Kerana Kemerdekaan?


Aku membaca tentang kemerdekaan di buku teks sekolah dan buku-buku sejarah. Aku tonton filem 1957 Hati Malaya. Aku juga tonton '10 tahun sebelum merdeka'. Aku tertarik dengan suasana menjelang kemerdekaan. Aku tertarik untuk tahu bagaimana kita merdeka. Makin aku teliti, makin aku tak faham. Beberapa perkara yang masih aku fikir tidak kena tentang kemerdekaan kita.

1. Kenapa Tunku seakan tergesa inginkan kemerdekaan sedangkan wakil majlis raja2 berpendapat rakyat masih belum bersedia?

2. Kenapa British dengan mudah menerima permohonan kemerdekaan daripada Tunku sedangkan ungkapan 'merdeka' telah lama dilaung oleh pejuang PKMM sejak 1945?

3. Kenapa Tunku bersetuju agar Perlembagaan Tanah Melayu ditulis oleh orang luar (Suruhanjaya Reid)?

4. Apakah benar Dato' Onn adalah pengkhianat bangsa dan tali-barut penjajah seperti yang dituduh oleh UMNO dahulu?

5. Kenapa Tunku menaiki kapal laut dan singgah di Colombo, Ceylon (kini Sri Lanka) sebelum menaiki kapal terbang ke London semasa rombongan menuntut kemerdekaan? Apa yang dibincang Tunku dengan wakil raja-raja yang tidak sependapat dengan Tunku tentang idea kemerdekaan di sana?

6. Apa akan terjadi sekiranya kemerdekaan ditangguh?

7. Apakah perancangan Dato' Onn terhadap kemerdekaan Tanah Melayu?

Banyak lagi persoalan tentang kemerdekaan di kepala aku. Aku masih mencari erti kemerdekaan yang diinginkan oleh pejuang kemerdekaan dahulu. Aku masih cuba memahami sosio-politik masyarakat Tanah Melayu waktu itu.

Panod
Jenderam Hulu
24 Januari 2012- 3.00am

Comments

One response to “Kerana Kemerdekaan?”

29 Januari 2012 pada 5:48 PTG

sungguh besar persoalan yang di cetuskan....ko akan mendapat jawapan bila ko membaca....sekarang dunia tanpa sempadan..buku takder internet...takder....so aku yakin ko akan dapat jawapannya....;>

Catat Ulasan