أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ تُؤۡتِىٓ أُڪُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَڪَّرُونَ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ۬ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ۬Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)[Ibrahim, 14 : 24-26]
Kristianisasi : Sudahkah UTM Bersedia?
Pecat JKM & Buang Kolej?

۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." [An-Nisa' 4 : 135]
Transformasi Blog Mahasiswa

“…saya ingin mengajak seluruh warga UTM untuk mempertulus niat,memugar minat, mengalirkan keringkat dan menghayati amanat bagimenggunakan seluruh potensi, kekuatan dan kebolehan menjadikanakademia sebagai wadah perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.Kecemerlangan dan kegemilangan akademik adalah manifestasi tentangKomitmen kira terhadap ilmu dan budaya ilmu”Menjayakan Transformasi (hal. 47)
Mahasiswa UTMKL Maut Jatuh Tingkat Empat

KUALA Lumpur, 13 Julai (Pro-M.blog) - Seorang pelajar tahun pertama yang berasal dari Kluang, Johor maut di tempat kejadian akibat terjatuh dari tingkat empat di blok C, Kolej Kediaman Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur. Kejadian yang menimpa pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) itu berlaku dalam pukul 12.50 pagi tadi.
Punca kejadian adalah kerana mangsa cuba memasuki biliknya yang berkunci melalui tingkap. Mangsa mengambil langkah memanjat dinding bilik air antara biliknya dan bilik "toiletmate" untuk keluar ke ruang disebelah luar tingkap yang tidak berdinding. Bunyi yang kuat mengejutkan penghuni kolej yang berdekatan.
Mangsa tidak dapat diselamatkan apabila bahagian kepala mangsa pecah akibat terjatuh di atas lantai simin gelanggang badminton. Mangsa telah dibawa pulang dan selamat di kebumikan di Kluang hari ini. Kemalangan ini merupakan kes yang pertama di Kolej Kediaman Siswa Jaya.
Ikan Duyung?
Gambar ni dapat dr beautifulnara.
tak pasti kesahihan die.
cme nk kongsi bersama gambar ini
terpulang la nk caye ke tak








.jpg)



