
Mungkin penampakan luaran UTM memperlihatkan situasi biasa seperti tiada ancaman wabak. Namun saya merasakan UTM kini di ambang bahaya. Keadaan kesihatan warga kian terjejas dek ancaman Ifluenza Like Illness (ILI) yang pantas menular bak Cendawan tumbuh melata selepas Hujan.
Fakulti Alam Bina (FAB) yang kebanyakkan warganya banyak menghabiskan masa di studio kini telah diserang wabak ini. Hampir sebahagian warganya mula menampakkan simptom wabak tersebut. Saya sendiri tidak terkecuali menerima tempias wabak ini.
Baru-baru ini saya telah terlantar di katil selama dua hari akibat wabak ini. Keadaan sungguh memeritkan sehingga sukar untuk melakukan aktiviti harian sebagai seorang mahasiswa.
Untuk kali ini sahaja, sudah tiga kali saya diserang wabak ini dalam tempoh 4 minggu.
Petang rabu, saya telah ke Pusat Kesihatan UTM untuk mendapatkan rawatan. Saya dapati sungguh ramai pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan bagi kes seperti saya ini. Pemakaian mask untuk pencegahan penularan wabak sudah seperti satu budaya baru di sana.
Sementara menunggu giliran, datang sumber keriangan pengubat kedukaan. Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) menerui Lujnah Kebajikan telah melakukan lawatan kebajikan di Pusat Kesihatan. Kebetulan saya ada di situ.
Terima kasih saya ucapkan kepada PMI UTM kerana peka terhadap kebajikan warga UTM.
Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments
No responses to “UTM Dalam Bahaya?”
Catat Ulasan