
Ramai orang menyatakan yang saya ni sombong. Mungkin kerana perwatakan dan layanan saya terhadap golongan wanita telah disalah-ertikan oleh sebahagian daripada mereka yang kurang mengenali diri ini.
Sememangnya saya kurang bersosial dengan golongan wanita namun perihal tersebut hanyalah adab saya terhadap mereka. Saya cuba untuk menjaga ikhtilat agar tidak mendatangkan permasalahan atau fitnah kepada diri saya mahupun mereka sendiri.
Namun, saya masih lagi boleh berkomunikasi dengan baik sekiranya berurusan kerana ianya perlu bagi melancarkan keberlangsungan urusan tersebut. Segala gerak kerja pasti berantakan sekiranya komunikasi yang baik tidak dapat diwujudkan.
Saya masih lagi dianggap ramah sekiranya berurusan tetapi dianggap sombong selepas urusan tamat.
Tak Ada Ukhwah Kalau Tak Tegur
Pelbagai teguran saya terima mengenai kesombongan saya malah dianggap seperti tak ada ukhwah atas kesombongan saya.
Dijalanan, saya tidak rasa perlu untuk saya menegur mereka kerana bagi saya sekiranya tiada urusan, usahlah sengaja mencari urusan. Pastinya akan menimbulkan lebih banyak permasalahan dari urusan.
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [an-Nur:30]
Janganlah berasa terkecil hati dengan diri saya sekiranya tidak menegur.
Ukhwah masih terjalin sekiranya kita saling mengambil berat antara sesama kita. Walaupun tidak bertegur siapa, perasaan sayang sesama muslim masih ada dalam diri saya. Cuma ianya tidak diekspresikan melalui fiil.
Pesanan
“Kenali diriku bukan dari penampilanku, Kenali diriku dari apa kelakuanku”
Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

