Isra' Mikraj : Penghayatan Terhadap Ilmu Pengetahuan


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
[Al-Israa’ ,17 : 1]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama dari surah ke sebelas di dalam Al-Quran, surah Al-Israa’ seperti yang tertera di atas jelas menerangkan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW atas kehendak Allah SWT. Peristiwa yang berlaku lebih kurang empat belas abad yang lalu merupakan tonggak kepada pelaksanaan syariat solat yang difardhukan kepada kita sebagai umat Islam. Begitu jugalah solat merupakan satu-satunya ibadah yang diperintahkan Allah SWT dengan baginda sendiri telah diangkat ke Luh Mahfuz untuk menerima syariat yang besar ini.

Bersempena malam Isra’ Mikraj ini, 27 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 20 Julai 2009 Masihi, terdetik hati saya untuk mengulas mengenai hikmah daripada peristiwa yang bersejarah ini. Ketenangan malam di studio Environmental Unit, FAB membuatkan saya terasa aman ketika ini.


Betapa sesungguhnya peristiwa ini merupakan satu titik tolak penting terhadap kesedaran ilmu pengetahuan moden yang merentasi rasional pemikiran manusia. Mana tidaknya, kongkongan mitos mengenai keagungan langit yang gemilang berjaya diruntuhkan oleh peristiwa ini. Tabir kesesatan manusia yang menyembah langit sebagai menggantikan Allah SWT berjaya dibuka dengan tertembusnya langit oleh baginda SAW atas kehendak Allah SWT.

Jika difikirkan daripada kenyataan melalui pembongkaran tersebut, jelaslah bahawa terdapat satu tembok besar umpama Great Wall of China yang perlu kita rentasi bagi menghubungkan solat dengan hal seharian kita terutamanya kemampuan ilmu pengetahuan. Setelah Allah SWT mengurniakan sinar yang menerangi pemikiran manusia yang melewati akal logikal, adalah seharusnya kita sebagai hambanya untuk menyembahNya sebagai bentuk pengabdian atas anugerah yang maha besar.

Dan sekiranya pemikiran kita dapat melihat solat sebagai satu pengabdian kepada Allah SWT dan memanfaatkan ilmu pengetahuan sebagai landasan pemikiran, InsyaAllah ilmu dan Iman dapat diselaraskan. Jiwa manusia yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan pasti akan memanfaatkan jalinan tersebut dengan Iman sebagai asas kepada ilmu pengetahuan itu sendiri. Sehinggalah peningkatan ilmu pengetahuan dapat meningkatkan pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya lantas menghalang seseorang itu daripada melakukan kerosakan melalui ilmu yang diselewengkan.

Ilmu yang diperolehi tanpa berteraskan Iman  adalah lebih bahaya daripada kejahatan itu sendiri. Hal ini demikian kerana lmu tanpa nilai kerohanian, free value lebih terdorong ke arah kegiatan yang membawa kepada kerosakan demi kepentingan peribadi. Tanggungjawab atas kerosakan yang dilakukan dilepaskan dengan mengeksploitasi agama sebagai pelaku. Keganasan atas nama agama sering dijadikan benteng untuk kepentingan semasa tanpa menghiraukan akibat buruk yang mendatang.

Dalam kerangka inilah, Allah SWT mengutuskan seorang rasul sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Pristiwa Isra’ Mikraj menjadi satu pengajaran berguna kepada umat manusia untuk mengaplikasikan penghayatan terhadap perkaitan antara Ilmu, Iman dan Isra’ Mikraj dalam menghadapi perkembangan dunia yang lebih terarah kepada penggunaan ilmu dan teknologi sebagai komponen utama dalam kehidupan. Seharusnya kita sebagai mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia mengambil iktibar dari peristiwa Isra’ Mikraj ini.

Dari saya sendiri, “Selamat Menyambut Isra’ Mikraj Melalui Penghayatan Ilmu dan Iman” 

Wallahu A’lam

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments

One response to “Isra' Mikraj : Penghayatan Terhadap Ilmu Pengetahuan”

Tanpa Nama berkata...
21 Oktober 2009 pada 11:40 PTG

** Salamun’alaik..

Jumhur ulama bersependapat bahawa dilarang memberi gambaran mengenai ‘Buraq’ yang menjadi tunggangan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Ini kerana ia akan digambarkan dari fikiran yang lahir dari angan-angan dan bukan lah ia sesuatu yang tepat. Dan apabila ia diterima pula gambaran tersebut oleh ummah maka ummah pula yang akan membayangi dan menterjemahkan rupabentuk ‘Buraq’ itu seperti yang digambarkan sebelumnya..

Sedangkan selain pilihan Allah yang terlibat daripada peristiwa Isra’ Mikraj tersebut maka tiada manusia lain yang pernah dapat menatap rupa sebenar ‘Buraq’.. Harap dapatlah kiranya gambar di atas diganti dengan sekadar pemandangan sekitar Masjidil Aqsa atau Qubbatul Sakhra (Kubah yang dibawahnya ada batu terapung) di Baitul Muqaddis, Palestine, tempat berlakunya peristiwa hebat ini..

Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

Syukran.. **

Catat Ulasan