Dah setahun lebih aku tangguh kelas memandu aku ni. lepas dapat lesen L jer dulu aku terus kne daftar masuk U. Tak dan nk habiskan kelas memandu mase tuh. Alhamdulillah cuti ni aku berkesempatan sambung balik kelas yang dah lame aku tinggalkan.hehe...
sekolah memandu tempat aku blajar kereta
Hari ni kali kedua aku ikuti kelas memandu (selapas setahun rehat dan 3kali renew lesen L). Ada masalah sket. Semalam anak murid sikgu memandu aku tuh baru eksiden. Kereta xleh gne. Die pinjam Kereta cikgu lain yang MC. X pasal2 gak td aku pn kne lecture blek. Die ingatkan pasal undang2 jalan raya.Aku buat latihan bahagian A kat jalan raya. Alhamdulillah.. aku xda la gugup ke..gubra ke.. steady jer bawak kereta tuh..cume cikgu tuh jer yang terlalu berhati-hati. Die x bagi aku bawak laju.
Bagi aku, aku bawak kereta ni xla laju sangat. Stakat 40km/j jer kot. Normal lah tuh. Mungkin die takut kalo eksiden macam smalam kot. Kaki aku ni lak rase geram jer. Rase nak jer tekan pedal minyak tu kuat2. Nasib baek aku bersabar.
Ntah berape kali aku terbawak laju sket. Mase kat simpang tiga ade trafic light. Lampu kat situ tunjuk warna hijau ke sebelah kanan. Die cakap kat aku kalau yakin terus belok kanan. Aku pun tanpa ragu2 terus jer la. Yang silapnye, aku lupe nk tekan pedal brek. Jadi, aku mebelok tu dalam keadaan laju la. Si Che' Gu ni pun trus marah kat aku.
"Dah brape kali saya cakap kat awak,
jangan bawak laju-laju.
Awak tu baru belajar.
Ni warning terakhir.
Lepas kalau ape-ape terjadi,
awak tanggung sendiri..."
jangan bawak laju-laju.
Awak tu baru belajar.
Ni warning terakhir.
Lepas kalau ape-ape terjadi,
awak tanggung sendiri..."
Aku pun terus cuak r. "Ish...die ni nmpak nye macam dh marah betol ni" aku berbisik dalam hati. Lepas kene marah, aku pun bawak dengan terpelahan mungkin. Rase macam nak gune gear 1 slalu. huhu...tp xda la cm tu. Gune gak r gear tinggi. Cume kne kawal la. Tapi yang penting, kalo nak bawak kereta mase kelas @ or ujian memandu kene bersabar.
Pengajaran yang aku dapat dapat daripada kelas memandu yang aku hadir hari ni ialah tentang erti kesabaran. Selain daripada kesabaran diri sendir, aku juga belajar tentang kesabaran orang lain 'cikgu memandu aku'. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar bersabar sentiasa lebih-lebih lagi jika kita di tempat yang benar.

Konsep sabar ni kita boleh lihat bukan sahaja di zaman sekarang ni tapi juga di zaman Rasulullah saw. Ketika menyebarkan dakwah, baginda telah menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, mehnah dan tribulasi, halangan dan dugaan demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Teringat pulak pada kisah ketika baginda menyebarkan dakwah islamiah di bumi Taif. Sesampainya baginda di bumi Taif, umat Taif bukan sahaja menolak dakwah Rasulullah, malah mencaci menghina nabi saw. Malahan yang lebih teruk lagi baginda dilemparkan dengan batu sehingga berdarah. Hingga diriwayatkan sepatu yang baginda saw gunakan digenangi darah malah kaki baginda juga turut luka.
Melihat peristiwa yang menghina nabi saw ini sehinggakan datang malaikat bertanyakan sekiranya ingin diterbalikkan bukit di Taif agar menenggelamkan umat di bumi. Namun, Rasul kita seorang yang tabah dan penyabar. Baginda menolak pelawaan malaikat tersebut malah baginda berdoa agar masyarakat di bumi Taif itu kelak diberi hidayah oleh Allah swt agar menerima sinar Islam.
Allah swt berfirman dalam al-Quran [Hud, 11:115] ;

Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Sifat sabar amat penting dalam mengawal diri dan tindakan agar tidak melampaui batas. Sebagai seorang kahlifah yang juga daei' di muka bumi ini, kita dituntut supaya bersabar agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang menggugat istiqamah.
Bersabarlah...tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan bersama dengan tali Allah, tiada sabar kecuali untuk Allah, dan jangan sesekali berlaku sombong dengan menyabarkan diri dari Allah..

Belajarlah untuk bersabar agar menjadi yang Terpelajar...
wallahua'lam........
wallahua'lam........

Comments
No responses to “Erti Kesabaran...”
Catat Ulasan