Assalamualaikum wbt.
Mari kita periksa akaun pahala kita hari ini. Lebih baik daripada semalam? Atau lebih teruk? Periksa...periksa...
Seimbang tak dengan dosa yang telah kita lakukan? Negatif atau positif berbanding dosa?
Jika diselak lembaran hari-hari yang sebelumnya. Minggu lepas mungkin. Bulan lepas. Tahun lepas. 3 tahun lepas? Amalan bertambah? berkurang? atau same jer?
Solat sunat sebelum dan selepas? Bacaan al-Quran? Bangun malam? Bacaan al-Mathurat? Sedekah? Melakukan kebaikan sesama sahabat? tanggung jawab terhadap ibubapa? Tidak mengumpat? Solat di awal waktu?
Luangkan lah masa untuk merenung kembali akaun pahala dan dosa masing-masing. Itu sahaja bekalan kita di hari pengadilan kelak. Jangan miskin pahala tetapi kaya dosa. Biar miskin dosa tetapi kaya pahala.
Renung-renungkan dan selamat beramah (pinjam ayat prof izzy haji ali..hehe)
Wallahua'lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Comments
No responses to “Periksa Akaun Pahala”
Catat Ulasan