Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan?


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya baru selesai menghabiskan pembacaan sebuah buku yang mendokumentasikan setahun kepimpinan mahasiswa yang diteraju sebuah entiti unik di kampus yang bergelar 'Pro Mahasiswa'. Buku yang berjudul 'Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan? : analisis setahun memimpin' ini begitu menarik untuk diteliti dan perlu diletakkan dalam senarai 'wajib baca' bagi pimpinan mahasiswa di UTM khususnya ahli MPMUTM sesi 09/10.

PEMBUKAAN

Permulaan buku ini membawa pembaca menelusuri sejarah gerakan mahasiswa yang berpencak dalam arena politik kampus dari era 1990-an sehingga tahun 2009. Hal ini demikian kerana permulaan pilihanraya kampus secara berparti hanya bermula pada sesi 1989/1990 setelah tertubuhnya Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) bagi menjatuhkan monopoli kumpulan Islamis (PMIUM) dalam persatuan induk PMUM.

Bab ini turut membincangkan tempoh 4 tahun penguasaan Aspirasi dalam MPMUM yang dilihat lena dibuai mimpi sehingga menyebabkan gerakan mahasiswa yang sebelum ini aktif digerakkan oleh MPMUM berubah menjadi sepi serta penjenamaan semula Gagasan kepada Pro Mahasiswa yang dikatakan bertujuan bagi mendapatkan sokongan mahasiswa dalam membawa agenda perubahan yang besar dari segi akademik, sahsiah dan kebajikan mahasiswa.

INTELEKTUALISME MAHASISWA

Apalah guna ijazah yang diperoleh jika ia hanya memberikan jaminan individu tersebut hanya arif dalam satu bidang sahaja sebaliknya dalam bidang-bidang yang lain, ianya tidak jauh berbeza berbanding orang lain yang tidak dididik di universiti. Kita sudah tentu tidak mahu melahirkan graduan yang jahil dalam soal kenegaraan, ekonomi, politik, sosial, kekeluargaaan, keagamaan dan sebagainya.

Lantaran itu, MPMUM menganjurkan beberapa program yang bertujuan menjana intelektualisme dalam kalangan mahasiswa antaranya adalah seperti berikut.
1. Wacana Ilmiah sempena Fetival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM),
2. Festival Mahasiswi (FEMINA) dan
3. Program sempena buan Ramadhan.

Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 9) yang bertemakan "Keilmuan Disanjung, Kecemerlangan Dijunjung" sungguh berbeza dengan Pesta Konvo di UTM. Pengisian FESKUM 09 yang lebih menitikberatkan keilmuan dan intelektualisme dengan penganjuran Forum mahasiswa dan Wacana ekonomi bagi saya lebih bermakna berbanding Pesta Konvo UTM sebelum-sebelum ini yang lebih banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti hedonisme.

Festival Mahasiswi Nasional (FEMINA) yang berlangsung pada 16, 17 dan 18 September 2009 wajar diadaptasi di UTM dengan MPMUTM sebagai peneraju utama program ini. Selain program, MPMUM turutmemberi galakkan kepada mahasiswa untuk mencari ilmu serta memanfaatkan peluang bergelar mahasiswa dengan menaikkan banner-banner sewaktu awal semester dan menjelang peperiksaan agar budaya keintelektualan di Universiti Malaya sentiasa subur.

KEBAJIKAN MAHASISWA

MPMUM 08/09 memulakan sesi kepimpinan mereka dengan mengadakan roadshow di segenap peringkat dengan bertujuan berkongsi hala tuju MPMUM dan mengumpumpul aduan-aduan dan cadangan daripada segenap lapisanmahasiswa untuk diambil tindakan semampu mungkin. Pembaharuan dalam roadshow bagi sesi kepimpinan ini ialah dengan adanya sesi khusus dengan golongan mahasiswa istimewa.

Dalam isu kej kediaman, saudara Mohd Fadzil bin Jamal selaku Exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus telah menghantar satu memorandum kepada TNC HEP ; Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris dengn beberapa tuntutan yang dinyatakan secara jelas dalam memorandum itu, antaranya adalah :
1. Kajian semula tehadap dasar dan kriteria pemililhan pelajar.
2. Penambahan pengambilahn mahasiswa layak menginap.
3. Memberi jalan penyelesaian kepada masalah penyingkiran dan pengambilan pelajar akibat kerja0kerja penambahbaikkan kolej.
4. Telus dalam pemilihan pelajar layak menginap dan tidak menjadikan penglibatan mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus sebagai kayu ukur pemilihan.

Larangan membawa kenderaan kepda pelajar tahun 1, 2 dan 3 dilihat sebagai isu terhangat tahun 2009. Satu referendum disediakan oleh MPMUM mengemukakan beberapa cadangan antaranya kempen kongsi kenderaan mewujudkan tempat letak kereta bertingkat dan manambah tempat letak kereta yang sedia ada. Satu sesi dialog bersama Naib Canselor diadakan dan hasilnya mereka dibenarkan membawa masuk kenderaan di UM dengan syarat meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.

Tanggapan yaang skeptikal segolongan pihak terhadap kenyataan YDP MPMUM - Saudara Ridzuan Mohamad berkenaan tindakan memotong 30% elaun MPMUM untuk mahasiswa dinafikan dengan satu majlis penyerahan wang kebajikan kepada mahasiswa dari kalangan golongan miskin orang kurang upaya (OKU) serta yang ditmpa musibah telah dibuat bersempena penutupan Program Ihya Ramadhan (IKRAM 09) pada 10 Oktober 2009.

KEPIMPINAN MAHASISWA


Saudara Ridzuan Mohamad selaku ketua koordinator Gabungan Mahasiswa Mansuh AUKU dan rakan-rakan seperjuangannya boleh berbangga apabila perjuangan mereka mula menampakkan hasil setelah akta zalim tersebut berjaya dipinda setelah mendapat perhatian darpada pihak kementerian.

Dalam isu Kartika, HELWA MPMUM telah bersepakat untuk menubuhkan Kelab Sahabat Kartika bagi memberi sokongan`darisudut emosi dan memberi pendedahan kepada warga kampus tentang hukuman mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Saudari Shah Rizul Ayuni selaku setiausaha MPMUM sesi 2008/2009 bersama Saudar Maryam Muneerah telah mengadakan lawatan ke atas Kartika serta mengetahui kondisi daripada tuan empunya badan sendiri.

Saudara Ahmad Syazwan Mohd Hasan, Bendahari MPMUM turut menjadi buruan media apabila beliau juga pernah menjadi panelis Suara Siswa dalam membincangkan soal ekonomi negara sesuai dengan bidangnya dalam bidang ekonomi.

CABARAN MPMUM
"We cannot be sure of having something to live for unless we are wiling to die for it" Che Guevara, tokoh revolusi Cuba
Antara permasalah yang timbul sepanjang sesi kepimpinan MPMUM 2008/2009 adalah isu persuratan. Pihak HEPA dilihat seperti sengaja melewatkan menyaluran surat-surat MPMUM yang melalui HEP.

Selain itu, pengamalan kronisme pengurusan kolej telah menidakkan hak MPMUM untuk mendapat kelayakkan menghuni kolej kediaman bagi sesi 2009/2010 telah menindas mereka walaupun mereka berbakti kepada mahasiswa.

PENUTUP

Penerbitan buku ini seharusnya dapat membantu MPMUTM untuk bergerak lebih maju dalam menjaga hak dan kepentingan mahasiswa. Dokumentasi ini merupakan iktibar buat kita untuk lebih mendalami aspek kepimpinan kampus yang berlandaskan 'Mahasiswa Untuk Mahasiswa'.

Aspek keilmuan, keintelektualan, kebajikan dan kepimpinan harus dipandang tinggi dalam setiap perlaksanaan mahupun gerak kerja MPMUTM pada sesi 2009/2010. Hasrat pembudayaan ilmu oleh Naib Canselor kita, Dato' Prof. Dr. Zaini Ujang wajar direalisasikan.

Budaya 3P ; proaktif, prihatin dan pimpin boleh dijadikan nilai tambah bagi mengimbangi sindrom 3K ; kafe, kuliah dan kolej yang sekian lama membelenggu mahasiswa.


MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

Comments

2 Responses to “Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan?”

kyuyoong berkata...
12 Februari 2010 pada 9:37 PTG

Even though, one year is not enough to determine whether it lead to change or not but at least its a start...Please MPMUTM work hard and try to start the change from within so that we'll come back better in the next election

panod berkata...
12 Februari 2010 pada 10:07 PTG

InsyaAllah kak..
kami akan usahakan buat yang terbaik utk menerajui perubahan ke arah yang lebih baik..

Catat Ulasan