Mahasiswa dan Politik?

"Miss, we'd like to propose our research on Political Awareness Among UTM Students"

"Don't you know that in university we can can't talk about politic? Right?"

"But this is about the campus politic. Not politic in Malaysia"

"Yes. But I think here we don't call it politic but we call students association. We have an Act. Isn't it? Don't you know about that?"

Di atas merupakan sebahagian daripada perbincangan saya dan rakan-rakan dengan pensyarah subjek Advance English For Academic Comunication ketika mengemukakan cadangan tajuk kajian untuk kerja kursus bagi subjek UHB 2422.


Politik

Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya.

Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk "ilmu politik".

Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.

Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.

Politik Kampus

Secara umum, politik kampus boleh didefinisikan melalui, Politik (policy); iaitu aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan potilik, kampus merupakan locus di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintahan negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

Catatan sejarah, 1955 penggulingan Peron di Argentina, kejatuhan Peren Jimenez di Venezuela pada tahun 1958, Penentangan terhadap Diem di Vietnam pada tahun 1963, rusuhan massif melawan Perjanjian Keamanan Jepun-AS di Jepun pada 1963, gerakan anti-Soekarno pada tahun 1966, kejatuhan Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1956, Revolusi Hongaria tahun 1956 juga gerakan pembebasan Cekoslavikia pada tahun 1968.*( Bergerak Bersama Rakyat ; 37 ) memberi kenyataan bahawa politik mahasiswa mempu mencatur perubahan.
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.

AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)

Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.


Student Power

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

Salah Tafsir

Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Politics is the art of looking for trouble, finding it whether it exists or not, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedy.” – Ernest Benn


MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Univesiti Teknologi Malaysia

Kalimah Allah : Perspektif Kita dan Mereka

Memang sudah lama tangan ini tidak menaip pada blog sendiri. Apatah lagi untuk membincangkan isu semasa di medan maya ini. Terasa janggal menulis di sini sesudah lama berkelana. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan.

Isu terkini, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Satu keputusan yang hadir bagi menyambut kehadiran Tahun Baru 2010 bersama-sama kenaikan harga Gula sebanyak RM0.20 oleh kerajaan.

Hatta di UTM sendiri, mahasiswa bersama pengetua-pengetua kolej telah berdemonstrasi di Dataran Agora bagi menyatakan bantahan kepada keputusan mahkamah tersebut. Rujuk sini.

KALIMAH ALLAH




KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Utusan

Dari Perspektif Kita


Pertama

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Kedua

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

(Surah Al-Haj : 40)

Ayat pertama, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Manakala dalam ayat kedua, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Dari Perspektif Mereka

Pertama

“Inilah hidup yang kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."

(Yohanes 17:3)

Kedua

"Historians like Vaqqidi have said Allah was actually the chief of the 360 gods [one for each day of the year] being worshipped in Arabia at the time Muhammad rose to prominence. Ibn Al-Kalbi gave 27 names of pre-Islamic deities...Interestingly, not many Muslims want to accept that Allah was already being worshipped at the Ka'ba in Mecca by Arab pagans before Muhammad came. Some Muslims become angry when they are confronted with this fact. But history is not on their side. Pre-Islamic literature has proved this."

(Who Is This Allah?, G. J. O. Moshay, 1994, p 138)

Dalam bible al-Kitab keluaran bahasa Indonesia jelas juga menunjukkan penggunaan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Manakala sarjana barat pula mendefinisikan Allah sebagai ketua kepada Tuhan-tuhan dalam satu tahun yang disembah di Tanah Arab.

Agak sukar untuk saya mentafsirkan maksud bagi pendapat yang kedua kerana ianya berkaitan dengan sejarah malah kenyataannya juga jelas bercanggah dengan ayat pertama yang saya petik dari Bible yang menyatakan tentang keesaan Allah.

KONSEP AQIDAH

Seringkali kita keliru tentang konsep aqidah triniti yang dianuti oleh penganut kristian sehingga kadang-kadang mendatangkan kemarahan dari pihak mereka kerana tindakan kita yang menghentam konsep triniti mereka tanpa mengetahui konsep sebenar.

Saya quote ayat luahan seorang penganut Kristian Malaysia yang kesal dengan ketidakfahaman kita (orang Islam) tentang konsep triniti mereka.

I'm almost going laugh to dead when my 'others religion' good friend says that Christian has '3 gods'.. ohh my God..hehe.. on behalf of the Christian members in Malaysia, let me explain that, Tuhan Bapa (Allah), Anak (Jesus aka Nabi ISA) dan Roh Kudus is ONE.. ia adalah ESA.. satu misteri yang tidak boleh diungkap dan ...dijelaskan oleh mana2 manusia di Bumi ini. This is the real concept of TRINITY in Christian religion. Its not '3 gods' (which is claim by the others religion).. but it is ONE.

Neal Eddle Laduing, Facebook

Memang saya akui bahawa konsep aqidah yang sungguh berbeza daripada aqidah umat Islam yang percaya Allah itu satu dan yang lain adalah sifat-sifat Allah s.w.t.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَد * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Maksudnya;
"Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa * Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu * Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan * dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"

(Surah Al-Ikhlas : 1-4)

KESIMPULAN

Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW. Namun, usaha-usaha bagi mengelakkan umat Islam keliru dengan penggunaan nama Allah perlu digiatkan.

Satu garis panduan khusus perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyelewengan penggunaan tersebut yang dikhuatiri dapat memesongkan aqidah umat Islam yang lemah. Kerja-kerja dakwah perlu dipergiat.

Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.

Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.

Di peringkat kampus, saya menyeru Persatuan dan Kelab-kelab Islam khususnya PMI bersatu dan mengadakan dialog yang membincangkan isu ini secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada seluruh warga kampus. Jemputlah paderi-paderi jika perlu. Sama-sama semarakkan Budaya Ilmu di kampus UTM Skudai.

"ALLAH FOR ALL"


MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Sarjana Muda Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Hak Mahasiswa mendapat maklumat dinafikan


Skudai, 6hb Jan 2009: Jentera Pusat Pro Mahasiswa UTM hari ini mendapat maklumat bahawa lidah rasmi Pro M UTM iaitu promahasiswautm.blogspot.com telah disekat oleh pihak pentadbiran dari dilayari oleh Mahasiswa UTM.

Sekatan ini disedari bermula pagi tadi. Ini menunjukkan seluruh mahasiswa UTM telah dinafikan hak untuk menerima maklumat secara bebas bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjelang pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Saudara Nur Azim Fahada turut melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap sikap berat sebelah pihak pentadbiran dalam hal ini. Ini kerana, hanya blog Pro Mahasiswa UTM yang disekat daripada dilayari oleh semua mahasiswa UTM dalam kampus manakala blog Evolusi Mahasiswa@ASPIRASI masih boleh dilayari seperti biasa.

Gambaran ini juga menunjukkan kepada kita bahawa seluruh jentera universiti telah digerakkan untuk memastikan Pro Mahasiswa kalah pada pilihanraya kampus akan datang. Ini adalah permulaan kepada siri pencabulan demokrasi kampus UTM menjelang pilihanraya. Adakah ini salah satu cara yang cuba digunakan oleh pihak pentadbiran untuk menghalang gerakan kesedaran dan kebangkitan mahasiswa dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui MPP? Jika itulah tujuannya, Pro Mahasiswa amat kesal dengan tindakan yang dilihat kurang matang dan sangat tidak selari dengan gagasan budaya ilmu yang diperkenalkan oleh Dato' Naib Canselor.

Justeru, Pro Mahasiswa berharap pihak UTM dapat menilai semula sekatan yang dilakukan terhadap blog promahasiswautm.blogspot.com agar mahasiswa dapat menilai sendiri kredibiliti kepimpinan Evolusi dan Pro Mahasiswa yang bakal mengepalai kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UTM sesi 2010 dan dapat menerima maklumat dari kedua-kedua pihak secara telus dan adil.

sumber: nota facebook promahasiswautm

Kambing Berbual Dengan Ayam



Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan ?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

Peranan Media Massa Pada Zaman Rasulullah s.a.w : Suatu Ringkasan


“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh (mencengkam bumi) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan keizinan Tuhan-nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu beringat.” [14:24-25]

Pendahuluan

Apabila kita menelusuri sejarah era Nubuwwah (kenabian Nabi Muhammad s.a.w), jarang sekali kita melihat ayat-ayat al-Quran serta sunnah Rasulullah dari jendela media.

Mungkin kerana kita terbiasa membaca peristiwa-peristiwa besar dalam hayat Rasulullah s.a.w seperti (1)Nabi Menjadi Yatim-Piatu; (2)Peristiwa di Gua Hira’; (3) Dakwah Sirriyyah-Jahriyyah; (4)Hijrah ar-Rasul; (5)Pembinaan Madinah al-Munawwarah serta isi sahifah-nya; (6)Perang Badar-Uhud-Khandak dll; (7)Fathul Makkah dll secara umum mengakibatkan kita tidak terdedah tentang soal strategi serta peranan media massa sepanjang menjayakan peristiwa-peristiwa besar tersebut.

Media massa yang paling agong adalah al-Quran al-Karim.

Di dalamnya bukan sahaja sarat dengan ilmu dan hikmah (3:58), malah mempunyai mutu bahasa yang lunak hatta membunuh mediawan-mediawan yang memusuhi perjuangan Rasulullah s.a.w (2:23).

Kisah-kisah kebenaran perjuangan Nabi Allah terdahulu banyak divisualkan dalam al-Quran jika kita cermati.

Kebenaran perjuangan ashab al-uqdud ada divisualkan dalam al-Quran.

Kebenaran perjuangan ashab-al-kahfi juga ada divisualkan dalam al-Quran; sehinggalah peribadi Rasulullah s.a.w sendiri, semuanya ada divisualkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran; yang sudah tentunya bermanfaat untuk orang-orang beriman, bertaqwa dan berfikir (2:103)

Begitu juga dengan perilaku Rasulullah s.a.w. Dalam pengucapan lisan (ikrar) Rasulullah s.a.w, ada unsur media massa.

Dalam perbuatan (amal) Rasulullah s.a.w, ada unsur media massa. Dalam sikap berdiam diri (taqrir) Rasulullah s.a.w, ada unsur media massa.

Semua ini perlu dilihat secara maknawi serta abstrak melalui jendela media massa.

Selain itu, penyair-penyair dalam kalangan Sahabat r.a.hum juga cukup memainkan peranan yang cukup penting dalam berdepan propaganda media/syair musuh-musuh Islam.

Antara tokoh mediawan Muslim terbabit yang perlu disebut nama mereka adalah Hassan bin Thabit r.a, Ka’ab bin Malik r.a dan Abdullah bin Rawahah.

Paling keras menyerang pillar-pillar mediawan musuh adalah Hassan bin Thabit, sehingga Rasulullah s.a.w sendiri pernah menghargai peranannya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “…hijaa’uhum wa jibrilun ma’aa ka…“

[maksud: (Wahai Hassan) cemuhlah mereka (musuh-musuh Islam), sesungguhnya (malaikat) Jibril bersama kamu].

Ketiga-tiga mediawan itu memainkan peranan yang penting dalam membentuk kepercayaan tertentu dalam kalangan (1)kaum Muslimin yang berjuang; (2)kaum musyrikin Makkah memerangi Rasulullah s.a.w; dan (3)golongan sasaran dakwah (target group).

Maka, sirah Rasulullah s.a.w perlu dibedah untuk melihat sejauhmana pentingnya peranan media massa dalam menjayakan gerakan dakwah pada era Nubuwwah.

Perang Media dalam Badar al-Kubra

Di bawah ini adalah sya’ir mediawan Hassan bin Thabit r.a:

“Perang membinasakan mereka dan Allah yang menentukan perkara-Nya

Perang, apinya telah berkobar tinggi menganga

Jika Allah tidak mewujudkan rencana-Nya dan jika kuda tidak berlari dengan kencangnya

Ia menjadi santapan binatang buas dan diinjak-injak kaki kuda itu di antara tawanan perang yang dibelenggu dengan kuatnya oleh seekor helang, jika menjumpai hujung tombak, ia melindungi diri.

Juga oleh seorang jaguhan yang tak peduli pada ajakan

Hingga sirna ketinggian panji-panji (kekafiran) itu.“

Di pihak musyrikin Makkah tidak kurang hebatnya.

Mediawati jahiliyyah bernama Hindun binti Utbah (Islam selepas fathul Makkah) merupakan antara kaum media yang bertanggungjawab membangkitkan semangat asobiyyah (nasionalisme) menentang perjuangan Rasulullah s.a.w.

“Mataku, bermurah hatilah dengan air mata yang deras mengalir

Untuk orang terbaik Khindiq yang tak pernah mundur

Kelompoknya mengajaknya pada suatu pagi

Bani Hashim dan Bani Mutholib

Mereka tebas pedang-pedang tajam kepadanya

dan mengajarnya bertubi-tubi setelah mati.“

Sebagai sinikal pada kaum Muhajirin yang sanggup bersama Rasulullah/Madinah al-Munawwirah, kedengaran mediawan jahiliyyah bersyair demikian:

“Mereka dikalahkan sebagai orang-orang terhormat

Yang tiada menjual isteri mereka kepada orang-orang asing, mereka tinggalkan rumah dan tanah air

Sebagaimana Ghassan menjadi sekutu kalian,

Sebagai peganti kami, wahai kamu (semua) siapa yang lakukan itu?

Pengkhianatan, kejahatan terbuka dan pemutusan hubungan (suadara)

Padahal kejahatan kalian disaksikan oleh orang yang berakal dan cerdas"

Kemenangan tentera Rasulullah s.a.w dalam Perang Badar mengakibatkan tentera Musyrikin Makkan termakan oleh propaganda asobiyyah yang mereka lagukan.

Demi membendung keyakinan serta semangat masing-masing, sekali lagi kedengaran mediawan jahiliyyah dengan menyerang pillar-pillar Muhajirin pula.

“Jika kalian meraih kemenangan dalam Perang Badar

Hanya kerana Ahmad, padahal nenek-moyang kalian telah menang sebelumnya

dan dengan parajurit pilihan yang membelanya

mereka melindunginya, sementara kematian selalu kunjung tiba

Abu Bakar dan Hamzah termasuk orang hebat bagi merekadan Ali termasuk di antara yang anda sebutkan

Juga Abu Hafsh dan Uthman dianggap di antara merela

Dan, Saad padahal dia tidak hadir dalam perang

Dengan mereka, kalian menang, dan bukan orang yang lahir di negeri kalian

Baniu Aus dan Bani Najar saat mereka berbangga.”

Dan ada juga dalam kalangan mediawan jahiliyyah melagukan soal peperangan merugikan bangsa sendiri, demi mengelak kekalahan yang lebih besar.

“Wahai dua orang saudara kami, Abdu Syams dan Naufal!

Aku jadi jaminan bagi kalian, jangan kalian kirim kami ke dalam perang!

Jangan kalian jadikan kasih sayang dan kelembutan ini menjadi bahan perbualan, masing-masing kalian mengeluh binasa

Tidakkah kalian ingat apa yang telah berlaku dalam Perang Dahis dan pasukan Abu Yaskum saat mereka memenuhi lembah itu?“

Selepas itu, mediawan jahiliyyah terus mengapi-apikan musyrikin Makkan dengan serangan luar, iaitu dengan merancang serangan balas ke atas Khazraj kononnya.

“Demi Tuhan, tiada terhenti-henti jiwa aku mengerang dalam duka!

Kalian baru percaya hingga mendapat serangan dari Khazraj.”

Demikianlah unsur-unsur media massa yang dapat dilihat dalam Peperangan Badar.

Di sana, kelihatan mediawan Islam berperanan penting dalam membunuh kepercayaan musuh-musuh Islam.

Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban di dalam karyanya al-Manhaj al-Haraki li Sirati an-Nabawiyyah (1984M) menjelaskan bahawa konsep media berupa syair hanya digunakan untuk menyanggah tohmahan liar oleh musuh-musuh Islam yang tidak beriman kepada al-Quran al-Karim.

Rasulullah s.a.w tidak pernah membunuh karektoristik penyair atau mediawan setelah mereka yang terbabit menyertai perjuangan Islam, sebaliknya Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan golongan itu demi membunuh kepercayaan musuh-musuh Islam seperti dalam Perang Badar.

Waktu mediawan-mediawan jahiliyyah mengembangkan kepercayaan asobiyyah demi membunuh semangat juang (pillar) tentera-tentera Rasulullah s.a.w, kedengaran mediawan-mediawan Muslim pula membunuh kepercayaan lawan dengan prinsip-prinsip serta norma-norma Islami.

Yang menarik pada al-Ghadban ketika membicarakan peranan media massa zaman Rasulullah s.a.w dan sekarang, beliau mendifinisikan periodisasi sekarang sebagai ‘Perang Informasi’.
Saat Harakah Islamiyyah mengharungi perang militer, mestinya ia memberikan pengaruh yang cukup kepada media informasi ini, apalagi kerektor perang di dunia dewasa ini ini merupakan perang informasi. Masing-masing dari kubu yang berbeza biasanya menghindari konfratasi bersenjata secara langsung, tetapi serangan mereka terus berlanjutan melalui media massa…” (h. 522)
Bagi al-Ghadban, kepercayaan adalah perkara yang paling penting dalam menggerakkan media massa.
“…jika masyarakat telah percaya dengan informasi yang yang disampaikan Harakah Islamiyyah, itu bererti mereka telah percaya kepada Harakah itu sendiri…jika syair pada zaman Nabi merupakan satu-satunya medium informasi paling penting, walaupun bukan satu-satunya (yang ada), maka kondisi kita (tentunya) sangat berbeza dengan para pendahulu (mediawan) itu…”
Media Sekarang!

Memetik pendapat Pengasas Pengajian Zetrum/Masa Depan Dr. Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya), terdapat tiga wajah atau sifat media sekarang.

Pertama, media sebagai medium pendidikan. Contoh, penggunaan televisyen, radio, akhbar, portal, webside, blog untuk menjelaskan satu-satu dasar kepada rakyat.

Kedua, media berwajah konflik atau kontroversiti. Dahulu, media berwajah ini dekat dengan dunia hiburan dan selebriti.

Tetapi, belakangan ini beberapa ‘media baru’ seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini, Wasilah dll mula berwajah berita-berita yang konflik serta kontroversi demi merampas pasaran maklumat perdana.

Ketiga, media berwajah militeri. Media wajahan ini turut dikenali sebagai propaganda – iaitu usaha pihak tertentu untuk menggembling kepercayaan, emosi serta tindakan sebagaimana yang dikehendaki oleh propagandis.

Selalunya media pada tahapan ini mempunyai pengaruh yang kuat untuk (1)mengukuhkan status quo satu-satu pemerintah; (2)mencetuskan kesedaran; dan (3)memadamkan revolusi.

Sebenarnya terdapat lebih 30 teknik media untuk membentuk kepercayaan satu-satu pihak.

Namun, tidak semua diperjelaskan dalam rupa penulisan akademik atau separa akademik oleh sarjana-sarjana yang menekuni dunia media massa ini.

Pun begitu, terdapat tujuh (7) teknik popular yang biasa diamalkan oleh mediawan-mediawan ‘Media Baru’. Antaranya:-

1. Name Calling (Penggelaran Lazim) – sesuatu label yang diberikan dan disebut-sebut dengan merujuk kepada satu-satu pihak di dalam kepercayaan umum demi membentuk persepsi, emosi dan sikap pada pihak terbabit.

2. Bandwagon - suatu informasi disampaikan demi satu-satu keinginan dengan mengatakan bahawa keinginan atau kemahuannya datang dari banyak pihak/majoriti.

3. Transfer – iaitu suatu teknik di mana orang, produk atau organisasi dikaitkan dengan sesuatu yang lain, demi membentuk persepsi buruk/baik.

4. Card Stacking (Tebang Pilih)- iaitu pemilihan fakta secara terpilih-pilih demi memastikan kepercayaan umum hanya melihat sesuatu dari satu sisi yang dikehendaki sahaja, bukan secara holistik.

5. Glittering Generalities (Penyamaran yang berkilau) – iaitu suatu usaha menjadikan idea, msisi atau produk dipercayaai sebagai terbaik dengan mengenakan dengan unsur-unsur sepunya yang baik; seperti kebebasan, keadilan dan demokrasi.

6. Plain Floks (Manusia Biasa) – teknik di mana seseorang mahu menunjukkan dirinya rendah diri atau empeti dengan duduk bersama kumpulan sasaran.

7. Testimonial (Kesaksian) – teknik yang paling umum dengan mengemukakan pengakuan, pembuktian saintifik dll demi memastikan kepercayaan umum berpihak kepadanya.

Pandangan penulis, amalan mediawan dahulu banyak tergantung pada pengucapan atau catitan harfiah atau gambaran atau simbolan, tetapi ia masih boleh dilihat bias bagi kaum sasaran yang rigid, skeptik dan teliti apabila mereka menekuni sebaran-sebaran mediawan terbabit.

Mediawan yang baru tidak perlu lagi bergantung pada soal zahiriah itu, tetapi terus pada soal kepercayaan illusi asalkan rasional, relatif dan anti-skeptitisme. Wallahu ‘alam


*Dipetik dari bengkel media oleh Ustaz Zainulfaqar