Mahasiswa dan Politik?

"Miss, we'd like to propose our research on Political Awareness Among UTM Students"

"Don't you know that in university we can can't talk about politic? Right?"

"But this is about the campus politic. Not politic in Malaysia"

"Yes. But I think here we don't call it politic but we call students association. We have an Act. Isn't it? Don't you know about that?"

Di atas merupakan sebahagian daripada perbincangan saya dan rakan-rakan dengan pensyarah subjek Advance English For Academic Comunication ketika mengemukakan cadangan tajuk kajian untuk kerja kursus bagi subjek UHB 2422.


Politik

Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya.

Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk "ilmu politik".

Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.

Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.

Politik Kampus

Secara umum, politik kampus boleh didefinisikan melalui, Politik (policy); iaitu aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan potilik, kampus merupakan locus di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintahan negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

Catatan sejarah, 1955 penggulingan Peron di Argentina, kejatuhan Peren Jimenez di Venezuela pada tahun 1958, Penentangan terhadap Diem di Vietnam pada tahun 1963, rusuhan massif melawan Perjanjian Keamanan Jepun-AS di Jepun pada 1963, gerakan anti-Soekarno pada tahun 1966, kejatuhan Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1956, Revolusi Hongaria tahun 1956 juga gerakan pembebasan Cekoslavikia pada tahun 1968.*( Bergerak Bersama Rakyat ; 37 ) memberi kenyataan bahawa politik mahasiswa mempu mencatur perubahan.
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.

AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)

Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.


Student Power

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

Salah Tafsir

Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Politics is the art of looking for trouble, finding it whether it exists or not, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedy.” – Ernest Benn


MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Univesiti Teknologi Malaysia

Comments

7 Responses to “Mahasiswa dan Politik?”

Jamal Rafaie berkata...
10 Januari 2010 pada 1:28 PTG

Salam..

Kami di uitm penang kurang meriah dengan politik kampus. Kebanyakkan MPP menang tanpa bertanding. Ini disebabkan syarat menjadi calon yg ketat dan yang berkelayakan kurang berminat dengan pilihan raya kampus.

Di ambang pilihan raya kampus yang bakal menjelma ini. Teruskan perjuangan..

Tahniah dan selamat berjuang..

Panod? Jadi calon ke?

Khairina 'Izzati berkata...
10 Januari 2010 pada 2:36 PTG

mantap.
kuatkan hati..teruskan perjuangan!

Unknown berkata...
10 Januari 2010 pada 9:17 PTG

Menjawab pertanyaan saudara Jamal...

Ya...
Panod merupakan salah seorang calon bagi kerusi fakultinya...

Harap maklum...


P/S: Jangan marah ya, Panod...
Patik membantu menjawabkan pertanyaan rakan tuan hamba...
;)

panod berkata...
10 Januari 2010 pada 9:56 PTG

> jamal : wassalam..

X jd masalah kalo kat sne kurang meriah dengan politik kampus. tp, mmg jd masalah kalo kat uitm penang xda kesedaran politik.

tujuan politik kampus yang sebenar adalah utk memberi kesedaran politik kepada mahasiswa.

Bak kata Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah "kita x boleh nak halang mahasiswa berpolitik, kerana mereka juga akan turun mengundi dalam pilihanraya di luar, apa yang kita boleh buat ialah tidak membenarkan mereka menjadi ahli parti politik".

maknanya kat sini, kita sebagai mahasiswa kalo nk terlibat dalam politik x salah pn. malah, adalah penting untuk terlibat.

berkenaan syarat yg ketat tu, memang kat mne2 pn sme je. mungkin di sne agak ketat. malah kt cni pn, mcm2 syarat dikenakan utk menjadi calon.

bg aku, aku amek sbgi cabaran.

tp kita sbgi mahasiswa yg ad kesedaran kne la perjuangkan hak mahasiswa.

aku bg contoh, sekiranya syarat yg dikenakan boleh menyebabkan mahasiswa takut malah lgsg x berminat untuk terlibat dlm pilihanraya kampus, bukankah itu telah memberi impak negatif kepada mahasiswa dan secara x lgsg melahirkan masyarakat/warga negara yg MANDOM.

maka, kita perlu perjuangkan apa yang betul. kritik apa yang salah. kita x boleh takut.

but, anyway, thanks...


> kina : syukran..but ko lg mantap..haha


> fahmi : isy, fahmi ni..

aku br jer nk jawab
hehe
anyway, bkn aku yg ckp ek..
ko yg kate
aku x start kempen lg
ko dh start tolong
thanks a lot lah bro..

Jamal Rafaie berkata...
11 Januari 2010 pada 12:00 PG

Aku dah terlambat nak jadi calon.. Dah sem last.. Mungkin time degree nanti kat shah alam..

Dulu jadi Exco Jawatankuasa Perwakilan Kolej jer, tak sempat jadi MPP..

panod berkata...
11 Januari 2010 pada 2:45 PG

owh...
xpe
masih boleh try len kali...
mungkin bukan pilihanraya kampus
mungkin dlam pilihanraya umum
hehe
ko nye bakat kepimpinan mmg x dinafikan sejak kat skolah lg
hehe

Tanpa Nama berkata...
25 Julai 2010 pada 3:18 PTG

aku anti demokrasi

Catat Ulasan