Apabila SIS & Che Det Bersuara, Hadi Menjawab


Agak kurang cakna saya terhadap isu ini. Isu Kartika sudah hebat diperkatakan. Seluruh Malaya heboh tentang kesah wanita yang baru melakukan kesalahan buat pertama kalinya dan dia mengaku maka akhirnya diperintahkan menjalani hukuman sebat 6 kali oleh mahkamah syariah negeri Pahang. 

Aduhai Kartika Sari Dewi Sukarno

Namun adalah lebih mengeruhkan keadaan apabila hukuman yang sepatutnya dijalankan telah ditangguhkan oleh Jabatan Agama sendiri kerana dikatakan untuk menghormati bulan Ramadhan sedangkan Kartika bertegas untuk menerima hukuman.

Sebelum itu lagi keadaan telah dikecohkan dengan artikel yang dikeluarkan daripada Sister In Islam yang cuba untuk menutut hak dan keadilan bagi Kartika malah mempertikaikan keadilan Islam. Tun Dr Mahathir sendiri mempertikaikan malah meragui hukuman tersebut.

Dalam kepincangan ini, Tuan Guru Haji Hadi tampil memurnikan keadaan dengan memberikan kenyataan mengenai isu Kartika ini. Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Bahan Perbincangan

SIS : Imej agama apa yang kita mahu? >sini
Tun Dr Mahathir : MENYAMBUT MERDEKA >sini
Tuan Guru Haji Hadi : Jangan gopoh laksana hukuman sebat >sini

Beberapa Persoalan Daripada Saya

1. Kenapa tindakan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika boleh dibuat kerana menghormati bulan Ramadhan sedangkan konsert Mungkar Micheal Learns To Rock (MLTR) di Arena Of Stars, Genting Highland boleh diredhai (pihak berkuasa Agama membisu)?

2. Adakah aqidah umat Islam di Malaysia ini semakin atau masih lemah kerana sampai sekarang masih ada golongan yang mempertikaikan tentang keadilan Islam melalui hukum hudud terutamanya yang hendak dijalankan?

3. Sudahkah Malaysia bersedia sepenuhnya untuk menerima pelaksanaan hukuman hudud Islam? Jika ya atau belum, adakah benar Malaysia sebuah negara Islam atau negara rakyat Islam?

Renungan
Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina 
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments

No responses to “Apabila SIS & Che Det Bersuara, Hadi Menjawab”

Catat Ulasan