Perang pilihanraya kampus sudah bermula. Kelmarin, motorsikal saudara Uzair telah disimbah dengan cat berwarna oren. Tragedi itu berlaku seminggu selepas saudara Uzair menyatakan hasratnya untuk bersama-sama dengan perjuangan Pro Mahasiswa.
Hari ini, jam 1.27a.m saya pula telah menerima satu ugutan dari insan yang saya tidak kenali. Beliau mendakwa akan menjadikan saya sebagai sasaran kedua selepas tragedi cat oren di Kolej 11.
Menerima sahaja mesej ini, saya tersenyum sendirian. Berfikir tentang apakah yang sedang difikirkan oleh si penghantar message ini. Mengapakah saya dijadikan sasaran? Adakah ini dugaan seorang bakal calon MPP?
Tanpa sempat menjawab persoalan tersebut, tangan saya pantas menaip bagi membalas kiriman itu.
Ugutan ini bukanlah kali pertama yang saya perolehi. Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan Dr. Sulaiman bin Kadikon, pengetua kolej 11 semasa merakam aksi demonstrasi Evolusi Mahasiswa membantah Keputusan Mahkamah Tinggi berkaitanKalimah Allah.
Bagi saya, beliau ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, reaksi saya adalah seperti biasa. "terima kasih lah kalau begitu. Kalau dah memang itu tanggungjawab Dr, saya bersyukur lah dapat pengetua yang prihatin".
Saya juga ada diberitahu oleh sahabat perjuangan dalam JKM KRP tentang senarai nama pelajar yang akan digeledah biliknya di pejabat Kolej dan nama saya tersenarai dalam senarai itu.
Disebabkan saya langsung tidak menyimpan apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh pihak universiti di dalam bilik saya maka tiada apa yang perlu saya takutkan. Secara sinis saya menulis di papan putih bilik saya "PENCEROBOH AKAN DIDAKWAH!"
Semua yang menimpa saya hanya setakat ini adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan sekatan dan ancaman yang telah dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, saya percaya bahawa ancaman itu merupakan ujian Allah kepada saya agar saya terus kekal di medan perjuangan ini.
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Askum.Kwn tau hang nk jd calon MPP kn?hang mampu ka?hang nh bgus sgt ka?tragedi cat oren di klj 11 tu cuma prmulaan.jaga2la hang lepas ni.ingat sblm kena!
+60137926195
Menerima sahaja mesej ini, saya tersenyum sendirian. Berfikir tentang apakah yang sedang difikirkan oleh si penghantar message ini. Mengapakah saya dijadikan sasaran? Adakah ini dugaan seorang bakal calon MPP?
Tanpa sempat menjawab persoalan tersebut, tangan saya pantas menaip bagi membalas kiriman itu.
"Wslm.trime kasih atas teguran dan sokongan. :) "
reaksi spontan saya membalas message tersebut.
Ugutan ini bukanlah kali pertama yang saya perolehi. Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan Dr. Sulaiman bin Kadikon, pengetua kolej 11 semasa merakam aksi demonstrasi Evolusi Mahasiswa membantah Keputusan Mahkamah Tinggi berkaitanKalimah Allah.
"Kamu tahu tak? Nanti kalau kamu meninggal, jenazah kamu pengetua yang hantar ke kubur" teguran selamba beliau ketika melihat saya ligat merakam aksi pengetua-pengetua yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Bagi saya, beliau ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, reaksi saya adalah seperti biasa. "terima kasih lah kalau begitu. Kalau dah memang itu tanggungjawab Dr, saya bersyukur lah dapat pengetua yang prihatin".
Saya juga ada diberitahu oleh sahabat perjuangan dalam JKM KRP tentang senarai nama pelajar yang akan digeledah biliknya di pejabat Kolej dan nama saya tersenarai dalam senarai itu.
Disebabkan saya langsung tidak menyimpan apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh pihak universiti di dalam bilik saya maka tiada apa yang perlu saya takutkan. Secara sinis saya menulis di papan putih bilik saya "PENCEROBOH AKAN DIDAKWAH!"
Semua yang menimpa saya hanya setakat ini adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan sekatan dan ancaman yang telah dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, saya percaya bahawa ancaman itu merupakan ujian Allah kepada saya agar saya terus kekal di medan perjuangan ini.
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments
6 Responses to “Adakah Saya Sasaran Seterusnya?”
Semoga saudara tetap teguh menghadapi segala situasi sebegini. Teruskan berjuang dalam nama Allah! :D
InsyaAllah..
Landasan kemenangan penuh rintangan
Selagi kita di jalan kebenaran
Takkan pernah usai pertarungan
Terima kasih atas sokongan..
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]
Berushalah dan tak kira pa jua yg berlaku pasti ada hikmah....
teruskanlah perjuangan jika perjuangan itu membawa ke jalan kebenaran...
tak kisah lah kita di bawah sesiapa pun...
asal kita teguh pendirian..
Dari kawanmu....
Salam..
Tahniah panod sebab berani mempertahankan hak. Bangga aku kawan yg dok sebelah aku time sekolah dulu dah nak jadi seorang pemimpin..
Teruskan perjuangan.. Lawan tetap lawan bila hak tergugat..
> kak sunah :
insyaAllah..
sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji
terima kasih kak sunah
> farid :
terima kasih farid..
my x-rum8
ayuh berjuang bersama..
> jamal :
wassalam..
thanx jamal
org dok sblh aku tu pn pe kurangnya
lg hebat!!!
hehe
*p/s : smpi skrg masih menerima beberapa mesej ugutan. rasanya tak perlulah tulis kat sini. cukuplah apa yang telah saya dedahkan. biar saya pendam sendiri..
Catat Ulasan