Wanita Acuan Al Quran



Wanita Acuan Al Quran ialah
Seorang wanita yang beriman..
Yang hatinya disaluti taqwa kepada Allah
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

...Wanita Acuan Al Quran ialah
seorang wanita yang menjaga tutur katanya..
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jemblang

...Wanita Acuan Al Quran ialah
seorang wanita yang menghormati ibubapanya..
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan memelihara keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana
Baginya dunia hanyalah rumah sementara menunggu akhirat

Wanita Acuan Al Quran sentiasa
Bersedia untuk agamanya..
Yang hidup di bawah naungan al Quran
dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w.
serta wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran kerana rahmat Allah ke atasnya

Wanita Acuan Al Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Wanita Acuan Al Quran
Sentiasa mengingati Mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Yang meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al Quran ialah
seorang wanita yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah impiannya
Bersama Lelaki Acuan Al Quran
ganjaran Allah SWT

Dan ingatlah bahawa janji Allah itu benar..

يَّوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَيۡهِمۡ اَلۡسِنَـتُهُمۡ وَاَيۡدِيۡهِمۡ وَاَرۡجُلُهُمۡ بِمَا كَانُوۡا يَعۡمَلُوۡنَ‏﴿۲۴﴾ يَوۡمَٮِٕذٍ يُّوَفِّيۡهِمُ اللّٰهُ دِيۡنَهُمُ الۡحَـقَّ وَيَعۡلَمُوۡنَ اَنَّ اللّٰهَ هُوَ الۡحَـقُّ الۡمُبِيۡنُ‏﴿۲۵﴾ اَلۡخَبِيۡثٰتُ لِلۡخَبِيۡثِيۡنَ وَالۡخَبِيۡثُوۡنَ لِلۡخَبِيۡثٰتِ‌ۚ وَالطَّيِّبٰتُ لِلطَّيِّبِيۡنَ وَالطَّيِّبُوۡنَ لِلطَّيِّبٰتِ‌ۚ اُولٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُوۡنَ مِمَّا يَقُوۡلُوۡنَ‌ؕ لَهُمۡ مَّغۡفِرَةٌ وَّرِزۡقٌ كَرِيۡمٌ‏﴿۲۶﴾


"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik unutk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia" [An-Nur 24: 26]

Comments

No responses to “Wanita Acuan Al Quran”

Catat Ulasan