sumber : Pro Mahasiswa UTM
Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010
Kerusi Umum:
1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655
Kerusi Fakulti:
Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403
Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149
Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621
Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467
Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458
Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463
Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding
**Nota:
Pro Mahasiswa - 18 Kerusi
Evolusi mahasiswa - 28 kerusi
Bebas - 5 Kerusi
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
UNDI ANAK MUDA
Khamis, 28 Januari 2010
- By panod
-
0 comments

UNDI ANAK MUDA
“Bum…..” bunyi tepukan meja menggamatkan keadaan meeting parti perkauman Negara Zimbabwe.
“oi… hampa tidoq lagi?” Dato’ Nazak, Presiden parti mula mengamuk.
Semua ahli meeting diam tidak terkata. Yang paling santai, ketua wanita sahaja. Mulutnya seperti bersiul, dan kelihatan sedang mengikis kuku.
”hampa tau tak... aku dah blur tahap gaban dah ni.. keadaan parti kita makin teruk dah ni..” bising Dato’ nazak.
”hampa tau tak? Isu nama tuhan kita dah lingkup. Isu bakar kuil, parti lawan dah tahu budak-budak kita buat” sambung Dato’ nazak lagi.
Tiba-tiba, timbalan Dato’ Nazak berdiri. Semua ahli meeting melihat ke arah Dato’ Sembab.
“kita kena fikir secara serius. PRU tak lama lagi nak berkunjung tiba. Saya dok nampak, macam kita nak terlungkup dah ni.. kalau kita terlungkup, habis kita.. silap haribulan, ramai di kalangan kita masuk penjara.. sapa nak tutup kita punya kes-kes rasuah dan penyelewengan?” ujar Dato’ Sembab dengan nada agak sedih.
Kelihatan Dato’ Nazak terangguk-angguk dengan apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sembab itu.
“macam ni la Dato’” Ketua Pemuda parti Perkauman bersuara. Semua ahli meeting, berpaling ke arahnya pula.
”Saya berpendapat, dalam PRU akan datang, undi anak-anak muda akan mendominasi keadaan. Undi mereka penentu imej politik kita dalam PRU akan datang” sambung ketua pemuda itu lagi.
”dah tu.. takkan kita biar jer?” soal Dato’ Sembab.
”macam ni la Dato’. Apa kata kalau kita perguna budak-budak Univerisiti” Ketua Pemuda itu memberi cadangan.
Semua ahli meeting kelihatan berfikir sejenak, apabila mendengar kalimah Universiti.
“teruskan.. ia agak menarik” kata Dato’ Nazak.
“Universiti tempat anak-anak muda. Mereka penentu kepada keadaan politik negara. Jadinya, kita kena tengok undi mereka dalam Pilihanraya Kampus kali ini” Ketua Pemuda memberi penjelasan panjang.
“kalau pembangkang menang ke, kalah ke dalam Universiti. Apa yang untung dan rugi yang kita dapat?” Soal Ketua Wanita yang masih lagi mengikis kukunya.
”apa la Dato’ ni.. kita kena tengok mood dalam Pilihanraya kampus ini.. kalau Pembangkang menang pun, kita tetap untung juga..” balas Ketua pemuda.
”nak dapat untung macam mana?” Dato’ Nazak berkerut dahi bertanya.
”macam ni dato’, saya dah arahkan agar di semua kampus melaksanakan undi dengan cara elektronik.. E-Undi... bila kita laksanakan ini, mesti setiap undi, kita akan tahu budak-budak universiti dari daerah mana, negeri mana, umur berapa dan macam-macam kita boleh tahu.. bila kita dapat tahu, mesti kita akan dapat chek, mereka akan mengundi di daerah mana, dan apakah mereka mengundi pembangkang atau kita dalam PRU akan datang” Ketua Pemuda memberi penjelasan yang begitu panjang lebar.
Kelihatan mulut Dato’ Sembab agak muncung. Mungkin sedang berfikir.
“ok juga idea tu.. tapi, perlaksanaan E-undi ni, tak datang impak yang buruk ker?” Ketua Wanita bertanya.
“memang ada bantahan dari budak-budak tu.. kita buat pekak jer” sampuk Menteri Pendidikan tinggi negara Zimbabwe.
Kelihatan Dato’ Nazak berpuas hati dengan penerangan Ketua Pemuda Parti Perkauman Negara itu. kepalanya terangguk-angguk, seperti setuju dengan penjelasan tersebut.
”Ok.. kalau macam tu, on je la” arah Dato’ Nazak.
« baik dato’ » balas Ketua Pemuda sambil tersenyum.
sumber dari blog (al-bakistani)
*nota kaki:
cube kita kaitkan dengan isu (pendedahan eksklusif : evolusi di sebalik tabir)
saya merasakan perkara yang dibawakan oleh saudara Amin sungguh berat kerana ia bukan sahaja melibatkan kebobrokkan orang dalam pentadbiran di Universiti tetapi juga menghina Universiti sebagai gedung ilmu dengan pengamalan budaya kepimpinan kotor serta melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pindaan 2009
saya menggesa agar perkara ini dapat dijelaskan oleh pihak pentadbiran
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Sarjana Muda Seni Bina

PRK UTM : Pilih Calon Yang Benar-benar Layak
Rabu, 27 Januari 2010
- By panod
-
0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...
Pilihanraya kampus Universiti Teknologi Malaysia kali ini perlu dijadikan medan untuk mahasiswa mengangkat pemimpin mahasiswa yang benar-benar memperjuangkan hak mahasiswa.
Universiti Teknologi Malaysia akan kerugian besar sekiranya pemimpin mahasiswanya diangkat dari golongan mahasiswa yang tidak mempunyai idealisme perjuangan yang jelas.
Pemimpin mahasiswa yang tidak mempunyai idealisme perjuangan yang jelas tidak tahu ke mana arah yang perlu dibawanya dalam memimpin mahasiswa keseluruhannya maka jadilah mereka umpama nakhoda kapal yang gagal mengendalikan kapal dengan sebaik mungkin lantas melanggar tumbu karang atau melanggar ombak besar dan akhirnya kapal yang dikendalikannya karam sehingga menyebabkan anak-anak buahnya tenggelam lemas di lautan.
Kita tidak rela Universiti Teknologi Malaysia ini dipimpin oleh mereka yang menganggap jawatan yang bakal disandang itu ialah tuah mereka semata-mata dan bukannya sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Pemimpin yang amanah akan berusaha memastikan kuasa yang dimilikinya itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melakukan perubahan terhadap segala kepincangan yang berlaku.
Kita memerlukan pemimpin mahasiswa yang berani bersuara atas nama mahasiswa menyatakan pandangan,idea,dan pemikiran mahasiswa dan sanggup menanggung sebarang risiko demi menegakkan kebenaran.
Kita mengharapkan pilihanraya kampus ini menjadi medan buat keseluruhan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia untuk mengangkat pemimpin-pemimpin mahasiswa yang komited terhadap usaha penghayatan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa.
Pemimpin mahasiswa yang komited terhadap usaha penghayatan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa akan sedaya upaya menghidupkan kampus ini dengan program-program keilmuan dan keintelektualan yang memaparkan makna sebenar mahasiswa dan berusaha untuk menghapuskan segala bentuk program yang berupaya memperbodoh dan melumpuhkan idealisme perjuangan mahasiswa.
Semoga pilihanraya kampus kali ini diadakan dengan penuh adil dan telus dengan memberi ruang secukupnya buat calon-calon untuk berkempen secara bebas dan yang paling penting mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang akan mengundi nanti membuat keputusan bijak dengan mengundi calon-calon yang berani membawa suara mahasiswa.
Hidup Mahasiswa!!!
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina

Manifesto Pilihan Raya Kampus UTM 2010 oleh Pro Mahasiswa UTM
Selasa, 26 Januari 2010
- By panod
-
1 comment
AKADEMIK
Pemerkasaan akademik secara keseluruhan merangkumi peningkatan PNGK yang konsisten, nilai sahsiah yang tinggi dan juga kemahiran generik yang baik dalam diri setiap mahasiswa.
Huraian:
Prof Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia di dalam buku beliau, Menghayati Budaya Ilmu menyatakan bahawa universiti bukanlah tempat untuk mendapatkan ilmu untuk kepentingan diri sendiri seperti persediaan ke alam kerja semata-mata tetapi lebih luas dan lebih jauh daripada matlamat tersebut, beliau menyeru semua warga Universiti Teknologi Malaysia, mahasiswa khususnya dan semua staf akademik dan staf bukan akademik untuk sama-sama menjadikan UTM sebagai sebuah pusat tamadun yang menjadikan ilmu sebagai teras kehidupan.
Oleh itu, kami di pihak PRO-MAHASISWA menyambut gagasan ini dan kami ingin membawa satu pendekatan kepada mahasiswa iaitu pemerkasaan akademik secara keseluruhan merangkumi peningkatan PNGK yang konsisten, nilai sahsiah yang tinggi dan juga kemahiran generik yang baik dalam diri setiap mahasiswa. Kita semua mengetahui bahawa kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh mahasiswa merupakan satu nilai tambah di samping pengetahuan dalam bidang masing-masing. Jika mahasiswa mampu untuk mengurus organisasi pada hari ini contohnya, mahasiswa juga pasti mampu untuk mengurus keadaan yang lebih besar di luar alam kampus suatu hari nanti.
Prof. Dr. Syed Hussein Al-Attas ada menyebut bahawa ‘orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya. Persoalannya ialah, adakah kita sebagai mahasiswa dengan kelayakan akademik telah mengaplikasikan segala ilmu dan hikmah yang telah kita pelajari di UTM selaras dengan visi dan misi UTM sendiri mahupun selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mensasarkan pembangunan mahasiswa dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Budaya ilmu merupakan amalan masyarakat yang bertamadun. Oleh itu, kami ingin memperbanyakkan program-program berbentuk akademik yang dapat meningkatkan kualiti mahasiswa secara dalaman dan luaran. Sebagai contoh, NC telah mengeluarkan idea yang sangat baik iaitu program Saturday Night Event sebagai saluran untuk mahasiswa berhibur di samping mencambah buah fikiran dengan forum, diskusi dan sebagainya. Berhibur tiada salahnya tetapi hiburan bagaimana yang mahasiswa sebagai ahli intelek perlukan?
Agenda PRO-M juga selari dengan Dasar Pembangunan Mahasiswa UTM yang dibangunkan oleh TNC melalui 3 objektif iaitu pembangunan akademik, pembangunan individu dan sosial serta pembangunan kerjaya. Melalui pembangunan akademik, mahasiswa juga perlu cakna dan peka terhadap keadaan sekeliling dan kreatif dalam mengaplikasi ilmu yang pelbagai sesuai dengan bidang masing-masing. Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan, pemikir, pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan. Dalam situasi mahasiswa pada hari ini, jgn kita hanya membangun PNGK sahaja tetapi akhlak, sahsiah, integriti juga perlu membangun seiring. Kami menantikan mahasiswa yang dididik dengan budaya ilmu ini pada akhirnya mampu menjadi seorang yang pakar dalam bidang profesionnya serta mampu membaiki keadaan masyarakat sekeliling.
PRO-MAHASISWA sangat komited untuk memanfaatkan dan memperkasakan ‘books corner’ sebagai satu kemudahan kepada mahasiswa untuk menambah ilmu yang mempunyai pendekatan bahan bacaan yang lebih santai tetapi sarat dengan ilmu semasa sesuai dengan keadaan semasa. Kami akan berusaha untuk mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dari bahan yang sedia ada kepada pelbagai jenis bahan bacaan ilmiah lain sesuai dengan keintelektulan mahasiswa. Dengan cara ini,kami yakin dan percaya bahawa mahasiswa lebih mudah untuk mencapai ilmu di mana-mana sahaja seterusnya akan melahirkan mahasiswa yang mampu mendepani massa dan menyelesaikan isu secara global dengan fakta dan penilaian yang tepat.
KEPIMPINAN
Satu platform kepimpinan yang lebih matang, dinamik dan responsif dalam mendepani massa dalam isu-isu pada peringkat kampus, nasional dan international.
Huraian:
Pemimpin merupakan teras dalam sesebuah koloni dalam membawa halatuju masyarakat yang dipimpin ke arah kecermelangan bagi segenap ruang lingkup kepimpinannya. Secara khususnya, kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar.Jika sekarang kita dikelilingi rakan-rakan mahasiswa/i yang sama tahap keintelektualannya,cuba bayangkan bila kita berada di pentas dunia realiti , kita akan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang dan inilah liku-liku kehidupan serta cabaran yang harus kita tempuh sebenarnya.Jika tidak disambut cabaran dalam kampus ini,BILA LAGI UNTUK MENGUJI KEMAMPUAN KITA UNTUK MEMIMPIN?.Bukankah setiap dari kita adalah pemimpin. Pada ketika ini kita tiada pemimpin, diri inilah adalah pemimpin diri bagi menuju era kepimpinan yang lebih besar.Walaupun tiada daya dan kekuatan, namun kita kena menjadi kuat menghadapi. SIAPA LAGI HENDAK MEMIMPIN KALAU BUKAN KITA YANG MULA MEMIMPIN.
Pada peringkat Pro Mahasiswa UTM,kami menyediakan satu platform kepimpinan yang lebih matang, dinamik dan responsif dalam mendepani massa dalam isu-isu pada peringkat kampus, nasional dan international. mahupun isu-isu kampus yang seharusnya diambil cakna oleh pihak pentadbiran universiti demi menjaga kelangsungan kebajikan mahasiswa/i secara menyeluruh. Dalam erti kata lain, kita cuba mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan dekat di hati antara mahasiswa/i dan pihak pentadbiran sekaligus dapat menjana sinergi dalam memacu gagasan tranformasi kreatif dan inovasi yang disuarakan oleh ayahanda NC,Prof Dato’ Dr Ir Zaini Bin Ujang.
Selain mengagendakan pelaksanaan pelan tranformasi pembangunan mahasiswa dan sebagainya,kami amat komited dalam memperjuangkan sekaligus melindungi hak mahasiswa tanpa mengira bangsa dan agama di bawah satu payung kesejagatan mahasiswa terpimpin.Semua mahasiswa berhak menyatakan keperluan asasinya sebagai mahasiswa selagi mana tidak bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti,Perlembagaan Malaysia serta Deklarasi Universal tentang Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Apalah ertinya sebuah universiti tanpa MAHASISWA. Apalah pula ertinya mahasiswa tanpa NILAI DAN KEGIATAN KEMAHASISWAAN yang moderate.
Sebagai wadah kepimpinan yang telus serta berintegriti, kami juga amat komited untuk memperkasakan mahasiswa dengan elemen yang baik dalam sebuah ekosistem akademik yang lebih bersifat ’mesra siswa’. Ini bagi menjamin ketidaktandusan kepimpinan pada masa akan datang tanpa mengira apa jua lapangan sekalipun sama ada persatuan-persatuan,kelab-kelab mahupun Jawatankuasa Kolej Mahasiswa di kolej-kolej. Kami tidak mahu wujudnya sikap ’kita-kita je’ atau suatu kelompok eksklusif di kalangan mahasiswa/i yang langsung tidak dapat dicapai mahupun didekati oleh mahsiswa/i amnya di UTM ini.Ingat kita semua SERUPA tapi yang membezakan adalah ILMU,MENTALITI serta KEMATANGAN kita sebagai mahasiswa terpilih untuk berada di gedung ilmu ini.
Dalam melahirkan waris kepimpinan yang baik, kita perlu bersama menyingsing segala kekuatan yang ada dalam mencorakkan gaya kepimpinan yanag akan mentadbir negara ini pada masa akan datang. Dalam hal ini, golongan mahasiswa seharusnya mengekalkan status serta identiti yang diberikan oleh masyarakat sejak dari awal 30an lagi bahawa mereka telah dinobat sebagai jurubicara masyarakat, penerus kepimpinan mampan dan penyala obor ummah.
Justeru itu, di universitilah antara platform yang terbaik dalam mengasah bakat kepimpinan dan mempertajamkan kemahiran –kemahiran yang boleh dijadikan sebagai senjata ampuh dalam mempertahankan dan menjaga negara mahupun kampus tercinta ini dari sebarang ancaman mara bahaya serta anasir-anasir kebencian akan kesatuan di bawah nama MAHASISWA.
PERPADUAN
Perpaduan menurut acuan 1Malaysia bukanlah satu konsep atau formula baru. Sebaliknya, matlamat akhir 1Malaysia iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lebih lima dekad kita merdeka. Jika diamati, apa yang berubah adalah pendekatan dan gerak kerja menurut kesesuaian zaman dan generasi yang silih berganti.
Dalam erti kata lain, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar Kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Makanya, 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang menjadi pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 tercapai, jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Jika "Bangsa Malaysia" yang diilhamkan melalui Wawasan 2020 adalah matlamat akhir perjalanan ini, maka 1Malaysia adalah penunjuk haluan kearah matlamat itu.
Pengertian ini adalah bertunjangkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju dalam jangkamasa yang telah ditetapkan, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap "Penerimaan" di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Formula 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan Teras-Teras Perpaduan manakala aspek kedua ialah penerapan Nilai-Nilai Aspirasi.
Teras-teras perpaduan adalah tiga perkara yang telah saya huraikan sebentar tadi iaitu pertama, sikap "penerimaan" antara semua kaum dan rakyat Malaysia; kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun negara; dan ketiga adalah keadilan sosial. Teras-teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai seperti hormat menghormati, Tawaddhu', kesederhanaan dalam tingkah laku dan tuturkata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan.
Memperkasa toleransi agama di kampus universiti
Mahasiswa yang menuntut di pusat pengajian tinggi seluruh negara terdiri daripada mereka yang menganut agama yang berbeza.Namun begitu perbezaan agama tidak sewajarnya menjadi penghalang kearah usaha memperkasa perpaduan, mengeratkan ukhwah dan menyemai cinta dan kasih sayang di kalangan mahasiswa.
Dalam konteks Malaysia sebagai masyarakat majmuk,mahasiswa sepatutnya sedar dan insaf bahawa mereka perlu hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni dan tidak terpengaruh dengan dakyah perkauman dan pemahaman agama yang sempit.Ajaran agama perlu difahami dengan tepat dan terbuka memandangkan perbezaan agama tidaklah bermakna kita perlu saling bermusuhan dan benci-membenci antara satu sama lain bahkan mesej agama itu sendiri ialah cinta.
Perjuangan agama seperti agama Islam itu ialah perjuangan cinta.Wajah agama itu ialah wajah yang toleran,menyeru kearah kedamaian,keamanan dan saling hormat-menghormati.Ajaran agama Islam menolak sikap taksub melampau,peperangan,permusuhan,pertelingkahan bahkan menyeru kita menghormati kepelbagaian aliran pemikiran agama.
Melihat realiti di kampus universiti,tahap kesedaran dikalangan mahasiswa terhadap sikap toleransi terhadap agama masih rendah.Masih ada mahasiswa yang cenderung bergaul dan bersahabat hanya dengan mereka yang satu bangsa dan satu agama dengannya.
Di kafeteria,mereka duduk makan sesama sendiri sahaja.Di bilik-bilik kolej kediaman mereka hanya mahu tinggal sekelompok mereka sahaja.Program-program yang melibatkan bangsa dan agama lain mereka tidak akan hadir.
Ini tentunya menyebabkan integrasi social tidak berlaku.Mahasiswa yang mempunyai pemikiran sebegini pastinya tidak akan faham dan mengerti akan budaya,ajaran agama sahabat mereka yang lain dan akhirnya jadilah mereka umpama kera sumbang dan katak di bawah tempurung.
Persatuan-persatuan berasaskan agama seperti Persatuan Mahasiswa Islam ,Kristian,Hindu,Buddha, dan lain-lain di kampus universiti bolehlah mengadakan program bersama yang melibatkan kerjasama mahasiswa dari pelbagai agama seperti mengadakan program-program kebajikan yang melibatkan masyarakat seperti menziarahi rumah anak-anak yatim dan warga tua,ziarah pesakit di hospital,gotong-royong dan sebagainya.
Ini dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap semua golongan tanpa mengira agama dan kepercayaan apapun seterusnya menyedarkan mahasiswa dari anutan agama yang berbeza bahawa mereka semuanya tidak lain tidak bukan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Dialog antara agama juga perlu selalu diadakan agar mahasiswa dapat memahami selok-belok ajaran agama lain dengan harapan mereka dapat menghormati penganut agama lain.Menghormati penganut agama lain tidak sedikit pun mengurangkan iman kita terhadap agama yang kita anuti bahkan lebih membuatkan orang lain menghormati agama anutan kita.Semoga pemikiran mahasiswa lebih matang dengan mengamalkan toleransi agama seterusnya menyemarakkan perjuangan cinta antara manusia
KEBAJIKAN
Kebajikan adalah suatu usaha untuk memastikan mahasiswa sentiasa berada dalam kedudukan yang baik terutamanya dari segi mental, fizikal dan persekitaran. Dalam usaha menyokong gagasan NC untuk menjadi Research University, kebajikan mahasiswa haruslah ditekankan agar usaha ini dapat berjalan dengan lancar.
Oleh itu, kami pro-mahasiswa akan memperjuangkan hak kebajikan mahasiswa dari segi:
Kewangan. Yuran pelajar perlu dikaji semula di peringkat pentadbiran. Ini kerana pelajar dikenakan yuran kolej yang tidak selaras atas alasan kedudukan kolej yang terletak di lingkaran dalam atau di lingkaran luar. Kolej yang berada di lingkaran dalam dikenakan yuran asrama yang lebih mahal berbanding dengan kolej yang berada di lingkaran luar dengan perkiraan RM4.50 untuk bilik double di lingkaran dalam dan RM3.50 untuk bilik double di lingkaran luar. Selain itu, pelajar juga diminta untuk menjelaskan yuran pengangkutan / bas. Keadaan ini berbeza dengan yuran di UTMKL yang mana pelajar dikenakan RM3/sehari untuk bilik double dengan kemudahan bilik air dan keadaan bilik yang lebih selesa berbanding di UTM Skudai. Persoalannya, berbaloikah yuran yang dikenakan ke atas pelajar atas perkhidmatan yang diberikan? Ini kerana UTMKL yang didirikan di atas tanah sewa dikenakan yuran yang lebih rendah berbanding dengan pelajar di UTM Skudai yang berada di tempat sendiri dikenakan yuran yang lebih mahal.
Pembayaran yuran untuk perkhidmatan internet sebanyak RM20/sem. Kemudahan WIFI merupakan satu perkhidmatan yang penting kepada mahasiswa untuk memudahkan mahasiswa mendapatkan maklumat dan bahan-bahan tugasan. Namun, perkhidmatan WIFI di dalam UTM masih berada di tahap yang kurang memuaskan kerana tidak semua kawasan mendapat coverage WIFI yang secukupnya. Jika di kaji dari pembayaran yuran internet, seorang pelajar dikenakan RM20/sem. Dan jumlah pelajar di dalam UTM mencecah hampir 22,000 orang. Dari perkiraan pembayaran ini, pihak pentadbiran mendapat RM440,000 untuk satu semester. Dan dalam setahun pembayaran yuran untuk perkhidmatan WIFI yang diterima mencecah hampir 1 juta. Namun, perubahan perkhidmatan WIFI masih di tahap yang sama. Adakah berbaloi RM20 yang di bayar setiap semester jika di bandingkan dengan penggunaan broadband jenis topup seperti DIGI?
Selain itu, UTM juga menyediakan bantuan kewangan samada dalam bentuk pinjaman atau dermasiswa untuk kebajikan mahasiswa. Namun, tempoh untuk pemprosesan permohonan bantuan kewangan tersebut mengambil masa yang lama. Oleh itu, perlunya usaha untuk menggesa pihak pentadbiran (bendahari) mempercepatkan proses pemohonan pinjaman. Ini kerana tujuan bantuan kewangan disediakan adalah bagi meringankan bebanan pelajar dari segi kewangan. Jika pemprosesan pemohonan ini mengambil masa yang lama, dimanakah peranan kebajikan untuk mahasiswa? Ini kerana masalah kewangan boleh menjadi punca kepada masalah sosial terutamanya di kalangan siswi seperti bekerja part-time sebagai pelayan kelab malam, pelacuran dan sebagainya.
Kedua, keselamatan. Keadaan keselamatan di UTM masih berada di tahap terkawal. Namun terdapat beberapa kesalahan yang menyebabkan tindakan tatatertib AUKU dikenakan seperti kes bercumbu, skodeng @ meneropong ke asrama siswi dan sebagainya. Di antara sebab terjadinya keadaan ini ialah kedudukan asrama siswa dan siswi yang berdekatan. Jika dilihat kes di atas hanyalah beberapa kes yang berjaya di kesan dan di ambil tindakan sedangkan jumlah sebenar kes seperti ini tidak dapat di kesan sepenuhnya. Persoalannya, dimanakah tahap keselamatan mahasiswa terutamanya siswi di dalam UTM? Dan kenapa pencegahan tidak dilaksanakan? Oleh itu, pengkajian semula penempatan asrama siswa dan siswi terutamanya di kolej yang menempatkan kedua-dua gender perlu dilakukan. Di samping menambah bilangan mak guard dan pak guard untuk diletakkan di setiap kolej untuk memastikan keselamatan terkawal terutamanya di waktu malam.
INOVASI
Penerapan dan penghayati budaya Inovasi di dalam kehidupan mahasiswa bagi meningkatkan daya saing mahasiswa dalam usaha menyokong sekaligus membantu merealisasikan Dasar Pembangunan Mahasiswa berasaskan nilai tinggi kreativiti dan inovasi.
Huraian:
Menurut buku tulisan NC, Prof Dato Ir Dr Zaini Ujang yang bertajuk ‘Siri syarahan Perdana Naib Canselor: Universiti Kreativiti dan Inovasi di halaman 4 ~ Definasi budaya inovasi merujuk kepada kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam aspek kehidupan untuk kemakmuran, kedamaian, kesenangan, kesejahteraan dan kelestarian menerusi penyelesaian kreatif.
“Kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam aspek kehidupan”
Sedar atau pun tidak segelintir mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini gagal mencapai kejayaan sepenuhnya dalam pengajian kerana mereka masih mengamalkan budaya 3K iaitu ‘Kolej, Kuliah dan Kantin’ dalam rutin harian mereka.
Akibat terikat dengan rutin itu, pergaulan mereka dengan mahasiswa lain serta dunia luar agak terhad sehingga menyebabkan wujud kekurangan dari segi pengetahuan berkomunikasi yang menjadi bekalan utama menempuh alam pekerjaan.
Mahasiswa yang mengamalkan budaya 3K ini, hanya memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik. Rutin harian mereka hanyalah keluar dari kolej dan terus ke bilik kuliah sebelum ke kantin apabila sampai masa rehat. Kemudiannya, akan menyambung kuliah dan selepas itu balik semula ke kolej tanpa menyertai aktiviti lain.
Sebagai mahasiswa budaya 3K haruslah dikurangkan malah kalau boleh dihapuskan kerana ia hanya akan membuatkan pengetahuan mahasiswa itu terhad. Oleh itu, kami memperjuangkan transformasi Budaya 3K kepada Budaya Inovasi sejajar dengan Dasar Pembangunan Mahasiswa yang digagaskan oleh ayahanda Naib Canselor UTM, Profesor Dato Ir. Dr. Zaini Ujang yang bertujuan untuk melahirkan graduan holistik yang bercirikan kepatuhan kepada Tuhan dan mempunyai keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial (JERIS) untuk memenuhi kehendak pasaran masyarakat tempatan dan global.
Mahasiswa proaktif haruslah sedar kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri yang menjadi aset utama kita mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian.“Kita harus seimbangkan akademik dan aktiviti kokurikulum kerana kedua-duanya yang sebenarnyamenentukan kualiti seseorang graduan.
‘Budaya 3P sebagai nilai tambah kepada Budaya 3K’

Adakah Saya Sasaran Seterusnya?
Selasa, 12 Januari 2010
- By panod
-
6
ulasan

Perang pilihanraya kampus sudah bermula. Kelmarin, motorsikal saudara Uzair telah disimbah dengan cat berwarna oren. Tragedi itu berlaku seminggu selepas saudara Uzair menyatakan hasratnya untuk bersama-sama dengan perjuangan Pro Mahasiswa.
Hari ini, jam 1.27a.m saya pula telah menerima satu ugutan dari insan yang saya tidak kenali. Beliau mendakwa akan menjadikan saya sebagai sasaran kedua selepas tragedi cat oren di Kolej 11.
Menerima sahaja mesej ini, saya tersenyum sendirian. Berfikir tentang apakah yang sedang difikirkan oleh si penghantar message ini. Mengapakah saya dijadikan sasaran? Adakah ini dugaan seorang bakal calon MPP?
Tanpa sempat menjawab persoalan tersebut, tangan saya pantas menaip bagi membalas kiriman itu.
Ugutan ini bukanlah kali pertama yang saya perolehi. Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan Dr. Sulaiman bin Kadikon, pengetua kolej 11 semasa merakam aksi demonstrasi Evolusi Mahasiswa membantah Keputusan Mahkamah Tinggi berkaitanKalimah Allah.
Bagi saya, beliau ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, reaksi saya adalah seperti biasa. "terima kasih lah kalau begitu. Kalau dah memang itu tanggungjawab Dr, saya bersyukur lah dapat pengetua yang prihatin".
Saya juga ada diberitahu oleh sahabat perjuangan dalam JKM KRP tentang senarai nama pelajar yang akan digeledah biliknya di pejabat Kolej dan nama saya tersenarai dalam senarai itu.
Disebabkan saya langsung tidak menyimpan apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh pihak universiti di dalam bilik saya maka tiada apa yang perlu saya takutkan. Secara sinis saya menulis di papan putih bilik saya "PENCEROBOH AKAN DIDAKWAH!"
Semua yang menimpa saya hanya setakat ini adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan sekatan dan ancaman yang telah dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, saya percaya bahawa ancaman itu merupakan ujian Allah kepada saya agar saya terus kekal di medan perjuangan ini.
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Hari ini, jam 1.27a.m saya pula telah menerima satu ugutan dari insan yang saya tidak kenali. Beliau mendakwa akan menjadikan saya sebagai sasaran kedua selepas tragedi cat oren di Kolej 11.
Askum.Kwn tau hang nk jd calon MPP kn?hang mampu ka?hang nh bgus sgt ka?tragedi cat oren di klj 11 tu cuma prmulaan.jaga2la hang lepas ni.ingat sblm kena!
+60137926195
Menerima sahaja mesej ini, saya tersenyum sendirian. Berfikir tentang apakah yang sedang difikirkan oleh si penghantar message ini. Mengapakah saya dijadikan sasaran? Adakah ini dugaan seorang bakal calon MPP?
Tanpa sempat menjawab persoalan tersebut, tangan saya pantas menaip bagi membalas kiriman itu.
"Wslm.trime kasih atas teguran dan sokongan. :) "
reaksi spontan saya membalas message tersebut.
Ugutan ini bukanlah kali pertama yang saya perolehi. Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan Dr. Sulaiman bin Kadikon, pengetua kolej 11 semasa merakam aksi demonstrasi Evolusi Mahasiswa membantah Keputusan Mahkamah Tinggi berkaitanKalimah Allah.
"Kamu tahu tak? Nanti kalau kamu meninggal, jenazah kamu pengetua yang hantar ke kubur" teguran selamba beliau ketika melihat saya ligat merakam aksi pengetua-pengetua yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Bagi saya, beliau ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, reaksi saya adalah seperti biasa. "terima kasih lah kalau begitu. Kalau dah memang itu tanggungjawab Dr, saya bersyukur lah dapat pengetua yang prihatin".
Saya juga ada diberitahu oleh sahabat perjuangan dalam JKM KRP tentang senarai nama pelajar yang akan digeledah biliknya di pejabat Kolej dan nama saya tersenarai dalam senarai itu.
Disebabkan saya langsung tidak menyimpan apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh pihak universiti di dalam bilik saya maka tiada apa yang perlu saya takutkan. Secara sinis saya menulis di papan putih bilik saya "PENCEROBOH AKAN DIDAKWAH!"
Semua yang menimpa saya hanya setakat ini adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan sekatan dan ancaman yang telah dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, saya percaya bahawa ancaman itu merupakan ujian Allah kepada saya agar saya terus kekal di medan perjuangan ini.
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Lagu Rasmi Pro-M Nasional versi UTM
Isnin, 11 Januari 2010
- By panod
-
0 comments
Label:
Video
Bangkitlah pejuang bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Meneruskan langkah perjuangan
Suara dan harapan mahasiswa
Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga tertegak kebenaran
Henyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta
Bangkitlah Pro Mahasiswa!
*video ini baru disempurnakan malam tadi. Tribute buat team design media pro-m utm.
Mahasiswa dan Politik?
Ahad, 10 Januari 2010
- By panod
-
7
ulasan
"Miss, we'd like to propose our research on Political Awareness Among UTM Students"
"Don't you know that in university we can can't talk about politic? Right?"
"But this is about the campus politic. Not politic in Malaysia"
"Yes. But I think here we don't call it politic but we call students association. We have an Act. Isn't it? Don't you know about that?"
Di atas merupakan sebahagian daripada perbincangan saya dan rakan-rakan dengan pensyarah subjek Advance English For Academic Comunication ketika mengemukakan cadangan tajuk kajian untuk kerja kursus bagi subjek UHB 2422.
Politik
Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya.
Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk "ilmu politik".
Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.
Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.
Politik Kampus
Secara umum, politik kampus boleh didefinisikan melalui, Politik (policy); iaitu aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan potilik, kampus merupakan locus di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.
Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintahan negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.
Catatan sejarah, 1955 penggulingan Peron di Argentina, kejatuhan Peren Jimenez di Venezuela pada tahun 1958, Penentangan terhadap Diem di Vietnam pada tahun 1963, rusuhan massif melawan Perjanjian Keamanan Jepun-AS di Jepun pada 1963, gerakan anti-Soekarno pada tahun 1966, kejatuhan Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1956, Revolusi Hongaria tahun 1956 juga gerakan pembebasan Cekoslavikia pada tahun 1968.*( Bergerak Bersama Rakyat ; 37 ) memberi kenyataan bahawa politik mahasiswa mempu mencatur perubahan.
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.
AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)
Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.

Student Power
Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.
Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.
Salah Tafsir
Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.
Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.
Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.
Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.
Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.
Politics is the art of looking for trouble, finding it whether it exists or not, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedy.” – Ernest Benn
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Univesiti Teknologi Malaysia
Kalimah Allah : Perspektif Kita dan Mereka
Jumaat, 8 Januari 2010
- By panod
-
10
ulasan
Memang sudah lama tangan ini tidak menaip pada blog sendiri. Apatah lagi untuk membincangkan isu semasa di medan maya ini. Terasa janggal menulis di sini sesudah lama berkelana. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan.
Isu terkini, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Satu keputusan yang hadir bagi menyambut kehadiran Tahun Baru 2010 bersama-sama kenaikan harga Gula sebanyak RM0.20 oleh kerajaan.
Hatta di UTM sendiri, mahasiswa bersama pengetua-pengetua kolej telah berdemonstrasi di Dataran Agora bagi menyatakan bantahan kepada keputusan mahkamah tersebut. Rujuk sini.
KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Utusan
Dari Perspektif Kita
Pertama
Kedua
Ayat pertama, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Manakala dalam ayat kedua, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.
Dari Perspektif Mereka
Pertama
Kedua
Dalam bible al-Kitab keluaran bahasa Indonesia jelas juga menunjukkan penggunaan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Manakala sarjana barat pula mendefinisikan Allah sebagai ketua kepada Tuhan-tuhan dalam satu tahun yang disembah di Tanah Arab.
Agak sukar untuk saya mentafsirkan maksud bagi pendapat yang kedua kerana ianya berkaitan dengan sejarah malah kenyataannya juga jelas bercanggah dengan ayat pertama yang saya petik dari Bible yang menyatakan tentang keesaan Allah.
KONSEP AQIDAH
Seringkali kita keliru tentang konsep aqidah triniti yang dianuti oleh penganut kristian sehingga kadang-kadang mendatangkan kemarahan dari pihak mereka kerana tindakan kita yang menghentam konsep triniti mereka tanpa mengetahui konsep sebenar.
Saya quote ayat luahan seorang penganut Kristian Malaysia yang kesal dengan ketidakfahaman kita (orang Islam) tentang konsep triniti mereka.
KESIMPULAN
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW. Namun, usaha-usaha bagi mengelakkan umat Islam keliru dengan penggunaan nama Allah perlu digiatkan.
Satu garis panduan khusus perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyelewengan penggunaan tersebut yang dikhuatiri dapat memesongkan aqidah umat Islam yang lemah. Kerja-kerja dakwah perlu dipergiat.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.
Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.
Di peringkat kampus, saya menyeru Persatuan dan Kelab-kelab Islam khususnya PMI bersatu dan mengadakan dialog yang membincangkan isu ini secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada seluruh warga kampus. Jemputlah paderi-paderi jika perlu. Sama-sama semarakkan Budaya Ilmu di kampus UTM Skudai.
"ALLAH FOR ALL"

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
(Surah Al-Ankabut : 61)
Kedua
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا
Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”
(Surah Al-Haj : 40)
Ayat pertama, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Manakala dalam ayat kedua, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.
Dari Perspektif Mereka
Pertama
“Inilah hidup yang kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."
(Yohanes 17:3)
Kedua
"Historians like Vaqqidi have said Allah was actually the chief of the 360 gods [one for each day of the year] being worshipped in Arabia at the time Muhammad rose to prominence. Ibn Al-Kalbi gave 27 names of pre-Islamic deities...Interestingly, not many Muslims want to accept that Allah was already being worshipped at the Ka'ba in Mecca by Arab pagans before Muhammad came. Some Muslims become angry when they are confronted with this fact. But history is not on their side. Pre-Islamic literature has proved this."
(Who Is This Allah?, G. J. O. Moshay, 1994, p 138)
Dalam bible al-Kitab keluaran bahasa Indonesia jelas juga menunjukkan penggunaan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Manakala sarjana barat pula mendefinisikan Allah sebagai ketua kepada Tuhan-tuhan dalam satu tahun yang disembah di Tanah Arab.
Agak sukar untuk saya mentafsirkan maksud bagi pendapat yang kedua kerana ianya berkaitan dengan sejarah malah kenyataannya juga jelas bercanggah dengan ayat pertama yang saya petik dari Bible yang menyatakan tentang keesaan Allah.
KONSEP AQIDAH
Seringkali kita keliru tentang konsep aqidah triniti yang dianuti oleh penganut kristian sehingga kadang-kadang mendatangkan kemarahan dari pihak mereka kerana tindakan kita yang menghentam konsep triniti mereka tanpa mengetahui konsep sebenar.
Saya quote ayat luahan seorang penganut Kristian Malaysia yang kesal dengan ketidakfahaman kita (orang Islam) tentang konsep triniti mereka.
I'm almost going laugh to dead when my 'others religion' good friend says that Christian has '3 gods'.. ohh my God..hehe.. on behalf of the Christian members in Malaysia, let me explain that, Tuhan Bapa (Allah), Anak (Jesus aka Nabi ISA) dan Roh Kudus is ONE.. ia adalah ESA.. satu misteri yang tidak boleh diungkap dan ...dijelaskan oleh mana2 manusia di Bumi ini. This is the real concept of TRINITY in Christian religion. Its not '3 gods' (which is claim by the others religion).. but it is ONE.Memang saya akui bahawa konsep aqidah yang sungguh berbeza daripada aqidah umat Islam yang percaya Allah itu satu dan yang lain adalah sifat-sifat Allah s.w.t.
Neal Eddle Laduing, Facebook
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَد * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Maksudnya;
"Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa * Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu * Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan * dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
(Surah Al-Ikhlas : 1-4)
KESIMPULAN
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW. Namun, usaha-usaha bagi mengelakkan umat Islam keliru dengan penggunaan nama Allah perlu digiatkan.
Satu garis panduan khusus perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyelewengan penggunaan tersebut yang dikhuatiri dapat memesongkan aqidah umat Islam yang lemah. Kerja-kerja dakwah perlu dipergiat.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.
Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.
Di peringkat kampus, saya menyeru Persatuan dan Kelab-kelab Islam khususnya PMI bersatu dan mengadakan dialog yang membincangkan isu ini secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada seluruh warga kampus. Jemputlah paderi-paderi jika perlu. Sama-sama semarakkan Budaya Ilmu di kampus UTM Skudai.
"ALLAH FOR ALL"
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Sarjana Muda Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Hak Mahasiswa mendapat maklumat dinafikan
Khamis, 7 Januari 2010
- By panod
-
0 comments
Skudai, 6hb Jan 2009: Jentera Pusat Pro Mahasiswa UTM hari ini mendapat maklumat bahawa lidah rasmi Pro M UTM iaitu promahasiswautm.blogspot.com telah disekat oleh pihak pentadbiran dari dilayari oleh Mahasiswa UTM.
Sekatan ini disedari bermula pagi tadi. Ini menunjukkan seluruh mahasiswa UTM telah dinafikan hak untuk menerima maklumat secara bebas bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjelang pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Saudara Nur Azim Fahada turut melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap sikap berat sebelah pihak pentadbiran dalam hal ini. Ini kerana, hanya blog Pro Mahasiswa UTM yang disekat daripada dilayari oleh semua mahasiswa UTM dalam kampus manakala blog Evolusi Mahasiswa@ASPIRASI masih boleh dilayari seperti biasa.
Gambaran ini juga menunjukkan kepada kita bahawa seluruh jentera universiti telah digerakkan untuk memastikan Pro Mahasiswa kalah pada pilihanraya kampus akan datang. Ini adalah permulaan kepada siri pencabulan demokrasi kampus UTM menjelang pilihanraya. Adakah ini salah satu cara yang cuba digunakan oleh pihak pentadbiran untuk menghalang gerakan kesedaran dan kebangkitan mahasiswa dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui MPP? Jika itulah tujuannya, Pro Mahasiswa amat kesal dengan tindakan yang dilihat kurang matang dan sangat tidak selari dengan gagasan budaya ilmu yang diperkenalkan oleh Dato' Naib Canselor.
Justeru, Pro Mahasiswa berharap pihak UTM dapat menilai semula sekatan yang dilakukan terhadap blog promahasiswautm.blogspot.com agar mahasiswa dapat menilai sendiri kredibiliti kepimpinan Evolusi dan Pro Mahasiswa yang bakal mengepalai kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UTM sesi 2010 dan dapat menerima maklumat dari kedua-kedua pihak secara telus dan adil.
sumber: nota facebook promahasiswautm

Langgan:
Catatan (Atom)