Berita sedih yang menimpa Parti Islam Se-Malaysia hari ini merupakan satu ujian Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Pemergian ADUN Pas Manek Urai, Kelantan, Allahyarham Ismail Yaacub atau Pak Su Weil pada jam 5.55 pagi tadi telah mebuka tirai kesedihan Parti yang berlandaskan Islam tersebut.
Baru seketika tadi pula, satu kisah duka telah tercalit ke atas PAS sekali lagi pada hari ini. Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dari PAS bukanlah Menteri Besar Perak yang sah seperti yang telah diputuskan sebelum ini. Keputusan ini sekaligus membenarkan bahawa ADUN Pangkor, Dr Zambry Abd Kadir merupakan MB Perak yang sah.
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ يُّتۡرَكُوۡۤا اَنۡ يَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَـنُوۡنَ. وَلَقَدۡ فَتَـنَّا الَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِهِمۡ فَلَيَـعۡلَمَنَّ اللّٰهُ الَّذِيۡنَ صَدَقُوۡا وَلَيَعۡلَمَنَّ الۡكٰذِبِيۡنَ.
"Patutkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; Kami beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [al-ankabut 29:2-3]


Comments
No responses to “Salam Takziah”
Catat Ulasan