Kasihan Kanggaru

Selamatkanlah kanggaru ini~

Al-fatihah buat kanggaru-kanggaru yang dah jadi korban dalam Operasi Tembak Kanggaru oleh kerajaan Australia di sana.

Buat pengetahuan semua, kerajaan Australia kini sedang berusaha untuk mengawal populasi kanggaru di sana.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk di sini>

Yang peliknya, Australia yang ad banyak kanggaru nak bunuh kanggaru. Tapi negara lain yang xda kanggaru nak cari kanggaru wat pameran kat zoo.

Situasi ni samalah peliknya dengan keadaan orang yang gemuk inginkan kurus sedangkan orang yang kurus inginkan badan yang berisi.

Manusia memang xpernah puas dengan nikmat yang telah Allah berikan kepadanya. Malah menginginkan sesuatu yang lebih daripada nikmat yang telah diberikan.

Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran.

قُلۡ هُوَ الَّذِىۡۤ اَنۡشَاَكُمۡ وَجَعَلَ لَـكُمُ السَّمۡعَ وَالۡاَبۡصَارَ وَ الۡاَفۡـِٕدَةَ ‌ ؕ قَلِيۡلاً مَّا تَشۡكُرُوۡنَ‏

"...Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." [Al-Mulk : 23]

Kalau nak dikirakan, memang terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Namun berapa banyak pula kita bersyukur atas nikmat yang telah Allah kurniakan.

Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kurniaan Illahi kerana telah dijanjikan bagi kita nikmat yang lebih baik jika kita bersyukur.

وَاِذۡ تَاَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕنۡ شَكَرۡتُمۡ لَاَزِيۡدَنَّـكُمۡ‌ وَلَٮِٕنۡ كَفَرۡتُمۡ اِنَّ عَذَابِىۡ لَشَدِيۡدٌ‏

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan bila kamu tidak bersyukur maka ketahuilah bahawa azabKu sangat pedih." [Ibrahim : 7]

Oleh itu, janganlah kita kufur dengan nikmat pemberian Tuhan yang tidak ternilai.
Selamatkanlah Kanggaru.........

Fabiayyi aalaa irabbikumaa tukadzibaan?
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Comments

No responses to “Kasihan Kanggaru”

Catat Ulasan