
PENUBUHAN SEKOLAH PERTANIAN SERDANG
Sekolah Pertanian Serdang dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Bersekutu, John Scott. Penubuhan sekolah berkeluasan 8.8 hektar itu bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian. Pembinaan sekolah yang berharga RM370,000 ini mengambil masa selama 18 tahun. Pada 23 Jun 1942, sekolah pertanian ini dinaik taraf menjadi Maktab Pertanian Malaya dengan upacara pengisytiharaannya dilakukan oleh Gabenor Sir Edward Gent. Akhirnya pada 4 Oktober 1971, maktab ini dinaikkan taraf dan diisytiharkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia dan sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Comments
No responses to “Hari Ini Dalam Sejarah (21 Mei 1931)”
Catat Ulasan