Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana


Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana - Gus Mus

Kau ini bagaimana?
kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kafir
aku harus bagaimana?

kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai
kau ini bagaimana?

kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aq plin plan
aku harus bagaimana?

aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimbung kakiku
kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku
kau ini bagaimana?

kau suruh aku takwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya
aku harus bagaimana?

aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
aku kau suruh berdisiplin, kau mencontohkan yang lain
kau ini bagaimana?

kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara tiap saat
kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai
aku harus bagaimana?

aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
kau ini bagaimana?

kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah
aku harus bagaimana?

aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
aku kau suruh bertanggungjawab, kau sendiri terus berucap wallahu a'lam bissawab
kau ini bagaimana?

kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku
aku harus bagaimana?

aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah kupilih kau bertindak sendiri semaumu
kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu
kau ini bagaimana?

kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis
aku harus bagaimana?

kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja
kau ini bagaimana?

aku bilang terserah kau, kau tidak mau
aku bilang terserah kita, kau tak suka
aku bilang terserah aku, kau memakiku

kau ini bagaimana?
atau aku harus bagaimana?

1987
Mustofa Bisri @ Gus Mus


Gus Mus adalah seorang Kiai karismatik yang sangat dekat dengan rakyat, melalui pemikiran-pemikirannya. Gus Mus juga termasuk Kiai yang aktif dan banyak memunculkan pemikiran-pemikiran dan dakwahnya melalui seni khususnya puisi. 

Di atas ini adalah salah satu puisi yang menjadi ‘masterpiece’ dari Gus Mus. Puisi ini menggambarkan kekritisan baliau untuk menyuarakan suara rakyat  kepada pemerintahan saat itu (orde baru).

CSI di Tasik Kenyir



Dalam kesibukan menelaah modul, aku diundang untuk menyertai program CSI Kelab Sahabat Ashab ke Tasik Kenyir di Terengganu. Memang aku langsung tiada kaitan dengan Kelab Ashab mahupun Surau Saidina Ali kerana aku bukan penghuni asrama. Namun aku telah diundang oleh Saudara Musyashu Cip, Pengarah program kurang enam jam sebelum bas bertolak kerana kekurangan peserta.

Batu Yang Keras, Air Yang Lembut

Air Terjun Lasir merupakan destinasi pertama kami di Tasik Kenyir selepas check-in di Kenyir Sanctuari Resort. Perjalanan ke sana dari Pulau Poh mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot laju.

Setiap air terjun yang aku lawati memberi pengalaman berbeza. Baru minggu yang sudah aku ke Air Terjun Gabai untuk program khidmat masyarakat. Kerana ramainya pengunjung di Gabai, maka banyaklah juga kesan pencemaran terhasil.

Berbeza halnya dengan keadaan di Air Terjun Lasir ini, kedudukannya yang agak terpencil dan eksais ke sana hanyalah dengan jalan air maka bilangan pengunjung adalah lebih terkawal dan kurang pencemaran berbanding Air Terjun komersial yang lain.

Namun, tidak dinafikan terdapat persamaan daripada sifat alam bagi kedua-dua Air Terjun yang baru aku lawati.



Jika diamati  keunikan sifat alam pada air terjun tersebut, kedua-duanya menceritakan kebesaran Allah dapat mendidik kita cara mengenal Sang Pencipta.

Sesungguhnya batu itu sifatnya keras manakala air pula sifatnya lembut. Dua ciptaan Allah yang berbeza sifat dipertemukan Allah untuk menyempurnakan kejadian air terjun.

Dalam perbezaan sifat tersebut, berlaku proses alam yang secara logiknya menyanggahi kewarasan akal fikir manusia. Mana mungkin air yang mengalir dingin itu mampu melembutkan batu yang bersifat keras.

Itulah kekuasaan Allah yang menuntut kita hambaNya untuk mengkaji ilmu alam. Maka setelah dikaji akan sistem alam, fahamlah kita bagaimana proses hakisan yang menuntut konsistensi air dalam menimpa sang batu yang keras sebagai usaha merubah keadaan batu tersebut.

Begitu jugalah hendaknya hati kita yang keras ini. Allah SWT telah menaqalkan dalam surah al-Baqarah ayat ke-74.

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan [al-Baqarah, 2:74]

Dalam ayat ini, Allah mendidik kita untuk mensyukuri nikmat Tuhan dari seremeh-remeh perkara seperti kejadian batu yang keras ini.

Seperti juga batu, hati manusia adalah keras secara rohani meski lembut fizikalnya. Amat sukar menundukkan hati yang sudah keras seperti juga sukarnya kita melembutkan batu.

Andai batu yang keras mampu dilembutkan dengan kepatuhan air yang mengalir terhadapnya maka samalah juga hati ini mampu dilembutkan dengan alunan zikir yang memuji asma Allah.

PengIslaman Saidina Umar al-Khattab

Tentu kita tidak lupa dalam sejarah awal penyebaran agama Islam bagaimana kekerasan hati Saidina Umar al-Khattab mampu dilembutkan dengan alunan suci ayat al-Quran.

Meski pada awalnya Saidina Umar al-Khatab dalam amarah setelah mengatahui adiknya dan suami telah memeluk Islam, maka dipukul iparnya itu sehingga berdarah.

Kerana tetap saja saudaranya itu mempertahankan agama Islam yang dianutnya, Umar bin Khattab berputus asa dan menyesal melihat darah mengalir pada iparnya.

Lalu beliau meminta untuk membaca kitab yang dibaca oleh adiknya. Ketika dia membaca surah Thaha, dia memuji dan memuliakan isinya kemudian meminta untuk ditunjukkan keberadaan Rasulullah s.a.w.

Saidina menuju untuk bertemu Rasulullah s.a.w dengan pedang yang terhunus. Bertemu sahaja beliau dengan baginda di sebuah rumah, lalu baginda berdoa kepadanya. “Ya Allah, ini adalah Umar bin Khattab. Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar al-Khattab”.

Dan Saidina Umar al-Khattab langsung bersyahadat di hadapan baginda serta para sahabat di sekelilingnya. Maka orang-orang yang berada di rumah tersebut terus melaungkan takbir.

Amal Jamae'i Dalam Memasak

Aktiviti memasak diletakkan sebagai awlawiyat (keutamaan) di Air Terjun Lasir sebelum memulakan aktiviti mandi-manda. Oleh itu, pemilihan tempat untuk memasak telah dibuat dan atas nasihat pengemudi bot, kami berteduh di bawah sepohon pokok dimuara air terjun tersebut. 

Kedudukan yang strategik, berhampiran sumber air, kawasan rata tanpa perlu meniti tangga yang curam kerana banyak perkakas memasak yang berat dibawa sekali.


Sebelum mula memasak, Musyashu telah membahagikan tugas kepada tiga kumpulan utama iaitu masak, potong dan cuci. Kesemua peserta mendapat tugasan masing-masing yang perlu dilaksanakan secara berjemaah. Inilah sistem mudah yang digunakan. Mengoptimumkan tenaga bagi memudahkan kerja.

Jika di rumah aku mengupas bawang menggunakan pisau, di Kenyir aku mengupas menggunakan tangan. Satu praktik survival kehidupan. Manakala bagi kumpulan mencuci, mereka merasa pengalaman mencuci ayam dengan air sungai mengalir dan bukan lagi air paip syabas.

Haji Zaini selaku orang yang berpengalaman telah mengemudi aktiviti memasak pada tengah hari tersebut. Aku yang kurang pengalaman terus pergi bermandi-manda (curi tulang). 



Panod
Bandar Baru Salak Tinggi 
9 Oktober 2012 - 9.45pm

*penulisan ini merupakan sebahagian tugasan yang dibawa pulang oleh setiap kumpulan sebagai usaha Kelab Ashab dalam membangun ummah menerusi perkongsian pengalaman dalam penulisan