
Memang sudah diduga. Konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) akan disekat dari memasuki wilayah itu. Umum mengetahui sikap rejim tersebut.
Namun, berita yang diterima semalam mengesahkan dugaan saya terhadap tindakan mereka. Cumanya, tindakan serangan ke atas kapal sehingga menyebabkan kematian itu sedikit meleset dari dugaan saya.
Seramai 16 orang syahid dan 30 lagi cedera. Sehingga kini dilaporkan 9 orang warga Turki dan bakinya adalah dari negara Arab yang terkorban di dalam misi kemanusiaan terbesar ini.
Jika dilihat kepada kekejaman rejim terhadap aktivis kemanusia, memang tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan aktivis-aktivis ini bagaikan langsung tidak diendahkan oleh mereka. Seluruh aktivis dianggap serupa dengan penentang rejim dan rakyat Palestin. Nyawa mereka bukanlah sesuatu yang berharga buat Israel.
Lihat sahajalah kematian Rachel Corrie, seorang aktivis kemanusian warga Amerika Syarikat dari International Solidarity Movement (ISM) yang sehingga kini masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.
Akan tetapi, janganlah kita berputus asa dengan usaha yang telah kita lakukan. Walau kekejaman rejim melampaui norma kemanusiaan tetapi kehadiran aktivis masih perlu bagi menimbulkan kesedaran dunia terhadap kekejaman mereka.
Kejadian pembantaian tentera Israel terhadap konvoi ini seharusnya membuka mata kerajaan Malaysia terhadap kekejaman pihak rejim zionis yang ditaja oleh sebuah syarikat langganan kita.
Bahkan, terdapat seramai 8 orang warga negara Malaysia yang turut mengikuti konvoi yang diserang.
Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ummat Islam dan para pemimpinnya untuk menghadapi yahudi Israel Zionis yang semakin kejam ini. Semoga segera tiba saat yang dijanjikan nabi saw :
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود حتى يختبئ اليهود من وراء الحجر و الشجر فيقول الحجر و الشجر ؛ يا مسلم هذا يهودي خلفي تعالى فاقتله إلا الغرقد فإن من شجر اليهودTidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang - orang Islam memerangi Yahudi sehingga Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu , lalu berkatalah batu dan pokok kayu : Wahai Muslim ! ini Yahudi bersembunyi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia , kecuali qharqad . Sesungguhnya qharqad adalah pokok Yahudi .
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments
One response to “Serangan Konvoi Gaza : Mereka Adalah Kita”
tiada jalan penyelesaian...dalam isu palestin....hanya melalui perang
Catat Ulasan