Takrifan, Dalil dan Penjelasan
Perkataan ’ikhtilat’ berasal dari segi istilah bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang berinteraksi sesama mereka.
Secara umumnya, perbuatan ini dilarang di dalam Islam, dan termasuk dalam perkara-perkara yang amat berbahaya kerana melaluinya, diri mudah untuk terjerumus dalam lembah kemaksiatan, mudah untuk membawa seseorang mendekati zina. Allah telah berfirman:
Selain daripada itu, larangan untuk wanita berjalan bersama kaum lelaki di jalanan boleh dikatakan sebagai salah satu situasi yang boleh kita panggil sebagai ikhtilat, dalam hadis Rasulullah SAW, baginda pernah menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Sebab-sebab dibolehkan
* Pendidikan
* Proses jual beli
* Berada dalam kenderaan awam (mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
* Dakwah & perkahwinan
* Perubatan & Kehakiman
* Ketika menyambut tetamu (tetapi mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
* dan sebagainya
Demikian, ikhtilat yang berlandaskan setiap syarat dipanggil ikhtilat yang diharuskan, bagi yang melanggarinya merupakan ikhtilat yang haram di sisi Islam. Terdapat juga ikhtilat darurat, iaitu jika tidak dilaksanakan akan membawa kepada keburukan, namun ada hadnya juga.
Adab-adab yang digariskan syarak
Dalam pergaulan, Islam telah menetapkan beberapa adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.
· Ucapan yang sopan dan berfaedah dan tidak bersentuhan kulit
Firman Allah yang bermaksud: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Menjaga anggota badan dari menyentuh kulit mereka yang haram bagimu untuk menyentuhnya.
· Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.
· Menjaga pakaian yang disarankan Islam
Firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj (bersolek)
· Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.
· Serius dalam ucapan dan tidak melembutkan suara & menundukkan pandangan sesama mereka
Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
Dalam surah An-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
· Menjaga pergerakan dan tidak menzahirkan sesuatu yang menarik perhatian
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.
Konklusi
Sebagai rumusan, aktiviti seperti bercouple, berSMS, belajar bersama-sama, berYM dan macam-macam lagi aktiviti harian yang menyentuh aspek ikhtilat perlu dijauhkan. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Maka sewajarnya kita menjaga batas-batas pergaulan seharian, hal ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan kepincangan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya, menjatuhkan martabat seseorang itu sendiri.
Wallahua'lam


Comments
2 Responses to “Pergaulan Kita”
Salam...
Maaf, lari daripada tajuk dgn apa yg aku nak tanya kat ko nie...
Cmner nak buat blog sesorg tue boleh bagi comment?
Ada member aku yg dah cuba memacam dah, tapi still x boleh nak comment...
Ko ada penyelesaiannya?
Tolong bg hint kat aku...
wassalam...
rse nye die ad masalah ngan template blog die
suroh die download blek html template blog tuh
then try recustomize
Catat Ulasan