Rintihan Kalbu
Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi
Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi
Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya
Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah
Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian
Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan
Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi
Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi
Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya
Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah
Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian
Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan
Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu
sila pause lagu Amal di sidebar kanan web ini>>
Secalit Bingkisan Penulis

Sebuah nasyid alunan kumpulan Soutul Mujahideen dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Nasyid ini sungguh menginsafkan dan meruntunkan jiwa. Nasyid ini didedikasikan khas untuk sahabat-sahabat yang sama berjuang. Semoga kita sama-sama cekal menempuh dugaan dalam perjuangan ini. InsyaAllah...

Sebuah nasyid alunan kumpulan Soutul Mujahideen dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Nasyid ini sungguh menginsafkan dan meruntunkan jiwa. Nasyid ini didedikasikan khas untuk sahabat-sahabat yang sama berjuang. Semoga kita sama-sama cekal menempuh dugaan dalam perjuangan ini. InsyaAllah...
Allahu Akbar

Comments
No responses to “Rintihan Kalbu - Soutul Mujahideen”
Catat Ulasan