Hari Ini Dalam Sejarah (18 Mei 1970)


PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sejarah penubuhannya bermula apabila Pendeta Za'ba menyuarakan pendapatnya agar sebuah univ
ersiti ditubuhkan melalui tulisannya di Akhbar Lembaga Melayu pada Mei 1917. Di awal penubuhannya seramai 190 orang pelajar telah diterima measuk. Tiga fakulti telah ditubuhkan iaitu Fakulti Sastera, Sains dan Pengajian Islam.



Perkara menarik tentang UKM buat penulis:
1. Abah adalah graduan dari universiti ini
2. Sepupu penulis (Kak Chah, anak Wak Awi) kini pensyarah matematik di sini.
3. Universiti ini merupakan pilihan utama penulis masa isi borang UPU lepas matrikulasi.

Kini penulis merupakan mahasiswa UTM Skudai. Tentunya ada hikmah yang baik menjadi mahasiswa di johor ini....

wallahua'lam~

Comments

No responses to “Hari Ini Dalam Sejarah (18 Mei 1970)”

Catat Ulasan