Memaparkan catatan dengan label Islami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islami. Papar semua catatan

Nilai-nilai Kepimpinan Islam Yang Unggul


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini, kita mendapat beberapa pengajaran..
1) Merendah diri ketika berkedudukan tinggi
2) Memiliki sikap pemaaf saat mampu membalas dendam
3) Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sebenarnya, ketiga-tiga nilai dan adab kesopanan seseorang penguasa ini sangatlah sukar untuk dilaksanakan. Ketiga-tiga nilai itu adalah merendah diri, pemaaf dan adil.

Merendah diri pada kedudukan tinggi

Mari kita teliti bersama. Pada ketika seseorang penguasa itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi, mudahkah dia merendah diri?

Mungkin ada yang masih dapat merendah diri, tapi tak ramai penguasa yang boleh dengar pandangan orang ketika mereka sudah berada di puncak kekuasaan. Rata-ratanya, mereka melihat pandangan orang bawahan itu bagaikan sampah.

Turun padang tidak menggambarkan sikap merendah diri. Pada zaman ini, politikus hebat berlakon. Penguasa turun padang, beramah mesra dan berjabat tangan dengan rakyat. Hal ini masih belum menunjukkan mereka merendah diri.

Merendah diri itu bukanlah dengan jalan tunduk, terbongkok-bongkok di hadapan tetamu, bersuara lembut dan lunak kepada khalayak. Tetapi, ia dinilai dalam mesyuarat dan syura antara komuniti masyarakatnya. Adakah mereka boleh dengar pendapat bawahan?

Jadi, jalan turun padang, bersalaman dengan orang-ramai seperti yang ditunjukkan dalam tv itu bukan kayu ukur yang kuat, untuk mengesahkan sikap, af’al merendah diri.

Memaafkan musuh ketika berdaya membalas

Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Jika hal ini terlaksana, rakyat kita pasti bertambah lega dan aman. Ini kerana, telah wujud kecenderungan di pihak penguasa untuk menghukum rakyat apabila mereka tidak dipilih oleh rakyat.

Dalam mana-mana keadaan, kita dapat melihat bahawa kebanyakan penguasa berdendam dengan rakyatnya. Dan dengan sebab itulah rakyat jadi berdendam dengan penguasa.

Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat nabilah antara yang amat baik dijadikan contoh teladan dalam hal ini. 

Saidina Ali k.w misalnya pernah dalam suatu peperangan, beliau hampir membunuh seorang Yahudi. Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali tak jadi membunuh. Maka hal itu tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya. “Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku?” tanya lelaki itu. Maka, jawab Ali, “Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah.” Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam. Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.

Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa. Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata, ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.

Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa

Sikap ketiga ialah adil ketika kuat dalam menjalankan pemerintahan. Dalam contoh yang terjadi dalam negara kita ialah bentuk hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Jadi, oleh kerana perbezaan politik, kerajaan pusat lazimnya tidak dapat berlaku adil.

Apatah lagi, jika hal itu melibatkan wang, agihan ekonomi yang sepatutnya diterima oleh negeri yang diperintah pihak parti alternatif. Mereka masih lagi sukar mendapatkan wang peruntukan daripada kerajaan pusat.

Sebaliknya, kerajaan negeri cuba memberikan peruntukan ke atas wakil rakyat kerajaan pusat, namun hal itu ditolak oleh mereka dengan alasan yang bukan-bukan.

Kita tak perlu meninjau sikap para pemimpin terdahulu untuk muhasabah, cukup melalui apa sahaja contoh yang terbentang di depan mata kita. Kita tidak perlu beramal dengan isi al-Qur’an secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

Moga-moga kita menjadi sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas dan menjauhi kepada sikap dan perilaku pemimpin yang zalim, jahat dan tidak adil ke atas orang yang dipimpinnya.

Waallahualam..

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Apa Yang Saudara Buat Kalau Jadi Pemuda Ini?


Seorang pemuda yang sangat tampan lagi soleh telah digoda oleh seorang perempuan yahudi yang cantik, tapi dia tidak mempedulikanya. Akhirnya perempuan itu meminta pertolongan seorang perempuan tua jirannya. 

Suatu malam, perempuan tua tadi meminta si pemuda mencarikan kambingnya yang konon telah lari ke dalam sebuah kosong. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah berkenaan telah sedia menanti perempuan Yahudi tadi dan dia segera mengunci pintu. 

Semalaman wanita itu menggodanya tetapi ia tetap menahankan matanya sambil berdoa kepada Allah agar diteguhkan iman. 

Ketika hampir subuh, wanita itu berkata; “kalau engkau tidak mengikut kehendakku, aku akan menjerit dan memalukan engkau di hadapan orang ramai”.

“Sesugguhnya aku lebih malu kepada Tuhanku daripada aku malu kepada manusia,” jawabnya. Wanita Yahudi itu pun menjerit sekuat-kuatnya dan orang ramai pun datang menangkap dan memukulnya. 

Apabila dibawa ke hadapan Sayidina Umar, pemuda itu menceritakan hal sebenar yang menimpa dirinya. Setelah disiasat, ternyata dia tidak bersalah sebaliknya wanita Yahudi dan perempuan tua itu dihukum. 

Saiyidina Umar berkata : “Inilah yang disebut oleh Rasulullah kepadaku ; nanti akan ada di kalangan umatku pemuda seperti Nabi Yusuf, dari kesolehan dan ketampanannya, digoda mereka itu oleh wanita cantik, tetapi mereka menolak dan berkata : Aku takut kepada Allah.”

Isra' Mikraj : Penghayatan Terhadap Ilmu Pengetahuan


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
[Al-Israa’ ,17 : 1]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama dari surah ke sebelas di dalam Al-Quran, surah Al-Israa’ seperti yang tertera di atas jelas menerangkan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW atas kehendak Allah SWT. Peristiwa yang berlaku lebih kurang empat belas abad yang lalu merupakan tonggak kepada pelaksanaan syariat solat yang difardhukan kepada kita sebagai umat Islam. Begitu jugalah solat merupakan satu-satunya ibadah yang diperintahkan Allah SWT dengan baginda sendiri telah diangkat ke Luh Mahfuz untuk menerima syariat yang besar ini.

Bersempena malam Isra’ Mikraj ini, 27 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 20 Julai 2009 Masihi, terdetik hati saya untuk mengulas mengenai hikmah daripada peristiwa yang bersejarah ini. Ketenangan malam di studio Environmental Unit, FAB membuatkan saya terasa aman ketika ini.


Betapa sesungguhnya peristiwa ini merupakan satu titik tolak penting terhadap kesedaran ilmu pengetahuan moden yang merentasi rasional pemikiran manusia. Mana tidaknya, kongkongan mitos mengenai keagungan langit yang gemilang berjaya diruntuhkan oleh peristiwa ini. Tabir kesesatan manusia yang menyembah langit sebagai menggantikan Allah SWT berjaya dibuka dengan tertembusnya langit oleh baginda SAW atas kehendak Allah SWT.

Jika difikirkan daripada kenyataan melalui pembongkaran tersebut, jelaslah bahawa terdapat satu tembok besar umpama Great Wall of China yang perlu kita rentasi bagi menghubungkan solat dengan hal seharian kita terutamanya kemampuan ilmu pengetahuan. Setelah Allah SWT mengurniakan sinar yang menerangi pemikiran manusia yang melewati akal logikal, adalah seharusnya kita sebagai hambanya untuk menyembahNya sebagai bentuk pengabdian atas anugerah yang maha besar.

Dan sekiranya pemikiran kita dapat melihat solat sebagai satu pengabdian kepada Allah SWT dan memanfaatkan ilmu pengetahuan sebagai landasan pemikiran, InsyaAllah ilmu dan Iman dapat diselaraskan. Jiwa manusia yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan pasti akan memanfaatkan jalinan tersebut dengan Iman sebagai asas kepada ilmu pengetahuan itu sendiri. Sehinggalah peningkatan ilmu pengetahuan dapat meningkatkan pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya lantas menghalang seseorang itu daripada melakukan kerosakan melalui ilmu yang diselewengkan.

Ilmu yang diperolehi tanpa berteraskan Iman  adalah lebih bahaya daripada kejahatan itu sendiri. Hal ini demikian kerana lmu tanpa nilai kerohanian, free value lebih terdorong ke arah kegiatan yang membawa kepada kerosakan demi kepentingan peribadi. Tanggungjawab atas kerosakan yang dilakukan dilepaskan dengan mengeksploitasi agama sebagai pelaku. Keganasan atas nama agama sering dijadikan benteng untuk kepentingan semasa tanpa menghiraukan akibat buruk yang mendatang.

Dalam kerangka inilah, Allah SWT mengutuskan seorang rasul sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Pristiwa Isra’ Mikraj menjadi satu pengajaran berguna kepada umat manusia untuk mengaplikasikan penghayatan terhadap perkaitan antara Ilmu, Iman dan Isra’ Mikraj dalam menghadapi perkembangan dunia yang lebih terarah kepada penggunaan ilmu dan teknologi sebagai komponen utama dalam kehidupan. Seharusnya kita sebagai mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia mengambil iktibar dari peristiwa Isra’ Mikraj ini.

Dari saya sendiri, “Selamat Menyambut Isra’ Mikraj Melalui Penghayatan Ilmu dan Iman” 

Wallahu A’lam

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Tombo Ati


Ubat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya

Yang kedua solat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat perbanyakkan berpuasa

Yang kelima dzikir malam di perbanyakkan

Ahlan ya Shahrul Rejab




Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Teka-teki Imam Al-Ghazali

SUATU hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka-teki)..

Imam Ghazali : " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang Tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Taman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar.tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang hidup pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali : "Semuanya jawapan itu benar.tetapi yang lebih benar lagi adalah MASA LALU. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang telah berlalu.oleh itu kita harus menjaga hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran AGAMA"

Imam Ghazali : "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Murid 4 : "Langit"
Imam ghazali : "Semua jawapan itu benar.tapi yang lebih sekali adalah HAWA NAFSU (surah Al-A'raf:179). maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat didunia ni?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Basi"
Murid 3 : "gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar,tapi yang paling berat sekali didunia ini adalah MEMEGANG AMANAH (surah al-azab:72). tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. tetapi manusia dengan "SOMBONG"nya berebut-rebut menyanggupi permintaan ALLAH SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal MEMANGANG AMANAH".

Imam Ghazali : "Apa yang paling RINGAN didunia ni?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "angin"
Murid 3 : "debu"
Imam Ghazali : "semua jawapan kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia kita tinggalkan solat.

Soalan akhir Imam Ghazali bertanyakan kepada murid-muridnya:

" Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
dengan serentak anak murid-muridnya menjawap dengan serentak : "Pedang!"

dan imam ghazali berkata benar pedang itu tajam,tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui LIDAH,manusia mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

Menguap


بسم الله الرحمن الرحيم

*************************************************************************************

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

*************************************************************************************
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

*************************************************************************************

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

*************************************************************************************

Pergaulan Kita


Takrifan, Dalil dan Penjelasan

Perkataan ’ikhtilat’ berasal dari segi istilah bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang berinteraksi sesama mereka.

Secara umumnya, perbuatan ini dilarang di dalam Islam, dan termasuk dalam perkara-perkara yang amat berbahaya kerana melaluinya, diri mudah untuk terjerumus dalam lembah kemaksiatan, mudah untuk membawa seseorang mendekati zina. Allah telah berfirman:


وَلَا تَقۡرَبُوۡا الزِّنٰٓى اِنَّه كَانَ فَاحِشَةً وَّسَآءَ سَبِيۡلاً‏


“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.” (Al-Israa’ : 32)


Selain daripada itu, larangan untuk wanita berjalan bersama kaum lelaki di jalanan boleh dikatakan sebagai salah satu situasi yang boleh kita panggil sebagai ikhtilat, dalam hadis Rasulullah SAW, baginda pernah menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

“Tidaklah seorang laki-laki bersendirian dengan seorang seorang wanita (yang bukan mahramnya) melainkan syaithan yang ketiganya.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim, dan Hajim mensahihkannya)



Sebab-sebab dibolehkan

* Pendidikan
* Proses jual beli
* Berada dalam kenderaan awam (mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
* Dakwah & perkahwinan
* Perubatan & Kehakiman
* Ketika menyambut tetamu (tetapi mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
* dan sebagainya

Demikian, ikhtilat yang berlandaskan setiap syarat dipanggil ikhtilat yang diharuskan, bagi yang melanggarinya merupakan ikhtilat yang haram di sisi Islam. Terdapat juga ikhtilat darurat, iaitu jika tidak dilaksanakan akan membawa kepada keburukan, namun ada hadnya juga.


Adab-adab yang digariskan syarak

Dalam pergaulan, Islam telah menetapkan beberapa adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

· Ucapan yang sopan dan berfaedah dan tidak bersentuhan kulit

Firman Allah yang bermaksud: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Menjaga anggota badan dari menyentuh kulit mereka yang haram bagimu untuk menyentuhnya.

· Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.

· Menjaga pakaian yang disarankan Islam

Firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj (bersolek)

· Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.


· Serius dalam ucapan dan tidak melembutkan suara & menundukkan pandangan sesama mereka


Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
Dalam surah An-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

· Menjaga pergerakan dan tidak menzahirkan sesuatu yang menarik perhatian

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.


Konklusi

Sebagai rumusan, aktiviti seperti bercouple, berSMS, belajar bersama-sama, berYM dan macam-macam lagi aktiviti harian yang menyentuh aspek ikhtilat perlu dijauhkan. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Maka sewajarnya kita menjaga batas-batas pergaulan seharian, hal ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan kepincangan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya, menjatuhkan martabat seseorang itu sendiri.

Wallahua'lam

Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 


Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
•   1. bertaubat
•   2. menyesali dosa yang dilakukan
•   3. tidak tergila-gilakan dunia
•   4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
•   5. tinggalkan sifat berbangga
•   6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
•   7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

MARI BELAJAR cara utk merosakkan wanita muslimah


Anak siapa ni? Bangsa kita juga....kasihan

Musuh islam menggunakan pelabagai cara utk merosakkan wanita muslimah dalam semua aspek kehidupan. Diantara cara yg mereka lakukan adalah:

1-Berita2 media massa, sama ada media cetak mahupun eletronik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dlm membela kaum kewanitaan melalui tajuk2 yg diperlukan wanita dan kononye utk membela hak2 wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi n penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita2 yg tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.
2-Menyeru kaum wanita utk menjalani kehidupan bebas.
3-Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai2 syariat dan budaya islam
4-Meniru budaya glamour yg menyimpang dari nilai2 islam, seperti kehidupan para artis n penyanyi.
5-Mengikuti fesyen2 baru sama ade dlm pakaian, kasut dll
6-Menyeru wanita muslimah untuk berkerja diluar rumah dgn melampaui batas.
7-Mengajari wanita ttg cara2 menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dlm ruangan majalah2..
8-Membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex:myspace,frenster

Paul,seorang misionari jerman(1879) pernah berkata:

"Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan dibarisan kita".

kesimpulanye.. wanita adalah golongan yg amat penting utk membentuk generasi2 yg akan datang.

dipetik drp Biro Informasi&penerbitan, melaka institusi usrah MMU.
"

Pesanan Terakhir


Wasiat Syed Qutb

Sahabat…
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

[as-Syahid Sayyid Qutub , 1906 - 29 Ogos 1966] 
 

sila pause lagu Amal di sidebar kanan web ini>>

Secalit Memori Penulis



Sayu hati ini pabila menghayati alunan nasyid Al Wadi mengiramakan bait-bait wasiat terakhir Syed Qutb. Seakan menggambarkan detik-detik getir pemergiannya ke tali gantung, namun dirinya tetap tenang menempuhnya, kerna yakin dengan janji Tuhan Ya Rabb. Syed Qutb, dikaulah pejuang Islam ulung. Menjadi perangsang kepada para mujahid Islam.



We Unite For Islam !

Tahaluf Dalam Islam- Penerangan Buat Yang Bertanya

-khas buat sahabatku saudara ainuddin




MUQADDIMAH 

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam. 
Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”. 

Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. 
Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. 

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: 

Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq) 

Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan. 

HUKUM TAHALUF

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya.Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya. 
Syarat-syarat Tahaluf 

1.MEMBAWA MASLAHAH DAN TIDAK MENGIKAT SEHINGGA MENJEJASKAN PRINSIP 
Dalil-dalilnya ialah: 

a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja. 
Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.” 

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w. 

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang 
diizinkan: 

a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya. 
Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalan persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka). Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi. 

b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral 

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. 

Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. 
Dan sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: 

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar.Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya." (Riwayat Muslim) 

2.MENGAKUI KEPIMPINAN ISLAM DAN TIDAK MENJEJASKAN MATLAMAT PERJUANGAN 
Dalilnya: 

a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja. 

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.TIDAK BERWALA' KEPADA MUSUH DAN TIDAK REDHA DENGAN PEGANGAN MEREKA 
Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah s.w.t., maksudnya: 

لَا يَتَّخِذِ الۡمُؤۡمِنُوۡنَ الۡكٰفِرِيۡنَ اَوۡلِيَآءَ مِنۡ دُوۡنِ الۡمُؤۡمِنِيۡنَ‌ۚ وَمَنۡ يَّفۡعَلۡ ذٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ اللّٰهِ فِىۡ شَىۡءٍ اِلَّاۤ اَنۡ تَتَّقُوۡا مِنۡهُمۡ تُقٰٮةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفۡسَه وَاِلَى اللّٰهِ الۡمَصِيۡرُ‏.

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28) 

Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya. 

MUWADA'AH 

Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata). 
Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. 

Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan. 

ISTI'ANAH (MEMINTA BANTUAN ATAU PERTOLONGAN) 

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka. 

1.Mereka menolong kita 
Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang minafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi. 
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’: 

a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak 
b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan 
c)Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat: 
-Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah 
-Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah. 


2.Kita menolong mereka 
Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al-Kabir”, Rasulullah s.a.w. menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau. 
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya. 

KESIMPULAN 

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut: 
1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat: 
a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam 
b)Mengiktiraf negara Islam
c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya 

2.Tahaluf tanpa membentuk negara: 
a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar 
b)Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya 
c)Berlindung sementara ketika lemah 
d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah 
Perhatian 

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut: 
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh penggerak ISLAM. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat. 
2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam. 
3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yangkuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden.Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif. 
4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari. 
5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka. 
6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya. 

PENUTUP 
Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.

DAKWAH SATU PERJUANGAN


Dakwah adalah satu tanggungjawab dan amanah Allah SWT. Ia di antara sifat-sifa wajib bagi Rasul. Gerak kerja dakah perlu dilaksanakan dengan kesungguhan tanpa jemu, rasa bimbang atau takut celaan dari pencela. Pelarian dari tanggungjawab ini akan mengundang murka Allah SWT dan mengakibakan turunnya bala Allah SWT. Dalam hal ini Nabi SAW memberi amaran keras kepada mereka yang tidak melaksanakan samada secara kelompok atau individu, seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat Umatku takut untuk berkata kepada orang zalim: Wahai orang zalim, maka telah diucapkan selamat tinggal kepada mereka"

Yang dimaksudkan dengan dakwah ialah panggilan ke jalan Allah. Alah SWT berfirman;

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

"Katakanlah, Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutku, mengajak kamu) dengan hujjah yang nyata akan tetapi kebanakan manusia tidak mengetahui"[Yusuf:108]

Dan yang dimaksudkan dengan ajakan ke jalan Allah ialah jalan agama Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam..."[Ali Imran:19]

Islam merupakan objektif dakwah dan Rasul sendiri merupakan unsur pertama dakwah. Rasulullah SAW telah menyampaikan Islam semenjak beliau diangkat menjadi rasul sampai akhir hayat baginda, baginda diutus untuk berdakwah.

يٰۤـاَيُّهَا النَّبِىُّ اِنَّاۤ اَرۡسَلۡنٰكَ شَاهِدًا وَّمُبَشِّرًا وَّنَذِيۡرًاۙ‏. وَّدَاعِيًا اِلَى اللّٰهِ بِاِذۡنِهٖ وَسِرَاجًا مُّنِيۡرًا‏.   

"Hai Nabi, Kami mengutuskan engkau sebagai saksi atas umat untuk memberi khabar suka dan khabar takut. Dan untuk menyeru manusia kepada agama Allah dengan izin Nya, serta menjadi pelita yang menerangi"[al-Ahzab : 45-46]

Nabi sebagai juru dakwah (daei') yang pertama, yang memanggil umat manusia ke jalan agama Islam dan dengan demikian rasul sebagai unsur dakwah yang ke dua. Umat Islam diajak atau diseru ke jalan Allah, baik orang Arab dan bukan Arab. Misi dakwah yang bersifat universal dan baginda diutus kepada umat manusia seluruhnya.

وَمَاۤ اَرۡسَلۡنٰكَ اِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيۡرًا وَّنَذِيۡرًا وَّلٰـكِنَّ اَكۡثَرَ النَّاسِ لَا يَعۡلَمُوۡنَ ‏

"Dan tiadalah kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".[Saba' : 28]

Manusia yang diajak dan diseru ke dalam Islam merupakan unsur dakwah ke tiga. Rasulullah SAW menyampaikan dakwahnya menurut metoda dan melalui media yang diwahyukan, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah. Maka metoda dan media merupakan unsur dakwah yang ke empat. Dalam urusan tersebut dapat kita nyatakan bahawa dakwah mempunyai unsur, objek dakwah (daei'), penerima dakwah (mad'u), metoda (uslub) dan media (wasilah).

Tidak Dibenarkan Solat Waktu Pejabat

Ini adalah satu gambaran senario bekerja di sebuah syarikat ber-BOS-kan bukan Islam yang berada disebuah negara yang Islam adalah merupakan agama persekutuan. Bagi pekerja Muslim yang bekerja di syarikat itu tentu amat kesal dengan keputusan yang dikeluarkan oleh majikan mereka.


Abah ada kata, "Kalau BOS ko nanti tak bagi solat waktu kerja, berhenti jer terus dari syarikat tu. Cari tempat lain yang bagi ko solat. Jangan nak kejar harta dunia sampai agama ko gadaikan".


Beliau menyingkap kisah bekas anak muridnya yang pernah bekerja di sebuah syarikat Cina yang tidak membenarkannya bekerja. Akhirnya anak murid Abah berhenti dari bekerja di syarikat itu dan mencari pekerjaan di syarikat melayu yang membenarkannya bekerja. Difahamkan gaji yang diperolehi disyarikat itu lebih sedikit berbanding gaji di syarikat lamanya. Namun, atas dasar aqidah yang kuat, dia bersyukur atas nikmat pemberian Illahi.


Dalam kisah yang lain ketika mendengar Kuliah maghrib di Masjid Makmuriah, Ust Fadzilin ada menceritakan dilema seorang pegawai Melayu yang dibenarkan bekerja pada waktu pejabat, namun orang bawahannya tidak diperuntukkan dengan kebebasan solat. Perkara ini berlaku dalam sektor kerajaan. Ust. memberitahu pegawai tersebut bahawa sebagai orang atasan beliau bertanggungjawab memastikan anak-anak buahnya menunaikan kewajiban solat namun alasan yang diberikan ialah masih tiada peruntukkan dari jabatan.

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya [an-nisa' :103]


sumber dari sini>

Islam Merupakan Asas Perjuangan



Islam bukan agama perkauman dan kebangsaan. Islam tidak dipunyai oleh bangsa arab malahan Islam merupakan agama untuk semua manusia daripada segelap-gelap manusia sehinggalah seputih-putih manusia, daripada timur hingga ke barat. Kenapa Islam, bukan bangsa?

1. Islam agama yang adil dan sejahtera

Islam merupakan agama yang menjamin keselamatan manusia lantaran ia merupakan panduan daripada pencipta kepada manusia yang tidak mempunyai sebarang kepentingan melainkan semua peraturan itu adalah untuk kesejahteraan manusia. Keadilan Islam melepasi sempadan bangsa dan bahasa, malah tidak mengira warna kulit. Peraturan Islam menjamin hak setiap manusia walaupun dalam agama yang berbeza dengan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam telah mendapatkan hak yang sewajarnya di bawah pemerintahan Islam. Maka tiada sebarang alasan untuk menolak Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ . مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ . سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى ، أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّى أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلاَمِ ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ ، يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ
Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Daripada Muhammad, yang merupakan hamba Allah dan rasulNya; surat ini ditujukan kepada Hercules, pembesar kerajaan Rom. Salam sejahtera kepada mereka yang mengikut petunjuk. Sesungguhnya, Aku mengajak tuan menerima seruan Islam. Peluk lah Islam, nescaya kamu akan selamat, dan Allah akan berikan dua ganjaran kepada kamu. Sebaliknya, sekiranya tuan engkar, tuan turut akan menanggung dosa para petani (di kalangan rakyat tuan). (Muttafaq alayh).

2. Rasulullah tidak pernah bangkitkan isu bangsa

Bangsa arab Quraysh yang dianggap sebagai zaman Jahilillah memiliki akhlak yang sangat bejat dan buruk sekali. Namun, dalam usaha memperbaiki dan mengukuhkan bangsa arab baginda telah mengajak mereka beriman dengan Allah dan menjadi seorang Muslim. Baginda tidak pernah mengungkit tentang isu bangsa arab, sebaliknya mengajak mereka membuangkan segala bentuk syirik dan mentauhidkan diri hanya kepada Allah. Dengan demikian itu, mereka mampu menjadi sebuah bangsa yang kuat dan dapat menjadi kuasa besar. Saidina Omar telah menyebut:

عن طارق بن شهاب قال : لما قدم عمر الشام أتته الجنود وعليه إزار وخفان وعمامة وأخذ برأس بعيره يخوض الماء ، فقالوا له : يا أمير المؤمنين ، تلقاك الجنود وبطارقة الشام وأنت على هذا الحال ، قال : فقال عمر : إنا قوم أعزنا الله بالاسلام ، فلن نلتمس العز بغيره.

Maksudnya: Apabila Saidina Omar sampai ke Syam, beliau telah disambut oleh para tentera sedangkan beliau hanya memiliki satu kain dan dua khuf sambil menuntun tali untanya merentasi air. Mereka berkata kepadanya, Wahai amir al-Mukminin, kenapa engkau berpenampilan begini sedangkan kamu menemui tentera dan pemimpin agama di Syam. Beliau menjawab, sesungguhnya kita merupakan satu kaum yang Allah telah muliakan dengan Islam. Kita tidak akan memperoleh kemuliaan dengan selain dari Islam. (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

3. Islam merupakan agama yang memiliki rujukan

Al-Quran dan al-Sunnah merupakan asas kepada Islam yang menjadi sekadar panduan dan sebagai kata pemutus dalam sesuatu perkara. Kehebatan Islam terletak pada panduan ini sehingga tiada agama yang dapat menandingi kehebatan Islam. Manakala, bangsa tidak memiliki sebarang rujukan dan kata pemutus untuk membukti kehebatannya ke atas bangsa yang lain. Melebihkan satu bangsa ke atas bangsa yang lain tanpa memiliki asas yang kuat, mengundang lebih banyak masalah daripada penyelesaian.

4. Bangsa tidak menjadi sebab untuk bermusuh

Allah menciptakan kepelbagaian manusia untuk manusia mengenali antara satu sama lain. Ia bukanlah alasan untuk memusuhi antara satu sama lain. Malahan Allah memerintahkan orang Islam agar mengajak mereka beriman kepada Allah. Sekiranya kita meletakkan bangsa sebagai asas permusuhan, ia menyalahi perintah Allah. Musuh kepada Islam ialah mereka yang menentang dakwah Islam, walaupun di kalangan bangsa sendiri. Melindungi bangsa sendiri yang melakukan kezaliman merupakan perkauman yang ditentang oleh Rasulullah.

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya: Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengajak kepada perkauman dan berperang mempertahankan perkauman. Bukan daripada Islam mereka yang mati di atas perkauman. (Sunan Abi Daud)

5. Matlamat akhir ialah dakwah

Dakwah merupakan tanggungjawab asasi kepada umat Islam. Kita bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada semua manusia sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah. Oleh sebab itu, Islam perlu dijadikan matlamat akhir bukan bangsa. Kukuh bangsa tidak beerti kukuh agama. Kukuh Islam beerti kukuh bangsa. Apabila kita meletakkan asas perjuangan itu bangsa, ia akan membawa sengketa dan perasaan tidak puas hati yang tidak berkesudahan.

6. Perkauman membawa kepada kezaliman

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ « أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ
Maksudnya; Seorang sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah, apa itu perkauman”. Rasulullah menjawab ”Kamu menolong kaum kamu ke atas kezaliman”. (Sunan Abi Daud)

Topik perbincangan
• Syarat menjadi orang melayu menurut Perlembagaan Malaysia mestilah orang Islam.
• Sosial kontrak di Malaysia – perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputra.
• Orang melayu lemah dan bukan melayu kuat.