, salah satu angkatan mereka menyerang Malaysia. Bagaimana, adakah semangat kita terasa sekuat tentera Islam Perang Tabuk atau terasa lemah sendi memikirkannya?

Namun dalam Perang Tabuk itu, tentera Islam telah berjaya menyekat kekuasaan Kaisar Rom dan berakhir dengan kejayaan aspek ekonomi dan politik apabila negeri2 dan kawasan yang dijajah Rom sebelum itu telah berani untuk beralih ke bawah naungan kerajaan Islam.

Begitu juga pembukaan kota Makkah selepas Perjanjian Hudaibiyah dilanggar oleh kaum Arab Musyrikin. Nabi memimpin tentera Islam dari Madinah untuk mengambil semula Kota Makkah. Pada masa itu Khalid al-Walid telah pun memeluk Islam dan memimpin satu unit pasukan memasuki Makkah dan mengalami sedikit pertempuran ditentang sahabat karib lamanya Ikrimah Abu Jahal. Mampukah kita berdepan dengan sahabat karib seperti ujian yang dihadapi Khalid itu?

Surah Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”.

Lihatlah betapa HEBAT dan KUATNYA KEIMANAN umat ISLAM satu ketika dahulu.Mereka tidak sedikitpun mengurangkan ibadah mereka pada Allah s.w.t bahkan mereka sentiasa mempertingkat amal mereka setiap masa dan waktu,mereka tidak pernah putus dalam berjuang untuk MENEGAKAKKAN KALIMAH ALLAH di muka bumi ini walaupun dalam bulan Ramadhan.Tapi, macam mana dengan umat Islam sekarang?..Sehebat mana KEHEBATAN AMAL IBADAH kita?..sebanyak mana kita telah BERKORBAN UNTUK BERJUANG di jalan ALLAH?…

Sampai bila kita hendak duduk begini?..Bila lagi untuk kita mendapat kemenangan?..

Saya tinggalkan persoalan ini untuk saya dan juga sahabta-sahabat sekalian bermuhasabah…

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Perihal Kesombongan Aku


Ramai orang menyatakan yang saya ni sombong. Mungkin kerana perwatakan dan layanan saya terhadap golongan wanita telah disalah-ertikan oleh sebahagian daripada mereka yang kurang mengenali diri ini.

Sememangnya saya kurang bersosial dengan golongan wanita namun perihal tersebut hanyalah adab saya terhadap mereka. Saya cuba untuk menjaga ikhtilat agar tidak mendatangkan permasalahan atau fitnah kepada diri saya mahupun mereka sendiri.

Namun, saya masih lagi boleh berkomunikasi dengan baik sekiranya berurusan kerana ianya perlu bagi melancarkan keberlangsungan urusan tersebut. Segala gerak kerja pasti berantakan sekiranya komunikasi yang baik tidak dapat diwujudkan.

Saya masih lagi dianggap ramah sekiranya berurusan tetapi dianggap sombong selepas urusan tamat.

Tak Ada Ukhwah Kalau Tak Tegur

Pelbagai teguran saya terima mengenai kesombongan saya malah dianggap seperti tak ada ukhwah atas kesombongan saya.

Dijalanan, saya tidak rasa perlu untuk saya menegur mereka kerana bagi saya sekiranya tiada urusan, usahlah sengaja mencari urusan. Pastinya akan menimbulkan lebih banyak permasalahan dari urusan.
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [an-Nur:30]
Janganlah berasa terkecil hati dengan diri saya sekiranya tidak menegur.

Ukhwah masih terjalin sekiranya kita saling mengambil berat antara sesama kita. Walaupun tidak bertegur siapa, perasaan sayang sesama muslim masih ada dalam diri saya. Cuma ianya tidak diekspresikan melalui fiil.

Pesanan

“Kenali diriku bukan dari penampilanku, Kenali diriku dari apa kelakuanku”

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Muslimat Jangan Dikongkong


Setelah sekian lama saya tidak menonton filem, Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menonton sebuah filem Indonesia “Perempuan Berkalung Sorban”. Sebenarnya filem ini telah dicadangkan oleh naqib saya kepada sekalian mahasiswi lama dahulu.

Rasa tertarik hati saya untuk menonton filem tersebut walaupun saya seorang mahasiswa. Lebih-lebih lagi selepas membaca beberapa artikel yang memberi gambaran negatif kepada filem tersebut yang seperti menggalakkan Muslimat untuk menentang hukum serta membawa imej negatif Islam.

Malah pertama kali menonton flem ini saya sendiri berasa geram kerana di awal filem ini memang menonjolkan Islam itu seperti sesuatu yang jumud dan amat mengongkong golongan wanita.

Pembawaan ajaran Islam dan gambaran kedudukan wanita dalam Islam di Psantren al-Huda jauh sekali dengan Islam yang saya kenali. Psantren tersebut seperti menekankan bahawa wanita adalah golongan kelas kedua selepas lelaki. Malah, wanita juga seperti langsung tiada hak untuk bersuara.

Watak Annisa yang dibawakan oleh Revalina S Temat benar-benar menggoncang Pesantren al-Huda dengan karenahnya yang sering mempersoalkan kedudukan dan Hak Wanita di sisi Islam.

Akibat kesempitan minda pentadbir Psantren kerana terlalu ingin mengawal wanita, maka berlakulah banyak kemudharatan yang lebih teruk seperti penyeksaan terhadap Annisa oleh suaminya dan Psantri-psantri yang lari dari Psantren kerana tidak tahan dikongkong.

Namun hasil usaha dan perjuangan Annisa setelah menempuh pelbagai rintangan akhirnya beliau berjaya mengubah persepsi kolot pentabdiran Psantren untuk menerima perubahan pemikiran kebebasan yang dibawakan oleh Annisa.

Pengajaran dari filem ini, saya fikir setiap muslim perlu bersedia untuk menerima perubahan dan “Think Out Of The Box but Refer The Holy Quran” . Akan tetapi saya masih lagi risau akan pembawaan fahaman “Musawah” dalam kalangan muslimat.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Secebis Di Hari Graduasi

InsyaAllah 

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang seketika untuk merasa nikmat menyarung jubah graduasi. Betapa gembiranya rasa apabila jubah dipakai, topi disemat. Namun pasti lebih gembira sekiranya saya memakainya tatkala saya menempuh hari graduasi. Perkara ini mungkin hanya akan berlaku empat tahun lagi memandangkan kursus yang saya ambil sekarang merupakan program lima tahun.

Meraikan akhi Aizat bergelar graduan, terfikir situasi saya empat tahun akan datang. Mampukah saya menyempurnakan sarjana muda saya dalam tempoh yang ditetapkan? Tetapi, saya sentiasa optimis untuk memnyempurnakannya dalam tempuh itu malah mungkin lebih awal sekiranya diizinkan Allah.

Akhi Aizat bersama Keluarga

Akhi Aizat Bersama Anak2 Usrah

Akhi Aizat Bersama Suhaimi

Akhi Aizat Bersama Darimi

Etika Dan Adab Seorang Blogger


1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

p/s dari Ust Nasrudin Hasan At-tantawi

Nilai-nilai Kepimpinan Islam Yang Unggul


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini, kita mendapat beberapa pengajaran..
1) Merendah diri ketika berkedudukan tinggi
2) Memiliki sikap pemaaf saat mampu membalas dendam
3) Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sebenarnya, ketiga-tiga nilai dan adab kesopanan seseorang penguasa ini sangatlah sukar untuk dilaksanakan. Ketiga-tiga nilai itu adalah merendah diri, pemaaf dan adil.

Merendah diri pada kedudukan tinggi

Mari kita teliti bersama. Pada ketika seseorang penguasa itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi, mudahkah dia merendah diri?

Mungkin ada yang masih dapat merendah diri, tapi tak ramai penguasa yang boleh dengar pandangan orang ketika mereka sudah berada di puncak kekuasaan. Rata-ratanya, mereka melihat pandangan orang bawahan itu bagaikan sampah.

Turun padang tidak menggambarkan sikap merendah diri. Pada zaman ini, politikus hebat berlakon. Penguasa turun padang, beramah mesra dan berjabat tangan dengan rakyat. Hal ini masih belum menunjukkan mereka merendah diri.

Merendah diri itu bukanlah dengan jalan tunduk, terbongkok-bongkok di hadapan tetamu, bersuara lembut dan lunak kepada khalayak. Tetapi, ia dinilai dalam mesyuarat dan syura antara komuniti masyarakatnya. Adakah mereka boleh dengar pendapat bawahan?

Jadi, jalan turun padang, bersalaman dengan orang-ramai seperti yang ditunjukkan dalam tv itu bukan kayu ukur yang kuat, untuk mengesahkan sikap, af’al merendah diri.

Memaafkan musuh ketika berdaya membalas

Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Jika hal ini terlaksana, rakyat kita pasti bertambah lega dan aman. Ini kerana, telah wujud kecenderungan di pihak penguasa untuk menghukum rakyat apabila mereka tidak dipilih oleh rakyat.

Dalam mana-mana keadaan, kita dapat melihat bahawa kebanyakan penguasa berdendam dengan rakyatnya. Dan dengan sebab itulah rakyat jadi berdendam dengan penguasa.

Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat nabilah antara yang amat baik dijadikan contoh teladan dalam hal ini. 

Saidina Ali k.w misalnya pernah dalam suatu peperangan, beliau hampir membunuh seorang Yahudi. Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali tak jadi membunuh. Maka hal itu tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya. “Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku?” tanya lelaki itu. Maka, jawab Ali, “Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah.” Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam. Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.

Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa. Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata, ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.

Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sikap ketiga ialah adil ketika kuat dalam menjalankan pemerintahan. Dalam contoh yang terjadi dalam negara kita ialah bentuk hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Jadi, oleh kerana perbezaan politik, kerajaan pusat lazimnya tidak dapat berlaku adil.

Apatah lagi, jika hal itu melibatkan wang, agihan ekonomi yang sepatutnya diterima oleh negeri yang diperintah pihak parti alternatif. Mereka masih lagi sukar mendapatkan wang peruntukan daripada kerajaan pusat.

Sebaliknya, kerajaan negeri cuba memberikan peruntukan ke atas wakil rakyat kerajaan pusat, namun hal itu ditolak oleh mereka dengan alasan yang bukan-bukan.

Kita tak perlu meninjau sikap para pemimpin terdahulu untuk muhasabah, cukup melalui apa sahaja contoh yang terbentang di depan mata kita. Kita tidak perlu beramal dengan isi al-Qur’an secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

Moga-moga kita menjadi sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas dan menjauhi kepada sikap dan perilaku pemimpin yang zalim, jahat dan tidak adil ke atas orang yang dipimpinnya.

Waallahualam..

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Apa Yang Saudara Buat Kalau Jadi Pemuda Ini?


Seorang pemuda yang sangat tampan lagi soleh telah digoda oleh seorang perempuan yahudi yang cantik, tapi dia tidak mempedulikanya. Akhirnya perempuan itu meminta pertolongan seorang perempuan tua jirannya. 

Suatu malam, perempuan tua tadi meminta si pemuda mencarikan kambingnya yang konon telah lari ke dalam sebuah kosong. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah berkenaan telah sedia menanti perempuan Yahudi tadi dan dia segera mengunci pintu. 

Semalaman wanita itu menggodanya tetapi ia tetap menahankan matanya sambil berdoa kepada Allah agar diteguhkan iman. 

Ketika hampir subuh, wanita itu berkata; “kalau engkau tidak mengikut kehendakku, aku akan menjerit dan memalukan engkau di hadapan orang ramai”.

“Sesugguhnya aku lebih malu kepada Tuhanku daripada aku malu kepada manusia,” jawabnya. Wanita Yahudi itu pun menjerit sekuat-kuatnya dan orang ramai pun datang menangkap dan memukulnya. 

Apabila dibawa ke hadapan Sayidina Umar, pemuda itu menceritakan hal sebenar yang menimpa dirinya. Setelah disiasat, ternyata dia tidak bersalah sebaliknya wanita Yahudi dan perempuan tua itu dihukum. 

Saiyidina Umar berkata : “Inilah yang disebut oleh Rasulullah kepadaku ; nanti akan ada di kalangan umatku pemuda seperti Nabi Yusuf, dari kesolehan dan ketampanannya, digoda mereka itu oleh wanita cantik, tetapi mereka menolak dan berkata : Aku takut kepada Allah.”

Warkah Untuk Muslimat Sempena KAWAN'09


Saya bukanlah siapa-siapa di dalam PMI mahupun persatuan-persatuan lain di UTM, namun saya rasa terpanggil untuk mengambil kesempatan bagi meluahkan pandangan sempena penganjuran Karnival Wanita 2009 ini.

Pertama kali mendapat makluman mengenai Karnival Wanita, timbul rasa kagum saya terhadap kemampuan golongan Hawa khususnya Muslimat dalam menganjurkan karnival ini. Tetapi timbul pula cadangan daripada sahabat-sahabat muslimin lain untuk menganjurkan Karnival Lelaki (KAKI) bagi mengimbangi kesaksamaan genre yang berbeza.

Bagi saya, perkara sebegini tidak perlu timbul kerana Wanita adalah ciptaan Allah SWT yang tidak berbeza dari lelaki. Yang membezakan keduanya di sisi Allah SWT, seperti juga lelaki membezakan antara lelaki dengan lelaki yang lain ialah tahap taqwa masing-masing kepada Allah SWT. Firman Allah SWT : 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)
[Al-Hujurat:13]
Akan tetapi, haruslah diingat bahawa di sana ada terdapat beberapa perbezaan semulajadi antara lelaki dan wanita khususnya dari aspek biologi. Pujangga ada menyatakan bahawa "Wanita  bukan separuh daripada lelaki, mereka cuma berbeza".

Perbezaan ini tidaklah bermakna ia merendahkan kedudukan dan sumbangan golongan Hawa terhadap masyarakat.  Janganlah kita lupa bahawa manusia pertama yang syahid di jalan Allah SWT adalah seorang wanita, Sumayyah RA, yang memberi makan secara sembunyi semasa penghijrahan Nabi SAW juga seorang wanita iaitu Asma' binti Abu Bakar RA.

Oleh itu, dalam mendepani tuntutan dakwah dan cabaran semasa, keterlibatan muslimat adalah amat mustahak dan kritikal. Kepentingan penglibatan muslimat adalah amat menekan lagi mutakhir ini, jesteru kerana dalam beberapa aspek, serangan musuh dan seteru  Islam ini, hanya mampu ditangani dengan lebih berkesan lagi oleh golongan muslimat sendiri.

Keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan mahasiswa khususnya golongan mashasiswi amat merunsingkan. Perancangan musuh Islam untuk merosakkan umat amatlah rapi. Pelbagai cara dilakukan termasuklah serangan pemikiran tentang hak 'Kesamarataan' golongan Feminis, penerapan budaya Hedonisme dan pergaulan bebas amat sukar dibendung.

Muslimat perlu terus bersedia meningkatkan diri menghadapi cabaran semasa kampus. Sayurgia saya ingatkan bahawa sifat sabar perlulah menjadi kekuatan Muslimat, malahan kita semua, kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Seorang mukmin yang melibatkan dirinya dengan masyarakat dengan segala karenah mereka lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak mahu bergaul dengan manusia dan tidak pula bersabar dengan karenah mereka."
Saya mendoakan semoga usaha menganjurkan Karnival Wanita 2009 (KAWAN'09) mendapat barakah dan diberi pertolongan daripada Allah SWT. Semoga usaha dakwah dan kesedaran terhadap keistimewaan wanita dalam Islam diberi kemudahan.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina 
Universiti Teknologi Malaysia

UTM Dalam Bahaya?


Mungkin penampakan luaran UTM memperlihatkan situasi biasa seperti tiada ancaman wabak. Namun saya merasakan UTM kini di ambang bahaya. Keadaan kesihatan warga kian terjejas dek ancaman Ifluenza Like Illness (ILI) yang pantas menular bak Cendawan tumbuh melata selepas Hujan.

Fakulti Alam Bina (FAB) yang kebanyakkan warganya banyak menghabiskan masa di studio kini telah diserang wabak ini. Hampir sebahagian warganya mula menampakkan simptom wabak tersebut. Saya sendiri tidak terkecuali menerima tempias wabak ini.

Baru-baru ini saya telah terlantar di katil selama dua hari akibat wabak ini. Keadaan sungguh memeritkan sehingga sukar untuk melakukan aktiviti harian sebagai seorang mahasiswa. 

Untuk kali ini sahaja, sudah tiga kali saya diserang wabak ini dalam tempoh 4 minggu.

Petang rabu, saya telah ke Pusat Kesihatan UTM untuk mendapatkan rawatan. Saya dapati sungguh ramai pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan bagi kes seperti saya ini. Pemakaian mask untuk pencegahan penularan wabak sudah seperti satu budaya baru di sana. 

Sementara menunggu giliran, datang sumber keriangan pengubat kedukaan. Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) menerui Lujnah Kebajikan telah melakukan lawatan kebajikan di Pusat Kesihatan. Kebetulan saya ada di situ. 

Terima kasih saya ucapkan kepada PMI UTM kerana peka terhadap kebajikan warga UTM.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Solat Hajat Perdana Bebas H1N1

Dato' Naib Canselor menjemput mahasiswa Islam untuk bersama-sama mengerjakan solat hajat perdana bagi meminta perlindungan daripada wabak H1N1 pada hari Isnin (03 Ogos 2009) di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail UTM bermula pukul 7.00 malam. Makanan disediakan.