Mat Murtad dalam parti Islam
Dulu, dia ini dipanggil dengan nama Mat Islam. Bila dia keluar dari parti Islam untuk menyertai parti Melayu, namanya ditukar kepada Mat Kafir. Kemudian bila dia tinggalkan kedua-dua parti itu, namanya turut bertukar kepada Mat Murtad.
Mat Islam mendapat jolokan itu ketika 'bejuang' dalam parti Islam. Dia antara peyokong fanatik dan menunjukkan sikap taksub luar biasa kepada pemimpinnya. Sanggup cerai bini kalau tak sebulu atau tak pangka calon parti itu.
Pantang ada ceramah, Mat Islam akan pergi. Sanggup habiskan duit. Sanggup tinggal anak bini kerana nak 'berjihad'. Di tempat ceramah, Mat Islam duduk di depan pentas. Dia selesa di posisi itu kerana dapat melaung "Takbir" dan disahut "Allahuakbar" oleh hadirin. Dia seronok.
Itu sejarah Mat Islam dari tahun 1960-an. Selepas pilihan raya umum 1999, ditakdirkan Mat Islam mendapat wakil rakyat yang tidak prihatin. Pintu rumah sentiasa tertutup. Rakyat diabaikan. Keluar rumah awal pagi, balik lewat malam. Takut rakyat datang nak adu masalah dan mintak duit.
Mat Islam kecewa kerana tidak dilayan seperti dulu. Mat Islam mula makan hati. Masalahnya perlukan penyelesaian segera. Mat Islam semakin buntu. Dia membuat perkiraan mahu mengadukan masalah itu kepada calon parti yang tewas.Manalah tahu orang yang tidak disokongnya itu dapat membantu.
Mat Islam tebalkan muka. Dia pergi ke rumah calon pati yang tewas itu. Hanya dua kali ketuk, daun pintu rumah terbuka. Mat Islam disambut baik. Dipelawa naik ker rumah. Dijamu makanan dan minuman. Mat Islam malu tapi disembunyikan. Dia teringat ketika berkempen, dia paling lantang mengutuk pemimpin parti melayu itu.
Ditakdirkan masalah Mat Islam dapat diselesaikan. Peruntukan RM50,000.00 untuk pembedahan jantung anaknya dapat dikumpulkan. Sebagai membalas jasa, Mat Islam isytihar masuk parti Melayu. Parti yang dibencinya selama ini. Ramai rakan dalam parti Islam itu tidak setuju dengan tindakan itu. Mereka pujuk tetapi tidak berjaya. Hasilnya, Mat Islam diisytihar sebagai kafir dan diberi jolokan Mat Kafir.
Dalam parti melayu, Mat Kafir ada banyak masa bersama anak isteri. Berbeza ketika dalam parti Islam dulu. Banyak duitnya dihabiskan. Tanggungjawab kepada anak dan isteri juga terabai. Maklum nak 'berjihad' dan terpedaya dengan slogan 'masuk parti Islam, masuk syurga'. Siapa tak nak syurga.
Memikirkan masa depan tidak menentu, Mat Kafir mahu berhenti kerja makan gaji. Dia nak berniaga kecil-kecilan. Serentak itu juga, Mat Kafir tidak mahu lagi aktif dengan mana-mana parti. Jesteru, dia keluar parti Melayu dan bina hidup baru.
Berita Mat Kafir keluar parti Melayu sampai ke telinga golongan fanatik parti Islam. Mereka pujuk Mat Kafir supaya menyertai parti Islam itu semula. Mat Kafir menolak. Katanya, dia tidak mahu lagi sertai mana-mana parti, baik parti Islam mahupun parti Melayu.
Kecewa dengan sikap Mat Kafir itu, golongan fanatik parti Islam itu menggelarnya Mat Murtad.
dipetik dari Akhbar Sinar Harian, Jumaat 06 Jun 2009. Nukilan Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Edisi Perak. manzaidi@sinarharian.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Comments
One response to “Macam-macam Nama Diberi”
Member aku nyer blog...
Aku nyer mmg OK...
Alhamdulillah, xde masalah...
Nie blog dia...
http://mymemory-noraslinda.blogspot.com/
Harap, ko blh membantu...
Cian btul dia nie...
Dah sebulan dah dia cari punca, tp still xblh gak...
Thanx...
:)
Catat Ulasan