Memang sudah lama tangan ini tidak menaip pada blog sendiri. Apatah lagi untuk membincangkan isu semasa di medan maya ini. Terasa janggal menulis di sini sesudah lama berkelana. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan.
Isu terkini, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Satu keputusan yang hadir bagi menyambut kehadiran Tahun Baru 2010 bersama-sama kenaikan harga Gula sebanyak RM0.20 oleh kerajaan.
Hatta di UTM sendiri, mahasiswa bersama pengetua-pengetua kolej telah berdemonstrasi di Dataran Agora bagi menyatakan bantahan kepada keputusan mahkamah tersebut. Rujuk sini.
KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Utusan
Dari Perspektif Kita
Pertama
Kedua
Ayat pertama, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Manakala dalam ayat kedua, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.
Dari Perspektif Mereka
Pertama
Kedua
Dalam bible al-Kitab keluaran bahasa Indonesia jelas juga menunjukkan penggunaan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Manakala sarjana barat pula mendefinisikan Allah sebagai ketua kepada Tuhan-tuhan dalam satu tahun yang disembah di Tanah Arab.
Agak sukar untuk saya mentafsirkan maksud bagi pendapat yang kedua kerana ianya berkaitan dengan sejarah malah kenyataannya juga jelas bercanggah dengan ayat pertama yang saya petik dari Bible yang menyatakan tentang keesaan Allah.
KONSEP AQIDAH
Seringkali kita keliru tentang konsep aqidah triniti yang dianuti oleh penganut kristian sehingga kadang-kadang mendatangkan kemarahan dari pihak mereka kerana tindakan kita yang menghentam konsep triniti mereka tanpa mengetahui konsep sebenar.
Saya quote ayat luahan seorang penganut Kristian Malaysia yang kesal dengan ketidakfahaman kita (orang Islam) tentang konsep triniti mereka.
KESIMPULAN
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW. Namun, usaha-usaha bagi mengelakkan umat Islam keliru dengan penggunaan nama Allah perlu digiatkan.
Satu garis panduan khusus perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyelewengan penggunaan tersebut yang dikhuatiri dapat memesongkan aqidah umat Islam yang lemah. Kerja-kerja dakwah perlu dipergiat.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.
Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.
Di peringkat kampus, saya menyeru Persatuan dan Kelab-kelab Islam khususnya PMI bersatu dan mengadakan dialog yang membincangkan isu ini secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada seluruh warga kampus. Jemputlah paderi-paderi jika perlu. Sama-sama semarakkan Budaya Ilmu di kampus UTM Skudai.
"ALLAH FOR ALL"

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
(Surah Al-Ankabut : 61)
Kedua
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا
Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”
(Surah Al-Haj : 40)
Ayat pertama, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Manakala dalam ayat kedua, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.
Dari Perspektif Mereka
Pertama
“Inilah hidup yang kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."
(Yohanes 17:3)
Kedua
"Historians like Vaqqidi have said Allah was actually the chief of the 360 gods [one for each day of the year] being worshipped in Arabia at the time Muhammad rose to prominence. Ibn Al-Kalbi gave 27 names of pre-Islamic deities...Interestingly, not many Muslims want to accept that Allah was already being worshipped at the Ka'ba in Mecca by Arab pagans before Muhammad came. Some Muslims become angry when they are confronted with this fact. But history is not on their side. Pre-Islamic literature has proved this."
(Who Is This Allah?, G. J. O. Moshay, 1994, p 138)
Dalam bible al-Kitab keluaran bahasa Indonesia jelas juga menunjukkan penggunaan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Manakala sarjana barat pula mendefinisikan Allah sebagai ketua kepada Tuhan-tuhan dalam satu tahun yang disembah di Tanah Arab.
Agak sukar untuk saya mentafsirkan maksud bagi pendapat yang kedua kerana ianya berkaitan dengan sejarah malah kenyataannya juga jelas bercanggah dengan ayat pertama yang saya petik dari Bible yang menyatakan tentang keesaan Allah.
KONSEP AQIDAH
Seringkali kita keliru tentang konsep aqidah triniti yang dianuti oleh penganut kristian sehingga kadang-kadang mendatangkan kemarahan dari pihak mereka kerana tindakan kita yang menghentam konsep triniti mereka tanpa mengetahui konsep sebenar.
Saya quote ayat luahan seorang penganut Kristian Malaysia yang kesal dengan ketidakfahaman kita (orang Islam) tentang konsep triniti mereka.
I'm almost going laugh to dead when my 'others religion' good friend says that Christian has '3 gods'.. ohh my God..hehe.. on behalf of the Christian members in Malaysia, let me explain that, Tuhan Bapa (Allah), Anak (Jesus aka Nabi ISA) dan Roh Kudus is ONE.. ia adalah ESA.. satu misteri yang tidak boleh diungkap dan ...dijelaskan oleh mana2 manusia di Bumi ini. This is the real concept of TRINITY in Christian religion. Its not '3 gods' (which is claim by the others religion).. but it is ONE.Memang saya akui bahawa konsep aqidah yang sungguh berbeza daripada aqidah umat Islam yang percaya Allah itu satu dan yang lain adalah sifat-sifat Allah s.w.t.
Neal Eddle Laduing, Facebook
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَد * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Maksudnya;
"Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa * Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu * Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan * dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
(Surah Al-Ikhlas : 1-4)
KESIMPULAN
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW. Namun, usaha-usaha bagi mengelakkan umat Islam keliru dengan penggunaan nama Allah perlu digiatkan.
Satu garis panduan khusus perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyelewengan penggunaan tersebut yang dikhuatiri dapat memesongkan aqidah umat Islam yang lemah. Kerja-kerja dakwah perlu dipergiat.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.
Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.
Di peringkat kampus, saya menyeru Persatuan dan Kelab-kelab Islam khususnya PMI bersatu dan mengadakan dialog yang membincangkan isu ini secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada seluruh warga kampus. Jemputlah paderi-paderi jika perlu. Sama-sama semarakkan Budaya Ilmu di kampus UTM Skudai.
"ALLAH FOR ALL"
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Sarjana Muda Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments
10 Responses to “Kalimah Allah : Perspektif Kita dan Mereka”
Wah, saya setuju dengan apa yang saudara tulis dalam post ni. Saya juga berpendapat yang tidak salah bagi mereka untuk menggunakan kalimat 'Allah' sebagai nama tuhan mereka. Di negara-negara Arab sekalipun, mereka menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka, tidak kira agama Islam, Kristian atau Yahudi.
Tapi masalahnya, itu negara arab yang sudah biasa dengan situasi sebegitu. Di Malaysia, memang akan wujud kekeliruan di kalangan rakyat kita.
Tapi ini akan membuatkan minda kita lebih terbuka. Bukan sahaja minda orang Islam, bahkan mereka beragama lain juga mungkin akan lebih menghayati dan memahami apa itu Islam.
Jika orang Islam sendiri sudah hilang kepercayaan...apa boleh buat. Dalam Al-Quran juga telah tertulis, tiada paksaan dalam beragama.
Seperti kata mereka yang lain, kalau mereka tidak boleh menggunakan kalimat Allah, kita pun tidak bolehlah menggunakan perkataan God.
sedikit pencerahan dengan memetik penulisan seorang sahabat berlainan fikrah berkenaan isu ini..
"Adakah kerana budaya bahasa, kita sanggup membiarkan penggunaan nama Allah secara meluas dalam agama-agama lain? Walaupun nama Allah itu bersifat bahasa?"
Budaya bahasa orang melayu dilihat sebagai faktor kekeliruan yang mana mengenali Allah sebagai tuhan Islam melalui perspektif bahasa.
Sejak zaman berzaman, agama anutan dijadikan tradisi dengan kurang kefahaman tentang konsep aqidah yg dicengkam.
Berapa ramai orang kita benar2 faham dengan konsep Tauhid Rububiah, Uluhiyah dan Asma' Wa Sifat?
Sejauhmana orang kita melaksanakan tuntutan agama dan Syariat Allah dalam kehidupan seharian?
Sekuat mana kebergantungan orang-orang kita dengan kepada Allah s.w.t?
Kerana kepercayaan masyarakat Malaysia terhadap Islam semakin lemah, itu yang ramai tidak setuju kalau kalimat 'Allah' digunakan untuk agama lain. Bak kata mereka, sediakan payung sebelum hujan.
Memang, kerana kita telah dilahirkan sebagai penganut Islam, kebanyakan daripada kita tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji lebih banyak perkara tentang agama kita. Apa yang kita belajar di sekolah, itulah yang kita praktikkan. Jika kita tidak diajar, kita tidak akan buat.
Agak sukar untuk mengubah perspektif dan minda kebanyakan masyarakat Malaysia zaman sekarang, tapi itulah hakikatnya.
Saya berpendapat sistem pendidikan sedia ada masih belum cukup ampuh untuk memberi pengisian tentang konsep ketuhanan kepada anak2 kecil yang mindanya masih suci dan mudah untuk menerima ilmu.
mungkin kerajaan harus membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap sistem pendidikan negara dengan bukan sahaja "penerapan" nilai2 Islam tetapi "pemerkasaan" ilmu Islam itu sendiri diutamakan.
saya merasakan penumpuan kini bukan lagi kepada aspek bahasa pengantara (baca PPSMI) tetapi bagaimana untuk membentuk hamba yang mengenal penciptaNya.
maaf ya saya mencelah.. dan xde kaitan.. sori3..
to huda :(pssttt.. boleh pulak tulis dalam bahasa melayu.. pergi keluarkan entri bahasa melayu di blog kamu~ cepat tau!)
sori panod.. he3..
sape dah tgk 'The Arrivals' sampai habis? Dalam dokumentari tu ada menyebut ttg Allah untuk semua..
> shuha : pe2 je la shuha~
> kina : xhbs tgk lg. br smpi episod bpe belas ntah. x igt.
*pesan seorang naqib
-pandang isu ini dari sudut aqidah. bukan kalimah. sme2 renungkan. (^_^*)
Salam..
Cam kenal ayat kat atas tu.. He2..
Apa pun kita serahkan kepada zat ALLAH yang Maha Esa.. Banyak perbezaan pendapat dalam hal ini, ulama pun berbeza pendapat.
Akhir zaman ni banyak perkara yang berlaku. Kita tidak pasti sama ada pihak kristian benar2 mengEsakan Allah atau pun mahu mengidamkan perpecahan sesama umat Islam.
Saya melihat isu ini sepatutnya menjadi isu yang sepakat sesama Islam, tetapi sudah dipolitikkan.. Sedih sangat dalam hal ini.
Hasilnya, pepecahan umat semakin terasa dan pihak kafir bertepuk tangan melihat perpecahan ini..
Wallahua'lam..
*Entri saya berkenaan isu ini di http://jamalrafaie89.blogspot.com/2010/01/allah-itu-milik-siapa_04.html
Wassalam...
hehe
btol3...
sedangkan ulama' berbeza pendapat.inikan pula kita yg kurang ilmunya.sbgi umat Islam, kta wajib mengenali pencipta kita Allah s.w.t.
isu ini sbnrnya telah mencetuskan satu kesedaran kpd kita untuk lebih mengenali Allah.
Alhamdulillah, saya gembira apabila rakan2 saya yg sblm ni hnya pandai berpoya-poya kini sudah mula membincangkan hal ketuhanan.
Sehinggakan mereka sudah menyertai beberapa siri demonstrasi berkenaan isu ini.
As a daei', we should grab diz opportunity. Terangkan kpd kelompok ini ttg konsep ketuhanan yang sebenar.
Baru2 ini di UTM ad dianjurkan Bengkel Jelas Aqidah (B-JAQ) yg mane ia mengkhususkan kpd penerangan sbnr konsep aqidah.
Selepas ini, usaha patut lebih dipergiatkan oleh seluruh pihak dalam mendidik masyarakat ke arah Islam yg syumul.
Saya percaya kelompok ini sbnrnya etagih ilmu keagamaan namun kurang dihampiri oleh kita. mungkin kerana kita agak memilih dan menolak golongan untapped marked ini.
Berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh org kristian ini. Skiranya mereka menyeleweng, adalah halal bg kta melakukan apa yg sepatutnya kita lakukan kpd kafir harbi sperti mana yg dilaksanakan semasa zaman khalifah terdahulu.
Wallahua'lam...
Catat Ulasan