Perihal Bendera Kita



Kontroversi kibaran panji Sang Saka Malaya di malam ambang kemerdekaan Malaysia ke-55 benar-benar menarik perhatian orang ramai. Ada yang bertempik amarah, ada yang berdiam malah turut tidak terkecuali golongan yang memanfaatkan keadaan.

Bagi rakyat Malaysia, mereka sudahpun mempunyai bendera tersendiri iaitu Jalur Gemilang malah ia sudah benar-benar diterima oleh segenap lapisan masyarakat di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Dalam menilai kontroversi ini, kita seharusnya mengetahui dan memahami sejarah bendera-bendera yang terlibat.

JALUR GEMILANG

Umum mengetahui bahawa bendera Tanah Melayu direka oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, En. Mohamed Hamzah dalam satu pertandingan yang dianjurkan pihak persekutuan.

Beliau menyertai pertandingan itu dengan dua rekaan bendera. Rekaan pertama adalah bendera berwarna hijau dengan keris biru ditengah yang dikelilingan 15 bintang. Rekaan kedua beliau, iaitu yang telah terpilih dalam senarai 3 finalis merupakan rekaan bendera yang meminjam aspek utama rekaan bendera East Indian Company iaitu belang merah dan putih.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950.



 Lambang perisai Sir Lancelot, Ksatria kepada King Arthur

Sir Lancelot merupakan seorang lagenda Ksatria Agung orang Inggeris. Beliau berkhidmat di zaman King Arthur memerintah.

 Bendera John Company (kurun ke-16)

John Company merupakan syarikat orang Inggeris yang terbesar. Bendera di atas bukan bendera sebuah kerajaan, tetapi hanya bendera sebuah syarikat yang meniaga kapas, sutera, nila, garam batu, teh dan candu (opium) di serata dunia.

Mengguna lambang belang putih merah bagi melambangkan kekuatan mereka yang menyamai kekuatan Sir Lancelot.

Syarikat ini turut dikenali sebagai East Indian Company bagi menjaga hati pribumi masyarakat di India. Kekuatan syarikat ini terserlah sehingga mampu menubuhkan kuasa ketenteraan dan mentadbir India selama beratus tahun.

 
 Bendera Syarikat India Timur Inggeris (Kurun Ke-16)

Pada kurun kurun ke-16, Permaisuri Elizabeth I menaiki takhta kerajaan monarki England. Maka bendera England pun diletakkan pada bendera syarikat tersebut sebagai tanda hormat.

Bendera Syarikat India Timur British (Kurun ke-17)

Pada kurun ke-17, bendera Great Britain tercipta apabila England bergabung dengan Scotland di bawah perjanjian The Act of Union 1707. Lalu Syarikat India Timur Inggeris bertukar nama dan bendera.


Bendera Syarikat Hindia Timur British (Kurun ke-18)

Pada kurun ke-18, United Kingdom (U.K) tertubuh. Ia terjadi apabila Great Britain memasukkan negeri Ireland di bawah Acts of Union 1800. Ketika itu Ireland menggunakan bendera St. Patrick.

Bendera Malaya

Bendera kita direka pada tahun 1950 oleh Encik Mohamad bin Hamzah dari Johor. Dengan meminjam aspek utama rekaan bendera East Indian Company iaitu belang merah dan putih, bendera ini diluluskan oleh Raja George VI dari Great Britain.


Bendera Malaysia

Setelah pembentukan Malaysia, bilangan jalur dan bucu bintang ditambah bagi mewakili Singapura, Sabah dan Sarawak.

Persamaan Dengan Bendera Lain



Bendera United States of America

Selain itu, Bendera Malaysia juga acapkali disamakan dengan bendera dari negara Uncle Sam. Walau dinafikan, namun kita semua tahu yang Amerika juga suatu ketika dahulu merupakan jajahan British.

Bendera Betsy Rose

Selain benua Asia, syarikat penjajah ini juga turut ke benua Amerika pada kurun ke-17. Mereka membawa bendera yang sama ketika berdagang di sana. Bendera di atas merupakan bendera hasil dari Revolusi Amerika. Ia digelar Betsy Ross (yang juga nama tukang jahit bendera).


Bendera Liberia

Ini merupakan bendera negara benua Afrika yang bernama Liberia. Syarikat tersebut juga sudah berlabuh di Liberia bagi membuang bekas hamba dari Amerika. Kerana bekas hamba atau keturunan hamba kulit hitam tak boleh jadi rakyat Amerika.


SANG SAKA

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk-penduduk di Malaya kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad ketiga belas dahulu. Ia dianggap sebagai simbol kesatuan masyarakat di Alam Nusantara.

Merah bererti darah rakyat yang dikorbankan manakala puthi membawa erti kesucian hati dan kejujuran. Maka tidak menghairankan bagaimana motif Sang Saka telah banyak mempengaruhi bendera-bendera di alam Nusantara ini.


Panji Majapahit (1293)

Ketika Kerajaan Majapahit berjaya di Nusantara, warna panji-panji yang digunakan adalah merah dan putih (umbul-umbul Abang Putih), ternyata Majapahit mempunyai bendera kerajaan iaitu bendera Merah-Putih dan tentera Majapahit dinamakan Prajurit Gula Kelapa.

Gula Kelapa itu berwarna Merah dan terbuat dari sari buah Kelapa yang berwarna Putih.


 Bendera Republik Indonesia (16 Ogos 1945)

Selain pengaruh Majapahit, merah putih juga sungguh sinonim dengan Indonesia kerana ia digunakan oleh Pangeran Diponegoro sebagai panji menentang Belanda malah turut digunakan golongan Mahasiswa dan nasionalis sebelum kemerdekaan sebagai ekspresi kebangsaan Melayu.


Bendera UMNO Sang Saka Bangsa (19 Jun 1946)

Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam Persidangan Agung Umno ke-2 pada 19 Jun 1946. Persidangan ini diadakan di Dewan Bandaran Ipoh.


Bendera Rakyat Malaya (10 Disember 1947)

Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Keputusan menaikkan bendera ini dibuat di Kuala Lumpur dalam sebuah perjumpaan dengan ahli-ahli daripada PUTERA, The Malay Peasants' Union, AWAS, AMCJA, MIC, MPAJA, Malayan Federation of Trade Unions, dan New Democratic Youth League. 



Bendera PAS (23 Ogos 1951)

Ini merupakan bendera asal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ketika mula ditubuhkan dengan nama Persatuan Ulama Se-Malaya. Sebahagian besar pimpinan ketika itu terdiri daripada bahagian agama UMNO. Namun PAS hanya menggunakan logo bulan & bintang (Hijau-Putih) dalam Pilihanraya Umum dan kemudian ditukar kepada bulan purnama. Kini bendera ini masih digunakan, diselang-selikan dengan bendera bulan purnama.


Bendera Singapura (3 Disember 1959)

Direka oleh sebuah komiti yang diketuai oleh Naib Perdana Menteri pada masa itu, Dr Toh Chin Chye. Pada asalnya ia direka latar belakang keseluruhan Merah namun ditolak oleh Kabinet kerana menyerupai Komunis. Menurut Lee Kuan Yew, penduduk Cina mahukan bintang lima seakan bendera China dan masyarakat Muslim mahukan bulan melambangkan agama Islam. Mengambil aspek Nusantara, akhirnya rekabentuk seperti sedia ada diputuskan.



Bendera Sang Saka Malaya (2012)

Ini merupakan panji yang dikibar anak muda pada malam kemerdekaan ke-55 bagi memperingati perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dalam menentang penjajah. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar. Tanpa niat untuk menukar Jalur Gemilang sedia ada, panji ini dikibar bagi mengiktiraf perjuangan para pejuang yang menentang penjajah bagi mencapai kemerdekaan total.




sumber:

1) http://hanief.blogspot.com/2011/12/bendera-malaysia-yang-memalukan.html

2) http://dongengarkeologi.wordpress.com/surya-majapahit/bendera-kerajaan-majapahit/

3) http://id.wikipedia.org/wiki/Bendera_Indonesia

4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sang_Saka_Bangsa

5) http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia

6) http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Singapore

7) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Singapura

8) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia

9) http://singaselatan.blogspot.com/2012/08/mengapa-kami-kibarkan-sang-saka-malaya.html

10) http://10tahun.blogspot.com/2008/02/bendera-rakyat-1947.html

Comments

No responses to “Perihal Bendera Kita”

Catat Ulasan