Robot Ular Tentera Israel


Baru-baru ini Israel Defense Force (IDF) mendedahkan bahawa mereka sedang membina sejenis robot ular yang bakal digunakan di dalam peperangan pada masa akan datang.

Menurut IDF, robot ular ini dibina dengan saiz lingkungan 2 hingga 3 meter panjang, manakala warna ular tersebut kemungkinan diletakkan dengan warna celoreng seperti kebanyakan baju tentera.

Fungsi ular robot ini sebenarnya lebih kepada tugas mengintip dan merekod suara-suara di sekelilingnya dan disimpan di dalam memori terbina dalam. Pergerakannya pula di kawal dari jauh melalui satu sistem satelit berkomputer.

Selain itu, menurut IDF juga, ular robot ini juga berfungsi untuk mencari mangsa-mangsa runtuhan bangunan yang tersepit. Kebolehan ular ini menyelinap masuk ke tempat-tempat terselindung akan digunakan untuk menyelamat mangsa runtuhan.

Dalam laporan akhbar Jerusalem Post, IDF mendedahkan lagi bahawa mereka akan meningkatkan fungsi ular robot ini kepada pembawa bom ke tempat-tempat musuh. Atau mungkin ular ini sendiri akan menjadi bom bergerak. Projek membina ular robot ini kini sedang diusahakan oleh penyelidik-penyelidik di Universiti Ben Gurion, Israel.

Namun demikian, mereka bukanlah orang pertama yang mencipta robot-robot kecil jenis ini. Pada 1970-an telah Prof. Shigeo Hirose dari Department of Mechanical and Aerospace Engineering di Institut Teknologi Tokyo telah pun menjalankan kajian tentang pembinaan robot bagi kegunaan ketenteraan.

(Gambar) Prof. Shigeo Hirose dengan ular robotnya yang dibina pada tahun 2006.

Nenek Moyang Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejauh manakah kita mengenali nenek moyang kita? Yang pasti kita berasal dari benih yang sama. Sedikit fakta penting yang ingin di kongsi bersama-


يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوۡا رَبَّكُمُ الَّذِىۡ خَلَقَكُمۡ مِّنۡ نَّفۡسٍ وَّاحِدَةٍ وَّخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالاً كَثِيۡرًا وَّنِسَآءً‌ۚ

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)


RIWAYAT HIDUP ADAM

Nama : ADAM ALAIHISSALAM
Dicipta : SETELAH ASAR HARI JUMAAT
Dimasukkan Ke Syurga : HARI JUMAAT
Tinggal Di Syurga : 1/2JAM LEBIH SEDIKIT WAKTU SYURGA BERSAMAAN 43 TAHUN WAKTU DUNIA
Nikah Dengan Hawa : HARI JUMAAT DI SYURGA, MAHARNYA 3 KALI BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH S.A.W
Diturunkan Ke Dunia : PADA HARI JUMAAT DI INDIA
Tinggi Tubuhnya Waktu Diturunkan : KEPALANYA DI LANGIT DAN DUA KAKINYA DI BUMI
Tinggi Tubuhnya Di Dunia : 60 HASTA
Tinggal Di Dunia : 957 TAHUN
Wafat : PADA HARI JUMAAT, DALAM USIA 1000 TAHUN


RIWAYAT HIDUP HAWA

Nama : HAWA
Lahir : DI SYURGA DAN DICIPTAKAN DARI RUSUK KIRI ADAM
Diturunkan Di Dunia : DI JEDDAH
Bertemu Kembali Dengan Adam : DI ARAFAH (TEMPAT WUKUF)
Hamil : 20 KALI, TIAP KALINYA MELAHIRKAN 2 BAYI KEMBAR LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN
Wafat : SATU TAHUN SESUDAH ADAM WAFAT
Kuburnya : DI BAITUL MAQDIS

1 jam di syurga : 83 tahun 4 bulan mengikut kiraan dunia
1 hari di syurga : 1000 tahun mengikut kiraan dunia

sumber diperolehi dari sebuah Masjid di Setiawan, Perak (lupa nama masjid..hehe) selepas solat zohor tadi~

AWAS: Mee Segera Haram

AWAS!!!

Mee segera tulis 'HALAL' tapi berperisa 'BABI'



-harap dapat dikongsi bersama-


اِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ الۡمَيۡتَةَ وَ الدَّمَ وَلَحۡمَ الۡخِنۡزِيۡرِ وَمَاۤ اُهِلَّ لِغَيۡرِ اللّٰهِ بِهٖ‌ۚ فَمَنِ اضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٍ وَّلَا عَادٍ فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوۡرٌ رَّحِيۡمٌ‏

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An-Nahl:115]

Menguap


بسم الله الرحمن الرحيم

*************************************************************************************

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

*************************************************************************************
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

*************************************************************************************

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

*************************************************************************************

Macam-macam Nama Diberi

Mat Murtad dalam parti Islam

gambar hiasan

Dulu, dia ini dipanggil dengan nama Mat Islam. Bila dia keluar dari parti Islam untuk menyertai parti Melayu, namanya ditukar kepada Mat Kafir. Kemudian bila dia tinggalkan kedua-dua parti itu, namanya turut bertukar kepada Mat Murtad.

Mat Islam mendapat jolokan itu ketika 'bejuang' dalam parti Islam. Dia antara peyokong fanatik dan menunjukkan sikap taksub luar biasa kepada pemimpinnya. Sanggup cerai bini kalau tak sebulu atau tak pangka calon parti itu.

Pantang ada ceramah, Mat Islam akan pergi. Sanggup habiskan duit. Sanggup tinggal anak bini kerana nak 'berjihad'. Di tempat ceramah, Mat Islam duduk di depan pentas. Dia selesa di posisi itu kerana dapat melaung "Takbir" dan disahut "Allahuakbar" oleh hadirin. Dia seronok.

Itu sejarah Mat Islam dari tahun 1960-an. Selepas pilihan raya umum 1999, ditakdirkan Mat Islam mendapat wakil rakyat yang tidak prihatin. Pintu rumah sentiasa tertutup. Rakyat diabaikan. Keluar rumah awal pagi, balik lewat malam. Takut rakyat datang nak adu masalah dan mintak duit.

Mat Islam kecewa kerana tidak dilayan seperti dulu. Mat Islam mula makan hati. Masalahnya perlukan penyelesaian segera. Mat Islam semakin buntu. Dia membuat perkiraan mahu mengadukan masalah itu kepada calon parti yang tewas.Manalah tahu orang yang tidak disokongnya itu dapat membantu.

Mat Islam tebalkan muka. Dia pergi ke rumah calon pati yang tewas itu. Hanya dua kali ketuk, daun pintu rumah terbuka. Mat Islam disambut baik. Dipelawa naik ker rumah. Dijamu makanan dan minuman. Mat Islam malu tapi disembunyikan. Dia teringat ketika berkempen, dia paling lantang mengutuk pemimpin parti melayu itu.

Ditakdirkan masalah Mat Islam dapat diselesaikan. Peruntukan RM50,000.00 untuk pembedahan jantung anaknya dapat dikumpulkan. Sebagai membalas jasa, Mat Islam isytihar masuk parti Melayu. Parti yang dibencinya selama ini. Ramai rakan dalam parti Islam itu tidak setuju dengan tindakan itu. Mereka pujuk tetapi tidak berjaya. Hasilnya, Mat Islam diisytihar sebagai kafir dan diberi jolokan Mat Kafir.

Dalam parti melayu, Mat Kafir ada banyak masa bersama anak isteri. Berbeza ketika dalam parti Islam dulu. Banyak duitnya dihabiskan. Tanggungjawab kepada anak dan isteri juga terabai. Maklum nak 'berjihad' dan terpedaya dengan slogan 'masuk parti Islam, masuk syurga'. Siapa tak nak syurga.

Memikirkan masa depan tidak menentu, Mat Kafir mahu berhenti kerja makan gaji. Dia nak berniaga kecil-kecilan. Serentak itu juga, Mat Kafir tidak mahu lagi aktif dengan mana-mana parti. Jesteru, dia keluar parti Melayu dan bina hidup baru.

Berita Mat Kafir keluar parti Melayu sampai ke telinga golongan fanatik parti Islam. Mereka pujuk Mat Kafir supaya menyertai parti Islam itu semula. Mat Kafir menolak. Katanya, dia tidak mahu lagi sertai mana-mana parti, baik parti Islam mahupun parti Melayu.

Kecewa dengan sikap Mat Kafir itu, golongan fanatik parti Islam itu menggelarnya Mat Murtad.

dipetik dari Akhbar Sinar Harian, Jumaat 06 Jun 2009. Nukilan Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Edisi Perak. manzaidi@sinarharian.com.my