(GEMPAR ) JKM KRP : 6 Dipecat, 2 Letak Jawatan, 6 Diberi Amaran Keras


KRP UTM, 29 Julai- Akibat gagal menghadirkan diri ke Kem Pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KRP di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang 11-12 Julai yang lalu 6 orang JKM KRP telah dipecat, 2 diterima perletakan jawatan dan 6 yang lainnya menerima Amaran Keras. 

Tindakan diambil setelah pihak pengurusan kolej menerima Jawapan surat tunjuk sebab ketidakhadiran ke Kem Pemantapan JKM 2009 oleh 11 orang JKM.

Keputusan dibuat melalui Mesyuarat Pengurusan Kolej Rahman Putra (KRP) yang terdiri daripada Pengetua, Felo dan Pembantu Felo yang telah diadakan pada 21 Julai 2009 jam 5.00 petang.

Namun, perlucutan jawatan bagi 6 orang JKM yang dipecat hanya berkuatkuasa pada 8 Ogos 2009.

Sehubungan dengan itu juga, secara automatik mereka tidak lagi mendapat beberapa keistimewaan yang diberikan kepada JKM seperti pengurangan kadar bayaran bilik RM0.50 sehari, bayaran pelekat kenderaan, kouta pengetua dan sebagainya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dipecat:
1. Khairina ‘Izzati bin Amir Husain (Naib Pengerusi 2 Aktiviti)
2. Radhiatul Raehan binti Mustafa (Setiausaha)
3. Aini Amirah binti Kasim (Bendahari)
4. Mohd Ainuddin bin Khairuddin (Timbalan Bendahari)
5. Suhaimi bin Sapar (Timbalan Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan)
6. Anis Afida binti Mohd Azli (Ketua Biro Kerohanian)

Letak Jawatan:
7. Nur Syazwani binti Mohd Hanafiah (Ketua Biro Pendidikan & Akademik)
8. Wan Ahmad Darimi bin Wan Abdul Hamed (Ketua Biro Keusahawanan)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UTHM gempar, KI UTHM mahu dibubarkan

Batu Pahat 23 Julai 2.40pm- Kampus Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) semakin panas dengan berita pembubaran Kelab Iqra’ UTHM (Ki UTHM).

Kelab yang merupakan persatuan utama untuk mahasiswa Islam UTHM sebagaimana Persatuan-Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus lain didakwa akan dibubarkan oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Presidennya, Hadi Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan bahawa wujud usaha terancang untuk
 membubarkan persatuan pimpinannya itu.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ura-ura pembubaran Ki UTHM bermula apabila Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof Madya Dr Husain Othman membentangkan usul mengenainya dalam Mesyuarat bersama Ketua-Ketua Pusat/Pejabat di bawah TNC HEPA.

Dr Husain mencadangkan agar Kelab Iqra’ dikeluarkan daripada Pusat Islam dan dikembalikan kepada Pejabat HEP memandangkan beberapa tindakan Kelab Iqra’ dianggap menyusahkan Pusat Islam.

Maklumat dalaman persatuan tersebut memaklumkan bahawa agenda membubarkan Ki UTHM turut  sama melibatkan Timbalan Pendaftar HEP, Encik Abdul Malek Ibrahim dan Pengarah Pusat Islam sendiri.

Menurutnya, keadaan lebih parah dan pembubaran persatuan tersebut dikatakan semakin menjadi kenyataan apabila Encik Abdul Malek Ibrahim  didakwa mengusulkan isu berkenaan dalam mesyuarat bersama TNC HEPA semasa cuti semester yang lepas.

Persatuan tersebut dianggap tidak membawa manfaat kepada warga kampus sebaliknya menyusahkan  pentadbiran universiti.

Dalam pada itu, persatuan tersebut juga didakwa mempunyai pertalian dengan Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Walaubagaiamanpun Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr Amir Hashim Mohd Kassim tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa sebaliknya akan bertemu dahulu dengan pimpinan persatuan tersebut bagi mendengar penjelasan berkenaan isu berkenaan.

Isu Masjid Baru

Isu tersebut dikatakan mula tercetus apabila berlaku krisis berkaitan pembinaan masjid kampus berkenaan.

Masjid yang baru yang akan menggantikan masjid lama telah dipersetujui supaya dibina di dalam kampus, namun mendapat tentangan beberapa ahli politik luar yang mahu tempat ibadat tersebut dibina di luar.

Dipercayai hasrat ahli politik tersebut lebih bersifat individu dan mengambil kesempatan membina imej di kepada penduduk kawasan tersebut.

Kedudukan masjid di dalam kampus sebelum ini dipersetujui kerana lebih strategik.

Beberapa pegawai universiti mendakwa Naib Canselor kampus berkenaan dipercayai ditekan oleh pihak luar.

“Kami hairan bagaimana dia (Naib Canselor) membantah masjid buat (bina) di dalam (kampus), padahal sebelum ini sememangnya semua dah bersetuju,” ujar ahli persatuan tersebut.

Memberi reaksi kepada isu berkenaan, Ki UTHM telah menghantar memorandum menyatakan pendirian tidak bersetuju kepada Menteri Pengajian Tinggi,Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pentadbiran kampus berkenaan khususnya Pusat Islam didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan persatuan tersebut. Mereka didakwa tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati pentadbiran.

Namun perkara tersebut dimaklum selesai apabila mufti memberi kata putus supaya pembinaan masjid di laksanakan di dalam kampus seperti yang diputuskan sebelum ini.

Mufti negeri tersebut cuba dihubungi, tetapi gagal. Beberapa pegawai pejabat mufti memaklumkan mufti menghadiri mesyuarat tergempak sejak seminggu lalu di Putrajaya.

Dalam pada itu, persatuan berkenaan dimaklumkan akan mengambil tindakan berjumpa dengan pentadbiran kampus berkenaan secepat mungkin bagi mendapat penjelasan sebenar.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian-mahasiswakini

Ayah Timbalan Ketua Biro Keusahawanan JKM KRP Maut Dalam Kemalangan

saudari Amalina yang ceria

KRP UTM, 22 Julai- Sayu hati seluruh warga JKM KRP apabila mendapat berita yang sungguh menyedihkan ini. Sungguh tidak disangka-sangka saudari Nur Amalina binti Mazlan, Timbalan Ketua Biro Keusahawanan JKM KRP yang sentiasa ceria, hari ini telah menerima satu dugaan hebat melalui berita kematian ayahandanya yang tercinta.

Kami dimaklumkan bapa Amalina telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu petang tadi. Semasa kejadian, bapa beliau sedang menaiki motosikal. Mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, En Syamsul Hendra b. Mahmud, Felo Penasihat JKM KRP telah menguruskan perjalan pulang saudari Amalina ke kampung halaman di Terengganu. Saudari Amalina telah bertolak pulang dari Kolej pada jam 8.40 pm menggunakan kenderaan Fortuner HEP A dan ditemani empat orang sahabat JKM. Beliau dijangka tiba di Terengganu pada jam 4 pagi nanti.

Namun, ibu saudari Amalina memaklumkan bahawa jenazah mangsa  akan dikebumikan pada malam ini juga atas nasihat Doktor. Saudari Amalina dijangka tidak sempat untuk menatap wajah mangsa.

Takziah diucapkan kepada saudari Amalina sekeluarga.

*Solat berjemaah Mahgrib dan Isyak berjemaah serta bacaan tahlil akan diadakan esok (23 Julai 2009) di Dewan Seri Meranti, KRP. Semua dijemput hadir

Mohd Ainuddin bin Khairuddin 
Timbalan Bendahari 
Jawatkuasa Kolej Mahasiswa 
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

Ceramah Isra' Mikraj


Penceramah : Ustaz Dr. Abdurrahman bin Hamzah (PPIPS, UTM)

Diambil dari sini tanpa kebenaran

Isra' Mikraj : Penghayatan Terhadap Ilmu Pengetahuan


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
[Al-Israa’ ,17 : 1]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama dari surah ke sebelas di dalam Al-Quran, surah Al-Israa’ seperti yang tertera di atas jelas menerangkan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW atas kehendak Allah SWT. Peristiwa yang berlaku lebih kurang empat belas abad yang lalu merupakan tonggak kepada pelaksanaan syariat solat yang difardhukan kepada kita sebagai umat Islam. Begitu jugalah solat merupakan satu-satunya ibadah yang diperintahkan Allah SWT dengan baginda sendiri telah diangkat ke Luh Mahfuz untuk menerima syariat yang besar ini.

Bersempena malam Isra’ Mikraj ini, 27 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 20 Julai 2009 Masihi, terdetik hati saya untuk mengulas mengenai hikmah daripada peristiwa yang bersejarah ini. Ketenangan malam di studio Environmental Unit, FAB membuatkan saya terasa aman ketika ini.


Betapa sesungguhnya peristiwa ini merupakan satu titik tolak penting terhadap kesedaran ilmu pengetahuan moden yang merentasi rasional pemikiran manusia. Mana tidaknya, kongkongan mitos mengenai keagungan langit yang gemilang berjaya diruntuhkan oleh peristiwa ini. Tabir kesesatan manusia yang menyembah langit sebagai menggantikan Allah SWT berjaya dibuka dengan tertembusnya langit oleh baginda SAW atas kehendak Allah SWT.

Jika difikirkan daripada kenyataan melalui pembongkaran tersebut, jelaslah bahawa terdapat satu tembok besar umpama Great Wall of China yang perlu kita rentasi bagi menghubungkan solat dengan hal seharian kita terutamanya kemampuan ilmu pengetahuan. Setelah Allah SWT mengurniakan sinar yang menerangi pemikiran manusia yang melewati akal logikal, adalah seharusnya kita sebagai hambanya untuk menyembahNya sebagai bentuk pengabdian atas anugerah yang maha besar.

Dan sekiranya pemikiran kita dapat melihat solat sebagai satu pengabdian kepada Allah SWT dan memanfaatkan ilmu pengetahuan sebagai landasan pemikiran, InsyaAllah ilmu dan Iman dapat diselaraskan. Jiwa manusia yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan pasti akan memanfaatkan jalinan tersebut dengan Iman sebagai asas kepada ilmu pengetahuan itu sendiri. Sehinggalah peningkatan ilmu pengetahuan dapat meningkatkan pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya lantas menghalang seseorang itu daripada melakukan kerosakan melalui ilmu yang diselewengkan.

Ilmu yang diperolehi tanpa berteraskan Iman  adalah lebih bahaya daripada kejahatan itu sendiri. Hal ini demikian kerana lmu tanpa nilai kerohanian, free value lebih terdorong ke arah kegiatan yang membawa kepada kerosakan demi kepentingan peribadi. Tanggungjawab atas kerosakan yang dilakukan dilepaskan dengan mengeksploitasi agama sebagai pelaku. Keganasan atas nama agama sering dijadikan benteng untuk kepentingan semasa tanpa menghiraukan akibat buruk yang mendatang.

Dalam kerangka inilah, Allah SWT mengutuskan seorang rasul sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Pristiwa Isra’ Mikraj menjadi satu pengajaran berguna kepada umat manusia untuk mengaplikasikan penghayatan terhadap perkaitan antara Ilmu, Iman dan Isra’ Mikraj dalam menghadapi perkembangan dunia yang lebih terarah kepada penggunaan ilmu dan teknologi sebagai komponen utama dalam kehidupan. Seharusnya kita sebagai mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia mengambil iktibar dari peristiwa Isra’ Mikraj ini.

Dari saya sendiri, “Selamat Menyambut Isra’ Mikraj Melalui Penghayatan Ilmu dan Iman” 

Wallahu A’lam

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Gotong-royong JKM KRP

KRP UTM, 19 Julai- Seramai 17 orang ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP hari ini telah menyertai aktiviti gotong-royong bagi mengemas bilik-bilik dibawah jagaan JKM KRP. Usaha ini dilakukan kerana keadaan bilik JKM dan Stor aset yang sudah tidak teratur.

Gotong bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Memandangkan keadaan stor aset lebih mendukacitakan dan kerja yang akan dilakukan agak berat, JKM lelaki telah ditugaskan untuk mengemas stor aset manakala JKM wanita mengemas di bilik JKM.

Banyak barang telah dilupuskan antaranya kertas risalah lama, buku majalah lama, kotak-kotak buruk, kayu-kayan dan bahan masakan yang sudah tamat tempoh. Kira-kira jam 11.30 pagi, JKM lelaki sudah berjaya menyelesaikan kerja mengemas di bilik stor aset.  Kemudian JKM lelaki membantu JKM wanita mengemas bilik JKM.

Pukul 12 tengah hari, aktiviti mengemas diberhentikan bagi mengisi keperluan perut iaitu makan. Sedikit jamuan ringan berupa roti canai dan air sirap serta the telah disumbangkan oleh saudara Taufiq dan saudari Siti.

Sambil menjamu selera, JKM KRP juga mengadakan mesyuarat tidak formal bagi mambincangkan program yang akan diadakan pada 20 Julai ini 9 malam iaitu majlis Hari Terbuka KRP yang melibatkan pengenalan dan pendaftaran sebagai ahli-ahli kelab-kelab di KRP. Mesyuarat di pengerusikan oleh saudari Khairina ‘Izzati selaku Naib Pengerusi 2 (Aktiviti) JKM KRP merangkap pengarah program pada malam itu. Program akan berlangsung di Dewan Seri Meranti.


cukuplah gambar ini bagi menceritakan keadaan stor aset

Tambahan : Stor Aset JKM adalah di bawah tanggung jawab Mohd Ainuddin bin Khairuddin selaku Timbalan Bendahari JKM JRP.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin 
Timbalan Bendahari 
Jawatkuasa Kolej Mahasiswa 
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

Kristianisasi : Sudahkah UTM Bersedia?

Minggu ini kampus negara digemparkan dengan penangkapan 9 penganut Kristian di Universiti Putra Malaysia (UPM) atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian kepada mahasiswa universiti tersebut. Penangkapan ini telah mendedahkan gerakan penyebaran agama tersebut terhadap golongan mahasiswa. Penangkapan di UPM ini juga tidak bermakna gerakan ini hanya beroperasi di sana. Gerakan ini sebenarnya ada di setiap kampus seluruh negara termasuklah UTM sendiri. Cuma bezanya, belum ada penangkapan lagi di lakukan di UTM setakat ini.



Gerakan ini yang mempunyai moto "Win the campus today, win the world tomorrow" begitu berusaha menarik mahasiswa Islam yang lemah untuk menganut agama Kristian. Visi mereka "One faculty, One IFC movement" dengan IFC bermaksud influencers for Christ. Mereka lebih tertumpu kepada golongan cerdik pandai seperti mahasiswa kerana golongan inilah yang berpotensi tinggi untuk menyebarkan agama Kristian buat kelak. Bagi mereka, mahasiswa kampus berpotensi untuk mencorakkan dunia. Mahasiswa bakal menjadi pemimpin dalam kerajaan, media, pendidikan, perniagaan, dan gerakan Kristian seluruh dunia.

Di UTM sendiri, saya amat takut sekiranya dakwah secara besar-besaran dilakukan oleh gerakan kristianisasi ini dilakukan. Lihat sahajalah keadaan mahasiswa UTM hari ini. Budaya hedonisme yang menjadi ikutan kebanyakkan mahasiswa bagaikan menjadi satu kemestian kepada mereka. Bilangan kehadiran ke program-program yang melalaikan melebihi bilangan kehadiran ke program-program ilmu. Jika berjalan merentasi bilik-bilik di blok kediaman, telinga kita disajikan dengan lagu-lagu hiburan. Pemakaian mahasiswa-mahasiswi kita lebih terarah meniru kepada artis-artis barat.

Budaya 'coupling' juga menjadi satu fenomena yang sudah dianggap satu kebiasaan. Mahasiswa-mahasiswi berjalan berpegangan tangan boleh dilihat di sana di sini. Membonceng berlainan jantina seperti bukan satu kesalahan. Terbaru, kematian seorang mahasiswi di Kolej 9 ketika bersalin masih menjadi tanda tanya. Yang tertulis di atas hanyalah sebahagian daripada bermacam-macam lagi masalah yang timbul dalam kalangan mahasiswa UTM. Kelekaan mahasiswa ini menjadi kebimbangan kita emua kerana sekiranya dakwah yang dilakukan oleh gerakan kristian itu berhasil, maka ramailah mahasiswa kita yang akan kecundang.

Selain daripada gerakan kristianisasi ini, kebanjiran warga Iran di UTM juga membimbangkan saya. Bukannya saya takut pada mereka kerana tubuh mereka yang besar tetapi pemesongan aqidah mereka yang saya takuti. Aqidah syiah mereka boleh merosakkan pemikiran mahasiswa kita yang mempunyai pegangan aqidah yang lemah. Semester yang lalu sahaja  mereka telah membuat onar dengan melakukan pesta haram di kampus kita. (berita lebih lanjut di sini)

Pegangan aqidah yang kuat menjadi benteng utama yang dapat menyelamatkan seorang muslim daripada kekufuran. Sekiranya aqidah mahasiswa di UTM teguh pasti tidak ada seorang pun mahasiswa muslim UTM yang menerima dakwah mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ  تُؤۡتِىٓ أُڪُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَا‌ۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَڪَّرُونَ  وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ۬ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ۬ 

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)
[Ibrahim, 14 : 24-26]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak Universiti termasuk Pusat Islam UTM, dan gerakan-gerakan Islam mahasiswa PMIUTM dan Kelab Iqra' perlu memainkan peranan penting dalam menyelamatkan mahasiswa kita. Aktiviti sosial mahasiswa perlu dipagari dan diganti dengan aktiviti keagamaan yang pelbagai supaya suasana biah solehah dapat diwujudkan di kampus kita. Namun, usaha ini tidak akan berhasil sekirannya mahasiswa itu sendiri tidak membantu dalam menyelamatkan aqidah mereka. 

Wallahu A'lam

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Pecat JKM & Buang Kolej?

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Hari ini saya menerima sepucuk surat rasmi yang diambil secara tidak rasmi yang meminta saya untuk membela diri. Surat ini dikeluarkan oleh pengetua pada 13 Julai 2009, namun hanya sampai ke tangan saya hari ini iaitu 15 Julai 2009 pukul 8.00 malam. Satu persoalan yang enggan saya ulas puncanya.

Penulisan saya kali ini akan lebih tertumpu kepada tajuk surat ini yang agak sukar untuk saya fahami maksudnya. Mungkin kerana pemahaman bahasa melayu saya agak kurang fasih akibat Program Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di yang telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia.

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA TINDAKAN PEMECATAN DARI MENGANGGOTAI JKM DAN TINDAKAN BUANG KOLEJ TIDAK BOLEH DIAMBIL KE ATAS SAUDARA

Pertama sekali saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada Tuan Pengetua, Dr. Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor kerana tidak melaporkan ketidakhadiran saya ke Kem Pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra UTM pada 11-12 Julai 2009 yang lalu. Ketiadaan saya pada program tersebut adalah disebabkan komitmen saya terhadap hal akademik.

Terdapat dua kemungkinan yang dapat saya fahami daripada surat tersebut iaitu :
1. Saya belum dipecat, atau
2. Saya telah dipecat.

Namun, saya lebih suka untuk menerima kemungkinan yang pertama kerana ia menunjukkan sifat profesionalisme pengetua dalam mengendalikan kes sedemikian rupa. Tindakan tidak menghadirkan diri ke Kem Pemantapan tanpa pengetahuan pihak atasan merupakan satu kesalahan kerana tindakan tersebut telah membelakangi Pengetua selaku insan yang telah melantik saya untuk menjawat jawatan selaku Timbalan Bendahari JKM KRP. Namun pengetua bijak menghadapi situasi ini dengan mengambil tindakan mengarahkan saya mengemukakan sebab ketidakhadiran saya ke kem tersebut.

Di sini, kita dapat lihat bahawa pengetua berjaya mengawal emosi beliau dan tidak terpengaruh untuk terus mengenakan tindakan yang keras terhadap pesalah seperti saya. Ciri-ciri seorang pemimpin yang bijak dapat dilihat melalui sikap timbang rasa beliau.

Dan ingatlah sesungguhnya Allah berfirman:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [An-Nisa' 4 : 135] 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdahulu, surat dibawah dihantar melaui emel kepada setiap ahli JKM KRP.


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Yang Bersalah,

MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Timbalan Bendahari
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

Transformasi Blog Mahasiswa


Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa UTM yang telah digagaskan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang merupakan satu usaha yang perlu dilihat secara positif oleh semua pihak terutamanya mahasiswa sendiri. Usaha murni NC ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang benar-benar berkualiti apabila bergelar graduan UTM nanti. 

Selaku mahasiswa, kita seharusnya menyahut seruan ini dengan melakukan transformasi terhadap diri setiap mahasiswa. Transformasi ini hendaklah merupakan satu pembentukan ke arah yang terbaik dan bukannya perubahan yang bakal merendahkan martabat diri mahasiswa. Transformasi ini perlu dilihat dalam skop yang lebih luas agar mahasiswa dapat menggunakan segala ruang yang ada bagi meningkatkan potensi diri. 

Blog merupakan salah satu wadah yang boleh digunakan mahasiswa untuk memperbaiki diri dan menonjolkan ciri kepimpinan yang ada dalam diri mahasiswa. Penulisan blog kini merupakan satu fenomena yang melanda mahasiswa di UTM. Ramai dalam kalangan mahasiswa kini sudah mempunyai blog sendiri. Bahkan kini telah wujud laman web yang mengumpulkan bloggers dari kalangan mahasiswa UTM sendiri. Laman ini telah memudahkan para bloggers UTM untuk memperoleh maklumat mengenai penulisan terbaru bloggers mahasiswa yang lain.


Daripada mahasiswa UTM sendiri, saya dapati pelbagai bentuk dan rupa blog mereka. Blog diisi dengan penulisan cerpen, berita, mesej dakwah dan sebagainya. Namun, saya amat berduka cita kerana kebanyakan blog mahasiswa hanya sekadar catatan harian dan rintihan pilu yang langsung tidak menggambarkan diri mahasiswa tersebut. Adakalanya, aktiviti harian yang ditulis di blog langsung tidak sesuai untuk mencerminkan aktiviti mereka sebagai mahasiswa seperti aktiviti keluar berparti dan sebagainya. 

Sahabat mahasiswa sekalian, sedarlah bahawa penulisan melalui cetusan kreatif melambangkan diri mahasiswa. Oleh itu, saya menyeru mahasiswa agar melakukan transformasi terhadap blog kalian bagi menyahut seruan Naib Canselor yang mahukan perubahan dari mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang bertaraf kelas pertama yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis serta berkemahiran dan menjadi contoh terbaik untuk masyarakat di luar sana.

Gunakanlah blog sebagai platform pembangunan diri mahasiswa dengan menyatakan idea-idea yang bernas serta pemikiran yang waras. Kupaslah isu-isu semasa melalui perspektif seorang mahasiswa bagi mengembangkan minda kalian. Jadikanlah diri anda sebagai mahasiswa yang responsif yang mengambil berat tentang isu-isu semasa.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“…saya ingin mengajak seluruh warga UTM untuk mempertulus niat,
memugar minat, mengalirkan keringkat dan menghayati amanat bagi
menggunakan seluruh potensi, kekuatan dan kebolehan menjadikan
akademia sebagai wadah perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Kecemerlangan dan kegemilangan akademik adalah manifestasi tentang
Komitmen kira terhadap ilmu dan budaya ilmu”

Menjayakan Transformasi (hal. 47)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina 
Universiti Teknologi Malaysia

Mahasiswa UTMKL Maut Jatuh Tingkat Empat


Malam tadi saya telah ditanya mengenai kematian seorang mahasiswa tahun satu di UTM oleh seorang sahabat dari sekolah lama. Pada mulanya saya fikir kes yang diajukan itu adalah berkaitan kematian seorang mahasiswi yang mati ketika bersalin di Kolej 9, UTM Skudai. Namun agak menghairankan apabila sahabat tersebut menyatakan bahawa yang meninggal itu bukan seorang mahasiswi, tetapi seorang mahasiswa. Malah, lebih mengejutkan lagi apabila beliau menyatakan mahasiswa tersebut adalah mahasiswa tahun satu yang baru mendaftar. 

Saya cuba mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut. Saya meminta sahabat tersebut menyatakan sumber maklumat beliau. Dan beliau menyatakan sumber berita diperolehi melalui facebook. Perbicaraan kami terhenti di situ kerana saya sudah mula merasa mengantuk.

Hari ini, saya telah melayari blog PMIUTM dan saya terbaca berita mengenai kes tersebut yang disampaikan oleh promahasiswautmkl melalui sistem aplikasi Cbox. Di sini saya lampirkan berita sebenar kes kematian mahasiswa UTMKL itu.
_____________________________________________________________________

KUALA Lumpur, 13 Julai (Pro-M.blog) - Seorang pelajar tahun pertama yang berasal dari Kluang, Johor maut di tempat kejadian akibat terjatuh dari tingkat empat di blok C, Kolej Kediaman Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur. Kejadian yang menimpa pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) itu berlaku dalam pukul 12.50 pagi tadi.

Punca kejadian adalah kerana mangsa cuba memasuki biliknya yang berkunci melalui tingkap. Mangsa mengambil langkah memanjat dinding bilik air antara biliknya dan bilik "toiletmate" untuk keluar ke ruang disebelah luar tingkap yang tidak berdinding. Bunyi yang kuat mengejutkan penghuni kolej yang berdekatan.

Mangsa tidak dapat diselamatkan apabila bahagian kepala mangsa pecah akibat terjatuh di atas lantai simin gelanggang badminton. Mangsa telah dibawa pulang dan selamat di kebumikan di Kluang hari ini. Kemalangan ini merupakan kes yang pertama di Kolej Kediaman Siswa Jaya.
_____________________________________________________________________
p/s:Terima kasih kepada saudari Nadhiatul Farahain atas maklumat berita tersebut.