Dalam
kesibukan menelaah modul, aku diundang untuk menyertai program CSI Kelab
Sahabat Ashab ke Tasik Kenyir di Terengganu. Memang aku langsung tiada kaitan
dengan Kelab Ashab mahupun Surau Saidina Ali kerana aku bukan penghuni asrama.
Namun aku telah diundang oleh Saudara Musyashu Cip, Pengarah program
kurang enam jam sebelum bas bertolak kerana kekurangan peserta.
Batu Yang Keras,
Air Yang Lembut
Air
Terjun Lasir merupakan destinasi pertama kami di Tasik Kenyir selepas check-in
di Kenyir Sanctuari Resort. Perjalanan ke sana dari Pulau Poh mengambil masa 1
jam dengan menaiki bot laju.
Setiap
air terjun yang aku lawati memberi pengalaman berbeza. Baru minggu yang sudah
aku ke Air Terjun Gabai untuk program khidmat masyarakat. Kerana ramainya
pengunjung di Gabai, maka banyaklah juga kesan pencemaran terhasil.
Berbeza
halnya dengan keadaan di Air Terjun Lasir ini, kedudukannya yang agak terpencil
dan eksais ke sana hanyalah dengan jalan air maka bilangan pengunjung adalah
lebih terkawal dan kurang pencemaran berbanding Air Terjun komersial yang lain.
Namun,
tidak dinafikan terdapat persamaan daripada sifat alam bagi kedua-dua Air
Terjun yang baru aku lawati.
Jika
diamati keunikan sifat alam pada air
terjun tersebut, kedua-duanya menceritakan kebesaran Allah dapat mendidik kita
cara mengenal Sang Pencipta.
Sesungguhnya
batu itu sifatnya keras manakala air pula sifatnya lembut. Dua ciptaan Allah
yang berbeza sifat dipertemukan Allah untuk menyempurnakan kejadian air terjun.
Dalam
perbezaan sifat tersebut, berlaku proses alam yang secara logiknya menyanggahi
kewarasan akal fikir manusia. Mana mungkin air yang mengalir dingin itu mampu
melembutkan batu yang bersifat keras.
Itulah
kekuasaan Allah yang menuntut kita hambaNya untuk mengkaji ilmu alam. Maka
setelah dikaji akan sistem alam, fahamlah kita bagaimana proses hakisan yang
menuntut konsistensi air dalam menimpa sang batu yang keras sebagai usaha
merubah keadaan batu tersebut.
Begitu
jugalah hendaknya hati kita yang keras ini. Allah SWT telah menaqalkan dalam
surah al-Baqarah ayat ke-74.
ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَKemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan [al-Baqarah, 2:74]
Dalam
ayat ini, Allah mendidik kita untuk mensyukuri nikmat Tuhan dari seremeh-remeh
perkara seperti kejadian batu yang keras ini.
Seperti
juga batu, hati manusia adalah keras secara rohani meski lembut fizikalnya.
Amat sukar menundukkan hati yang sudah keras seperti juga sukarnya kita
melembutkan batu.
Andai
batu yang keras mampu dilembutkan dengan kepatuhan air yang mengalir
terhadapnya maka samalah juga hati ini mampu dilembutkan dengan alunan zikir
yang memuji asma Allah.
PengIslaman Saidina
Umar al-Khattab
Tentu
kita tidak lupa dalam sejarah awal penyebaran agama Islam bagaimana kekerasan
hati Saidina Umar al-Khattab mampu dilembutkan dengan alunan suci ayat al-Quran.
Meski
pada awalnya Saidina Umar al-Khatab dalam amarah setelah mengatahui adiknya dan
suami telah memeluk Islam, maka dipukul iparnya itu sehingga berdarah.
Kerana tetap saja saudaranya itu mempertahankan
agama Islam yang dianutnya, Umar bin Khattab berputus asa dan
menyesal melihat darah mengalir pada iparnya.
Lalu beliau meminta untuk membaca kitab yang dibaca
oleh adiknya. Ketika dia membaca surah Thaha, dia memuji dan memuliakan isinya
kemudian meminta untuk ditunjukkan keberadaan Rasulullah s.a.w.
Saidina menuju untuk bertemu Rasulullah s.a.w
dengan pedang yang terhunus. Bertemu sahaja beliau dengan baginda di sebuah
rumah, lalu baginda berdoa kepadanya. “Ya
Allah, ini adalah Umar bin Khattab. Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar
al-Khattab”.
Dan Saidina Umar al-Khattab langsung bersyahadat di
hadapan baginda serta para sahabat di sekelilingnya. Maka orang-orang yang
berada di rumah tersebut terus melaungkan takbir.
Amal Jamae'i Dalam Memasak
Aktiviti memasak diletakkan sebagai awlawiyat (keutamaan) di Air Terjun Lasir sebelum memulakan aktiviti mandi-manda. Oleh itu, pemilihan tempat untuk memasak telah dibuat dan atas nasihat pengemudi bot, kami berteduh di bawah sepohon pokok dimuara air terjun tersebut.
Kedudukan yang strategik, berhampiran sumber air, kawasan rata tanpa perlu meniti tangga yang curam kerana banyak perkakas memasak yang berat dibawa sekali.
Sebelum mula memasak, Musyashu telah membahagikan tugas kepada tiga kumpulan utama iaitu masak, potong dan cuci. Kesemua peserta mendapat tugasan masing-masing yang perlu dilaksanakan secara berjemaah. Inilah sistem mudah yang digunakan. Mengoptimumkan tenaga bagi memudahkan kerja.
Jika di rumah aku mengupas bawang menggunakan pisau, di Kenyir aku mengupas menggunakan tangan. Satu praktik survival kehidupan. Manakala bagi kumpulan mencuci, mereka merasa pengalaman mencuci ayam dengan air sungai mengalir dan bukan lagi air paip syabas.
Haji Zaini selaku orang yang berpengalaman telah mengemudi aktiviti memasak pada tengah hari tersebut. Aku yang kurang pengalaman terus pergi bermandi-manda (curi tulang).
Panod

Bandar Baru Salak Tinggi
9 Oktober 2012 - 9.45pm
*penulisan ini merupakan sebahagian tugasan yang dibawa pulang oleh setiap kumpulan sebagai usaha Kelab Ashab dalam membangun ummah menerusi perkongsian pengalaman dalam penulisan

Comments
One response to “CSI di Tasik Kenyir”
po kabo ?? da lamo tak degor cerito...
Catat Ulasan