Muslimat Jangan Dikongkong


Setelah sekian lama saya tidak menonton filem, Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menonton sebuah filem Indonesia “Perempuan Berkalung Sorban”. Sebenarnya filem ini telah dicadangkan oleh naqib saya kepada sekalian mahasiswi lama dahulu.

Rasa tertarik hati saya untuk menonton filem tersebut walaupun saya seorang mahasiswa. Lebih-lebih lagi selepas membaca beberapa artikel yang memberi gambaran negatif kepada filem tersebut yang seperti menggalakkan Muslimat untuk menentang hukum serta membawa imej negatif Islam.

Malah pertama kali menonton flem ini saya sendiri berasa geram kerana di awal filem ini memang menonjolkan Islam itu seperti sesuatu yang jumud dan amat mengongkong golongan wanita.

Pembawaan ajaran Islam dan gambaran kedudukan wanita dalam Islam di Psantren al-Huda jauh sekali dengan Islam yang saya kenali. Psantren tersebut seperti menekankan bahawa wanita adalah golongan kelas kedua selepas lelaki. Malah, wanita juga seperti langsung tiada hak untuk bersuara.

Watak Annisa yang dibawakan oleh Revalina S Temat benar-benar menggoncang Pesantren al-Huda dengan karenahnya yang sering mempersoalkan kedudukan dan Hak Wanita di sisi Islam.

Akibat kesempitan minda pentadbir Psantren kerana terlalu ingin mengawal wanita, maka berlakulah banyak kemudharatan yang lebih teruk seperti penyeksaan terhadap Annisa oleh suaminya dan Psantri-psantri yang lari dari Psantren kerana tidak tahan dikongkong.

Namun hasil usaha dan perjuangan Annisa setelah menempuh pelbagai rintangan akhirnya beliau berjaya mengubah persepsi kolot pentabdiran Psantren untuk menerima perubahan pemikiran kebebasan yang dibawakan oleh Annisa.

Pengajaran dari filem ini, saya fikir setiap muslim perlu bersedia untuk menerima perubahan dan “Think Out Of The Box but Refer The Holy Quran” . Akan tetapi saya masih lagi risau akan pembawaan fahaman “Musawah” dalam kalangan muslimat.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments

No responses to “Muslimat Jangan Dikongkong”

Catat Ulasan