Merah Itu Darah


Secalit calar terukir
Merah titisan darah

Merah pekat mengalir
Tumpah ke bumi Allah..

Subhanallah..teringat aku pada bait-bait lagu kumpulan nasyid sekolah aku dulu- Az-zafran. Entah ke mana agaknya ahli-ahli kumpulan itu sekarang. Yang aku tahu, salah sorang sahabatku dari kumpulan tersebut kini telah menubuhkan kumpulan nasyid baru dan kini mewakili UiTM Penang.

Kelmarin jari telunjuk tangan kananKu luka setelah aku mencubit-cubit jari tersebut. Sejak dari masjid lagi. Selesai solat isyak kat masjid pulang terus ke rumah. Sambil tengok TV sambil cubit jari. Tujuan asal nk buang satu hidupan pelik kat jari ni. Kutil namenye.

jari aku yang luka

Lepas berjaya keluarkan kutil tu dari jari ni, darah pun terus mengalir keluar. Tak henti-henti. Seram aku. Aku pun terus ambil tisu dan lap luka di jari.

Kebetulan, mama baru selesai masak mee goreng. Dia dah panggil makan kat dinning. Ish...cam ner ni? Jari masih luka. Aku pergi ke sinki dan terus basuh. Tak berhasil. Darah masih mengalir. Malah habis seluruh jari aku berlumuran darah. Aku ambil tisu terus tekap kat jari tu dan terus makan. Guna sudu dan garfu.

Sebenarnya tak sakit pun luka tu. Mungkin ni mainan psycology saja kot.

Aku teringat kata-kat abang Izwan (naqib) masa kat Cameron Highland tahun lepas. Dia cakap sebenarnya sejuk tu mainan psycology jer. Kita yang kawal minda kita. Kalau kita kata sejuk, menggigil la badan. Kalau kita kata OK, elok la badan.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk melihat darah. Malah, melihat darah korban itu adalah sunat. Perkara ini digalakkan dalam Islam agar umatnya tidak gentar, takut dan ragu untuk membunuh ketika di dalam peperangan.

Bagaimana seseorang itu mahu pergi ke medan perang sedangkan dia takut untuk melihat darah. Inikan pula untuk membunuh musuh yang mengancam maruah agama dan nyawanya sendiri.

Oleh itu, lepas ni kita janganlah takut untuk melihat darah ketika majlis korban. Jangan pula ada antara kita ni menyorok di belakang Tok Imam sebab takut lihat darah.

gambar hiasan

Jadilah seorang yang berani untuk tampil ke hadapan. Bukan setakat untuk melihat darah, kalau diberi peluang untuk smbelih, ambillah peluang itu.

Lelaki mesti berani.....

Comments

No responses to “Merah Itu Darah”

Catat Ulasan