Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan

Transformasi Blog Mahasiswa


Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa UTM yang telah digagaskan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang merupakan satu usaha yang perlu dilihat secara positif oleh semua pihak terutamanya mahasiswa sendiri. Usaha murni NC ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang benar-benar berkualiti apabila bergelar graduan UTM nanti. 

Selaku mahasiswa, kita seharusnya menyahut seruan ini dengan melakukan transformasi terhadap diri setiap mahasiswa. Transformasi ini hendaklah merupakan satu pembentukan ke arah yang terbaik dan bukannya perubahan yang bakal merendahkan martabat diri mahasiswa. Transformasi ini perlu dilihat dalam skop yang lebih luas agar mahasiswa dapat menggunakan segala ruang yang ada bagi meningkatkan potensi diri. 

Blog merupakan salah satu wadah yang boleh digunakan mahasiswa untuk memperbaiki diri dan menonjolkan ciri kepimpinan yang ada dalam diri mahasiswa. Penulisan blog kini merupakan satu fenomena yang melanda mahasiswa di UTM. Ramai dalam kalangan mahasiswa kini sudah mempunyai blog sendiri. Bahkan kini telah wujud laman web yang mengumpulkan bloggers dari kalangan mahasiswa UTM sendiri. Laman ini telah memudahkan para bloggers UTM untuk memperoleh maklumat mengenai penulisan terbaru bloggers mahasiswa yang lain.


Daripada mahasiswa UTM sendiri, saya dapati pelbagai bentuk dan rupa blog mereka. Blog diisi dengan penulisan cerpen, berita, mesej dakwah dan sebagainya. Namun, saya amat berduka cita kerana kebanyakan blog mahasiswa hanya sekadar catatan harian dan rintihan pilu yang langsung tidak menggambarkan diri mahasiswa tersebut. Adakalanya, aktiviti harian yang ditulis di blog langsung tidak sesuai untuk mencerminkan aktiviti mereka sebagai mahasiswa seperti aktiviti keluar berparti dan sebagainya. 

Sahabat mahasiswa sekalian, sedarlah bahawa penulisan melalui cetusan kreatif melambangkan diri mahasiswa. Oleh itu, saya menyeru mahasiswa agar melakukan transformasi terhadap blog kalian bagi menyahut seruan Naib Canselor yang mahukan perubahan dari mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang bertaraf kelas pertama yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis serta berkemahiran dan menjadi contoh terbaik untuk masyarakat di luar sana.

Gunakanlah blog sebagai platform pembangunan diri mahasiswa dengan menyatakan idea-idea yang bernas serta pemikiran yang waras. Kupaslah isu-isu semasa melalui perspektif seorang mahasiswa bagi mengembangkan minda kalian. Jadikanlah diri anda sebagai mahasiswa yang responsif yang mengambil berat tentang isu-isu semasa.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“…saya ingin mengajak seluruh warga UTM untuk mempertulus niat,
memugar minat, mengalirkan keringkat dan menghayati amanat bagi
menggunakan seluruh potensi, kekuatan dan kebolehan menjadikan
akademia sebagai wadah perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Kecemerlangan dan kegemilangan akademik adalah manifestasi tentang
Komitmen kira terhadap ilmu dan budaya ilmu”

Menjayakan Transformasi (hal. 47)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina 
Universiti Teknologi Malaysia

Ottoman kepada Commonwealth

Ini adalah reaksi spontan yang terlintas di dalam fikiran saya setelah membaca Berita dari seorang sahabat

Dahulu ini

komen: sangat setuju
__________________________________________________


Kemudian ini


komen: aduh dijajah
_________________________________________________


Sesudah merdeka ini

komen: same lah macam dijajah

Apabila Duit Seringgit Bertemu Lima Puluh Ringgit

Kisah pertemuan 2 keping wang kertas yang berlainan nilai. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pedoman buat kita. Don't Jugde The Book By It's Cover..


dan bertanya Singgit:
"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.... tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID…….., SURAU………

Melayu Yang Dimusnahkan Oleh Bangsanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, seperti biasa penulis mengikuti kuliah maghrib di Masjid Makmuriah. Kebiasaannya kuliah selasa malam rabu dibatalkan. Namun untuk kali ini ia diadakan. Untuk hari ini dan pertama kalinya penulis mengikuti pengajian yang menggunakan kitab lama. Yang sudah kekuningan. Kitab yang diberi nama " عقيدة الناجين في علم أصول الدين" yang bermaksud iktikad bagi orang-orang yang terhindar dari sesat dan bid'ah menurut bicara ilmu usuluddin karangan Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani.

Sepanjang berada di dalam kuliah itu penulis mengalami satu kesukaran yang sungguh serius iaitu kesukaran untuk membaca. Maklumlah, kitab lama. Kitab ini menggunakan tulisan jawi yang sudah tidak digunakan oleh kerajaan pada hari ini. Sepanjang kuliah, penulis terfikir kenapalah tulisan jawi dimusnahkan.

Penulis terfikir.. Siapakah yang telah memusnahkan ejaan jawi untuk Bahasa Melayu? Siapakah yang telah mencipta ejaan rumi untuk Bahasa Melayu?

Wallahu 'alam...

Semut Di Seberang Nampak, Gajah Di Depan Mata Dibutakan


Di Malaysia: Semut di seberang nampak, gajah di depan mata dibutakan.
Di Indonesia: Gajah di pelupuk mata tidak terlihat, semut di seberang lautan terlihat.

Walaupun kedua-dua peribahasa seperti berbeza, namun tetap membawa maksud yang sama iaitu kesalahan orang lain terlihat, namun kesalahan sendiri tidak terlihat. Itu adalah maksud tersirat di sebalik peribahasa. Kali ini penulis ingin membawakan kisah tersurat dari peribahasa tersebut.

Al-Kisah~

Hari ini, penulis ke Kuala Selangor untuk urusan kad prabayar celcom. Sebelum pergi, penulis telah merujuk di internet mengenai celcom centre yang terhampir dengan rumah penulis. Selesai urusan di pejabat celcom centre di Kuaa Selangor, penulis menghubungi seorang sahabat di sana.


Penulis: Assalamualaikum..tido ek?
Nizar: Aah..
Penulis: Aku kat Kuale ni..baru setle urusan celcom.
Nizar: Eh..kat Kuale mane ade celcom centre. Aritu aku wat kat Klang.
Penulis: Lar ko ni..kat tepi rumah pun x tau ke?..Ish3

Penulis pun terus pulang ke Sungai Besar. Sebelum tiba di rumah, penulis singgah di Pasaraya Billion. Nak beli kordial F&N rutbir. Kat rumah dah habes. Sedang mencari kordial, tiba-tiba penulis terkaku...

Celcom Booth
'Lost ur sim card, get new here'

Inilah yang membuat penulis terkaku....

Uhuk2...
terkene badan sendiri lah

Aduhyai~

Cameron Hightland Dah Tak Sejuk

Kelmarin (30-31 Mei 2009), Penulis sempat berkunjung ke Cameron Hightland. Rasanya baru beberapa minggu pulang dari Kem Kepimpinan Asas di Cameron Hightland, kini berkunjung lagi ke sana. Namun, apa yang menarik ialah Cameron Hightland kini sudah tidak sesejuk dulu. Tak tahu kenapa. Tapi, itulah hakikatnya.



Dalam perjalan pulang, kami singgah di Kuala Woh.
Aktiviti: Kubang~

Pesanan Terakhir


Wasiat Syed Qutb

Sahabat…
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

[as-Syahid Sayyid Qutub , 1906 - 29 Ogos 1966] 
 

sila pause lagu Amal di sidebar kanan web ini>>

Secalit Memori Penulis



Sayu hati ini pabila menghayati alunan nasyid Al Wadi mengiramakan bait-bait wasiat terakhir Syed Qutb. Seakan menggambarkan detik-detik getir pemergiannya ke tali gantung, namun dirinya tetap tenang menempuhnya, kerna yakin dengan janji Tuhan Ya Rabb. Syed Qutb, dikaulah pejuang Islam ulung. Menjadi perangsang kepada para mujahid Islam.



We Unite For Islam !

Tidak Dibenarkan Solat Waktu Pejabat

Ini adalah satu gambaran senario bekerja di sebuah syarikat ber-BOS-kan bukan Islam yang berada disebuah negara yang Islam adalah merupakan agama persekutuan. Bagi pekerja Muslim yang bekerja di syarikat itu tentu amat kesal dengan keputusan yang dikeluarkan oleh majikan mereka.


Abah ada kata, "Kalau BOS ko nanti tak bagi solat waktu kerja, berhenti jer terus dari syarikat tu. Cari tempat lain yang bagi ko solat. Jangan nak kejar harta dunia sampai agama ko gadaikan".


Beliau menyingkap kisah bekas anak muridnya yang pernah bekerja di sebuah syarikat Cina yang tidak membenarkannya bekerja. Akhirnya anak murid Abah berhenti dari bekerja di syarikat itu dan mencari pekerjaan di syarikat melayu yang membenarkannya bekerja. Difahamkan gaji yang diperolehi disyarikat itu lebih sedikit berbanding gaji di syarikat lamanya. Namun, atas dasar aqidah yang kuat, dia bersyukur atas nikmat pemberian Illahi.


Dalam kisah yang lain ketika mendengar Kuliah maghrib di Masjid Makmuriah, Ust Fadzilin ada menceritakan dilema seorang pegawai Melayu yang dibenarkan bekerja pada waktu pejabat, namun orang bawahannya tidak diperuntukkan dengan kebebasan solat. Perkara ini berlaku dalam sektor kerajaan. Ust. memberitahu pegawai tersebut bahawa sebagai orang atasan beliau bertanggungjawab memastikan anak-anak buahnya menunaikan kewajiban solat namun alasan yang diberikan ialah masih tiada peruntukkan dari jabatan.

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya [an-nisa' :103]


sumber dari sini>

Biadab

*isi artikel ini telah dibuang atas nasihat pembaca
*harap maklum
*terima kasih atas teguran

Rabitah Hati


Rabitah Hati

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat
Untuk Mendokong syariatMu di alam maya
Maka ya Allah.. eratkanlah ikatan yang ada (2x)
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma’rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..(2x)




Secalit Memori Penulis
Saban hari membaca al-Mathurat yang di dalamnya terdapat doa Rabitah. Mengungkap kisah hidupku ketika menuntut di SMKA Simpang Lima (SLISS). Nanyian nasyid Rabitah Hati satu nyanyian yang indah buat penyejuk hati. Lagu yang selalu dinasyidkan oleh warga SMKA Simpang Lima ketika aku masih mununtut di sana.
Diilhamkan liriknya dari doa rabitah yang terdapat dalam bacaan al-mathurat, nasyid ini difahamkan telah dibawa ke SMKA Simpang Lima oleh Ust. Sariman Rejo (mantan Pengetua) yang dibawa juga dari SMKA Kuala Selangor (KUSISS). Namun versi yang sedikit berbeza tatkala mendengar sahabat dari KUSISS menyanyikannya.

Syukran ya Ustaz......

-penulis hanya sempat menuntut selama lapan bulan di SMKASL. Kemudian berhijrah ke SBPISB.

Aku Pelik Tengok Orang Muda Pakai Tudung

filem syurga cinta

Berdesing sekejap telinga kami bila terbaca kenyataan Awal Ashaari, pelakon utama filem Syurga Cinta tentang wanita bertudung. Ada ke patut si Awal nie cakap macam nie:-

Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka

Pesanan buat artis-artis semua, kalau rasa ilmu agama tak cukup di dada sila jangan keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh seperti di atas.

Memang dah jadi kewajiban untuk wanita Islam pakai tudung, kenapa nak hairan pulak? Janganlah kerana nak promosikan filem Syurga Cinta anda sanggup nak buat kenyataan bodoh macam nie. Nampak macam orang tak belajar agama je. [sumber]

Hari Ini Dalam Sejarah (18 Mei 1970)


PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sejarah penubuhannya bermula apabila Pendeta Za'ba menyuarakan pendapatnya agar sebuah univ
ersiti ditubuhkan melalui tulisannya di Akhbar Lembaga Melayu pada Mei 1917. Di awal penubuhannya seramai 190 orang pelajar telah diterima measuk. Tiga fakulti telah ditubuhkan iaitu Fakulti Sastera, Sains dan Pengajian Islam.



Perkara menarik tentang UKM buat penulis:
1. Abah adalah graduan dari universiti ini
2. Sepupu penulis (Kak Chah, anak Wak Awi) kini pensyarah matematik di sini.
3. Universiti ini merupakan pilihan utama penulis masa isi borang UPU lepas matrikulasi.

Kini penulis merupakan mahasiswa UTM Skudai. Tentunya ada hikmah yang baik menjadi mahasiswa di johor ini....

wallahua'lam~

Transformasi Af7 Yang Macam Mana?

Semalam berakhirlah sudah siri transformasi akademi fantasia 7 dengan menobatkan Mohd hafiz bin Suip atau Hafiz, 19 sebagai juara. Sekagus menewaskan 4 pencabar lain di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan itu juga membolehkan beliau membawa pulang sebuah kereta Honda Accord 2.o, wang tunai RM20,000.00 dan banyak lagi hadiah lain.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini>

Persoalannya, transformasi bagaimanakah yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar di akademi tesebut? Adakah dari segi persembahan, nyanyian dan penampilan?

Adakah transformasi yang disebutkan adalah dari segi mengindahkan seni hiburan di bumi Malaysia yang dikatakan sebagai negara persekutuan Islam?

Atau, transformasi yang dilakukan adalah dari segi pengiktirafan Malaysia terhadap sistem konvokesyen yang selalunya di buat di Universiti-universiti terkemuka? Jika aku memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk merasai detik graduasi, kini hanya dengan memasuki akademi selama hanya beberapa minggu seseorang telah diiktiraf sebagai graduan. Hal ini benar-benar telah menghina sistem graduasi universiti yang telah lama diwujudkan. Malah, diri ini sebagai seorang mahasiswa memang amat terkilan dengan pengiktirafan tersebut.
sekadar gambar hiasan

Diharap agar ada pihak yang berani mengubah situasi Malaysia sekarang.

Kalo camni kita join jom...
Wallahua'lam...

Merah Itu Darah


Secalit calar terukir
Merah titisan darah

Merah pekat mengalir
Tumpah ke bumi Allah..

Subhanallah..teringat aku pada bait-bait lagu kumpulan nasyid sekolah aku dulu- Az-zafran. Entah ke mana agaknya ahli-ahli kumpulan itu sekarang. Yang aku tahu, salah sorang sahabatku dari kumpulan tersebut kini telah menubuhkan kumpulan nasyid baru dan kini mewakili UiTM Penang.

Kelmarin jari telunjuk tangan kananKu luka setelah aku mencubit-cubit jari tersebut. Sejak dari masjid lagi. Selesai solat isyak kat masjid pulang terus ke rumah. Sambil tengok TV sambil cubit jari. Tujuan asal nk buang satu hidupan pelik kat jari ni. Kutil namenye.

jari aku yang luka

Lepas berjaya keluarkan kutil tu dari jari ni, darah pun terus mengalir keluar. Tak henti-henti. Seram aku. Aku pun terus ambil tisu dan lap luka di jari.

Kebetulan, mama baru selesai masak mee goreng. Dia dah panggil makan kat dinning. Ish...cam ner ni? Jari masih luka. Aku pergi ke sinki dan terus basuh. Tak berhasil. Darah masih mengalir. Malah habis seluruh jari aku berlumuran darah. Aku ambil tisu terus tekap kat jari tu dan terus makan. Guna sudu dan garfu.

Sebenarnya tak sakit pun luka tu. Mungkin ni mainan psycology saja kot.

Aku teringat kata-kat abang Izwan (naqib) masa kat Cameron Highland tahun lepas. Dia cakap sebenarnya sejuk tu mainan psycology jer. Kita yang kawal minda kita. Kalau kita kata sejuk, menggigil la badan. Kalau kita kata OK, elok la badan.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk melihat darah. Malah, melihat darah korban itu adalah sunat. Perkara ini digalakkan dalam Islam agar umatnya tidak gentar, takut dan ragu untuk membunuh ketika di dalam peperangan.

Bagaimana seseorang itu mahu pergi ke medan perang sedangkan dia takut untuk melihat darah. Inikan pula untuk membunuh musuh yang mengancam maruah agama dan nyawanya sendiri.

Oleh itu, lepas ni kita janganlah takut untuk melihat darah ketika majlis korban. Jangan pula ada antara kita ni menyorok di belakang Tok Imam sebab takut lihat darah.

gambar hiasan

Jadilah seorang yang berani untuk tampil ke hadapan. Bukan setakat untuk melihat darah, kalau diberi peluang untuk smbelih, ambillah peluang itu.

Lelaki mesti berani.....

Erti Kesabaran...

Alhamdulillah...

Dah setahun lebih aku tangguh kelas memandu aku ni. lepas dapat lesen L jer dulu aku terus kne daftar masuk U. Tak dan nk habiskan kelas memandu mase tuh. Alhamdulillah cuti ni aku berkesempatan sambung balik kelas yang dah lame aku tinggalkan.hehe...

sekolah memandu tempat aku blajar kereta

Hari ni kali kedua aku ikuti kelas memandu (selapas setahun rehat dan 3kali renew lesen L). Ada masalah sket. Semalam anak murid sikgu memandu aku tuh baru eksiden. Kereta xleh gne. Die pinjam Kereta cikgu lain yang MC. X pasal2 gak td aku pn kne lecture blek. Die ingatkan pasal undang2 jalan raya.

Aku buat latihan bahagian A kat jalan raya. Alhamdulillah.. aku xda la gugup ke..gubra ke.. steady jer bawak kereta tuh..cume cikgu tuh jer yang terlalu berhati-hati. Die x bagi aku bawak laju.

Bagi aku, aku bawak kereta ni xla laju sangat. Stakat 40km/j jer kot. Normal lah tuh. Mungkin die takut kalo eksiden macam smalam kot. Kaki aku ni lak rase geram jer. Rase nak jer tekan pedal minyak tu kuat2. Nasib baek aku bersabar.

Ntah berape kali aku terbawak laju sket. Mase kat simpang tiga ade trafic light. Lampu kat situ tunjuk warna hijau ke sebelah kanan. Die cakap kat aku kalau yakin terus belok kanan. Aku pun tanpa ragu2 terus jer la. Yang silapnye, aku lupe nk tekan pedal brek. Jadi, aku mebelok tu dalam keadaan laju la. Si Che' Gu ni pun trus marah kat aku.

"Dah brape kali saya cakap kat awak,
jangan bawak laju-laju.
Awak tu baru belajar.
Ni warning terakhir.
Lepas kalau ape-ape terjadi,
awak tanggung sendiri..."

Aku pun terus cuak r. "Ish...die ni nmpak nye macam dh marah betol ni" aku berbisik dalam hati. Lepas kene marah, aku pun bawak dengan terpelahan mungkin. Rase macam nak gune gear 1 slalu. huhu...tp xda la cm tu. Gune gak r gear tinggi. Cume kne kawal la. Tapi yang penting, kalo nak bawak kereta mase kelas @ or ujian memandu kene bersabar.

Pengajaran yang aku dapat dapat daripada kelas memandu yang aku hadir hari ni ialah tentang erti kesabaran. Selain daripada kesabaran diri sendir, aku juga belajar tentang kesabaran orang lain 'cikgu memandu aku'. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar bersabar sentiasa lebih-lebih lagi jika kita di tempat yang benar.



Konsep sabar ni kita boleh lihat bukan sahaja di zaman sekarang ni tapi juga di zaman Rasulullah saw. Ketika menyebarkan dakwah, baginda telah menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, mehnah dan tribulasi, halangan dan dugaan demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Teringat pulak pada kisah ketika baginda menyebarkan dakwah islamiah di bumi Taif. Sesampainya baginda di bumi Taif, umat Taif bukan sahaja menolak dakwah Rasulullah, malah mencaci menghina nabi saw. Malahan yang lebih teruk lagi baginda dilemparkan dengan batu sehingga berdarah. Hingga diriwayatkan sepatu yang baginda saw gunakan digenangi darah malah kaki baginda juga turut luka.

Melihat peristiwa yang menghina nabi saw ini sehinggakan datang malaikat bertanyakan sekiranya ingin diterbalikkan bukit di Taif agar menenggelamkan umat di bumi. Namun, Rasul kita seorang yang tabah dan penyabar. Baginda menolak pelawaan malaikat tersebut malah baginda berdoa agar masyarakat di bumi Taif itu kelak diberi hidayah oleh Allah swt agar menerima sinar Islam.

Allah swt berfirman dalam al-Quran [Hud, 11:115] ;

Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Sifat sabar amat penting dalam mengawal diri dan tindakan agar tidak melampaui batas. Sebagai seorang kahlifah yang juga daei' di muka bumi ini, kita dituntut supaya bersabar agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang menggugat istiqamah.

Bersabarlah...tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan bersama dengan tali Allah, tiada sabar kecuali untuk Allah, dan jangan sesekali berlaku sombong dengan menyabarkan diri dari Allah..

Belajarlah untuk bersabar agar menjadi yang Terpelajar...

wallahua'lam........

Sejenak ku ke Pontian..

Alhamdulillah...
lega sket ati ni..



dari ptg td putih tu kosong..x daye aku nk lukis walau ia terdesak..fikiran ni kacau..otak x dpt nk bg tumpuan kat kje..rse nk luah je prasaan ni..tp xtau kt spe..

pas isyak td duk ngadap kertas tu...xdpat gak wat..tetibe dpt call dr naqib..die ajak g pontian..temankn die anta kak long die blek ke pontian..

mle2 aku jwb aku xnk..sbab kje xsiap lagi..pastu aku dok kejap..pk.kalo ak kt blik ni pn bkn wat kje..mmg r ad kje,tp kalo fikiran mracau bek xyah..x jln gak kje tu..

aku call balek naqib aku td..ckp yg aku nk temankan die..then aku pn g ke blok die..x jaoh dr blok aku..jln kaki je dh smpi..

smpi je kat blok die,aku jmpe die kat luar blok..die ckp die nk msok blik jap..aku pn tggu jap kt luar..duk kat pasu dpan blok tu...

ntah nape aku rse cm ad satu lampu yg nk idop tp x idop..cm starter plug die rosak..padahal aku kat luar blok..mne ad lmpu..tp prasaan aku cmtu r kre nye..aku cr2.. x jmpe..

naqib aku pn kuar dr blok..

(ish..ngantok lak..nti r ble2 sambong...)