Pecat JKM & Buang Kolej?

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Hari ini saya menerima sepucuk surat rasmi yang diambil secara tidak rasmi yang meminta saya untuk membela diri. Surat ini dikeluarkan oleh pengetua pada 13 Julai 2009, namun hanya sampai ke tangan saya hari ini iaitu 15 Julai 2009 pukul 8.00 malam. Satu persoalan yang enggan saya ulas puncanya.

Penulisan saya kali ini akan lebih tertumpu kepada tajuk surat ini yang agak sukar untuk saya fahami maksudnya. Mungkin kerana pemahaman bahasa melayu saya agak kurang fasih akibat Program Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di yang telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia.

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA TINDAKAN PEMECATAN DARI MENGANGGOTAI JKM DAN TINDAKAN BUANG KOLEJ TIDAK BOLEH DIAMBIL KE ATAS SAUDARA

Pertama sekali saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada Tuan Pengetua, Dr. Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor kerana tidak melaporkan ketidakhadiran saya ke Kem Pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra UTM pada 11-12 Julai 2009 yang lalu. Ketiadaan saya pada program tersebut adalah disebabkan komitmen saya terhadap hal akademik.

Terdapat dua kemungkinan yang dapat saya fahami daripada surat tersebut iaitu :
1. Saya belum dipecat, atau
2. Saya telah dipecat.

Namun, saya lebih suka untuk menerima kemungkinan yang pertama kerana ia menunjukkan sifat profesionalisme pengetua dalam mengendalikan kes sedemikian rupa. Tindakan tidak menghadirkan diri ke Kem Pemantapan tanpa pengetahuan pihak atasan merupakan satu kesalahan kerana tindakan tersebut telah membelakangi Pengetua selaku insan yang telah melantik saya untuk menjawat jawatan selaku Timbalan Bendahari JKM KRP. Namun pengetua bijak menghadapi situasi ini dengan mengambil tindakan mengarahkan saya mengemukakan sebab ketidakhadiran saya ke kem tersebut.

Di sini, kita dapat lihat bahawa pengetua berjaya mengawal emosi beliau dan tidak terpengaruh untuk terus mengenakan tindakan yang keras terhadap pesalah seperti saya. Ciri-ciri seorang pemimpin yang bijak dapat dilihat melalui sikap timbang rasa beliau.

Dan ingatlah sesungguhnya Allah berfirman:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [An-Nisa' 4 : 135] 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdahulu, surat dibawah dihantar melaui emel kepada setiap ahli JKM KRP.


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Yang Bersalah,

MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Timbalan Bendahari
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

Comments

6 Responses to “Pecat JKM & Buang Kolej?”

toksu berkata...
16 Julai 2009 pada 1:51 PG

hmmm...
x tau la...
nk comment pe ek..?
g ni je la..
tye pda yg pkar,,..
huhuhu...
nnt ak jmpe ko ak comment lbey2 k..
khaibar2 ya yahud...

N a r a t o r berkata...
17 Julai 2009 pada 12:39 PG

assalamualaikum..
berbelit sungguh tajuk surat..
budak penulisan kreatif pun tak faham..
hehhe~~

Jasmadi Syah berkata...
17 Julai 2009 pada 1:38 PG

kt KTR ade byk lg bilik kosong..
xde hal la..
huhuhu

panod berkata...
17 Julai 2009 pada 6:46 PG

rilek dulu...
x konpem lg ni

17 Julai 2009 pada 8:09 PG

Berkenaan kes KRP tu, rasanya takde masalah sangat.

Program kolej adalah program rasmi yang mesti diikuti dan JKM tidak boleh sesuka hati tidak menghadirinya. Tindakan ponteng merupakan sesuatu yang serius.

Surat tu adalah kaedah untuk Dr.Anizu mengetahui apa yang berlaku. Jika encik Panod tidak berminat menjadi JKM lagi, maka tidak perlu beri sebab.

Jika beliau masih mempunyai komitmen untuk terus berkhidmat dgn JKM, sila jawab semula surat tu dengan sebab-sebab yang munasabah. Mungkin ada masalah miscommunication hingga panod tak tahu ttg kem pemantapan, boleh jadi beliau tidak sihat, mungkin kena kuarantin H1N1 pada masa tu, diculik ke, dipaksa bertunang, kena rompak dan lain-lain yang mungkin berlaku.

Hanya panod sahaja yang tahu. Jadi sampaikan kepada Dr.Anizu untuk pengetahuan beliau. Permohonan maaf atas kegagalan menghadiri kem juga perlu disampaikan.

Lakukan tindakan yang tepat, pada masa yang tepat.

panod berkata...
17 Julai 2009 pada 9:39 PG

>Muhammad Zaki Omar

Terima kasih atas nasihat dan pandangan...

InsyaAllah tindakan yang terbaik akan diambil...

Catat Ulasan